Announcement On Hecas 2019 (2nd Round) Online Application

Aug 7, 2019

HECAS 2019 (2nd Round) online application to Universiti Brunei Darussalam (UBD) for the academic year 2019/2020 will commence on Thursday, 08 August 2019 at 8:30 a.m. until on the 5th working days after the announcement of GCE ‘A’ Level June 2019 results by the Department of Examination, Ministry of Education.  The actual closing date will be announced later in the HECAS portal.  The programme level on offered is First Degree programmes only.  


Applicants are only allowed to select a maximum of TWO programmes from Universiti Brunei Darussalam (UBD). Applicants are advised to email all relevant hardcopy including printed HECAS form to Universiti Brunei Darussalam (UBD) before or not later than 3 working days after the HECAS closing date.


The HECAS online application is opened for holders of valid Brunei Darussalam issued identity cards (yellow/purple/green).  However, only citizens of Brunei Darussalam (yellow I.C. holders) who have at least a Credit C6 in Bahasa Melayu in Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level examination can apply for scholarship (local or overseas).  HECAS does not process applications of government servants applying for in-service training or foreign applicants who do not have valid Brunei Darussalam issued IC.  


After registering with HECAS, applicants MUST make payment either:

  • through online payment via BIBD Mobile Application; or 

  • by cash at the payment counter i.e. First Floor Block B, Cash and Revenue Unit, Department of Administration and Services, Ministry of Education.  Applicants are required to bring Brunei Darussalam issued IC during payment.

For more information, please visit the Ministry of Education’s portal at http://moe.gov.bn or the new HECAS portal at hecas.moe.gov.bn.  Applicants can refer to ‘GUIDELINES’ posted in the HECAS portal on the registration procedures.  For inquiry, applicants can contact the HECAS Administration by email at ask.hecas@moe.gov.bn or by telephone at 2380620/2381992/2381224 during office hour. 

____________________________________________

Pengambilan Pusingan Kedua HECAS 2019 secara atas talian (Online) bagi kemasukan ke Universiti Brunei Darusslam (UBD) bagi tahun akademik 2019/2020 akan bermula pada Hari Khamis, 08 Ogos 2019 jam 8:30 pagi sehingga lima hari bekerja selepas pengumuman keputusan GCE ‘A’ Level Jun 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan. Tarikh tutup akan diumumkan kemudian di laman sesawang HECAS.  Kursus-kursus yang ditawarkan adalah di peringkat Ijazah Pertama.  


Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon dua (2) kursus di Universiti Brunei Darussalam (UBD).  Para pemohon dinasihatkan untuk mengemel dokumen-dokumen yang diperlukan oleh Universiti Brunei Darussalam (UBD) sebelum atau tidak melebihi 3 hari waktu bekerja selepas tarikh tutup Pengambilan Pusingan Kedua HECAS 2019.


HECAS dibukakan kepada pemegang kad pintar yang dikeluarkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Petuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Kad Pintar yang berwarna Kuning, Unggu dan Hijau.  HECAS tidak memproses permohonan di bawah skim Latihan Dalam Perkhidmatan atau permohonan orang asing yang tidak mempunyai Kad Pintar yang tersebut di atas.  


Selepas pendaftaran, para pemohon WAJIB membuat bayaran samada:

  • secara atas talian melalui BIBD Mobile Application; atau

  • secara tunai di kaunter pembayaran iaitu di Tingkat 1 Blok B, Unit Tunai dan Hasil, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan. Pemohon dikehendaki membawa Kad Pintar asal semasa membuat pembayaran.

Bagi keterangan lanjut, layari laman sesawang Kementerian Pendidikan di http://moe.gov.bn atau laman sesawang HECAS yang baru di hecas.moe.gov.bnSebarang pertanyaan, pemohon boleh berhubung terus dengan Pentadbiran HECAS melalui emel di ask.hecas@moe.gov.bn atau melalui nombor telefon 2380620/2381992/2381224 semasa waktu pejabat.