Thanksgiving Ceremony for Ministry of Education Hajj Pilgrims 1440H/2019M

Jul 4, 2019

The Ministry of Education through the Department of Planning and Estate Management and Higher Education Division, today organized the Ministry of Education Thanksgiving Ceremony for Ministry of Education Hajj Pilgrims 1440H/2019M. The ceremony was held at the Main Hall, Department of Curriculum Department, New Building, Ministry of Education.


Present as the guest of honour was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

p1.jpg

Also present was Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Deputy Minister of Education.

A total of 81 officers and staff from the Ministry of Education will embark in the Hajj pilgrimage this year.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Haji Maskub bin Haji Husin from Department of Curriculum Development, Ministry of Education.

The ceremony was enlivened with a religious talk titled “Persediaan Rohani Menjadi Tetamu Allah” delivered by Yang Mulia Ustaz Haji Jufri bin Haji Hidup, Mosque Affairs Officer, Universiti Mosque, Universiti Brunei Darussalam. The ceremony later saw the presentation of donations to the pilgrims by the Minister of Education and the Deputy Ministry of Education.

p3 (1).jpg

Also present were Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education) Ministry of Education; Yang Mulia Datin Dr Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, Vice Chancellor Universiti Brunei Darussalam; Yang Mulia Awang Haji Ady Syarmin bin Haji Mohd Taib, Acting Vice Chancellor Universiti Teknologi Brunei; Yang Mulia Dr Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education) Ministry of Education; Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education) Ministry of Education; senior officers, officers and staffs from Ministry of Education.

p4 (1).jpg

_______________________________________________________

MAJLIS DOA SELAMAT BAGI BAKAL-BAKAL HAJI KEMENTERIAN PENDIDIKAN 1440H/2019M

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet dengan kerjasama Bahagian Pengajian Tinggi, hari ini telah mengadakan Majlis Doa Selamat Bagi Bakal-Bakal Haji Kementerian Pendidikan tahun 1440H/2019M bertempat di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

Juga hadir ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Pada tahun ini seramai 81 orang pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pendidikan akan menunaikan ibadah Fardhu Haji.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Maskub bin Haji Husin dari Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. 

Majlis tersebut diserikan dengan ceramah khas yang bertajuk Persediaan Rohani Menjadi Tetamu Allah yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Jufri bin Haji Hidup, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal haji yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Datin Dr Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam; Yang Mulia Awang Haji Ady Syarmin bin Haji Mohd Taib, Pemangku Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei; Yang Mulia Dr Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan; Ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.