Sidang Akhbar Acara Walkathon Sempena Hari Guru Ke-29 Tahun 2019

Sep 9, 2019

Poster Acara Walkathon Sempena Hari Guru ke-29 tahun 2019.jpeg

Lambak Kanan, 09 September 2019, Isnin– Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan mengadakan Acara Walkathon Sempena Hari Guru Ke-29 Tahun 2019 yang akan berlangsung pada:


Tarikh                        : Hari Ahad,13 Oktober 2019

Jam                           : 7.00 pagi 

Tempat                     : Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Tetamu Kehormat  Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam

 

Pada hari ini, Jabatan Pendidikan Kokurikulum mengadakan sidang akhbar Acara Walkathon Sempena Hari Guru Ke-29 Tahun 2019 bertempat di bilik Muzakarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Lambak Kanan.

 

Hadir dan seterusnya menyampaikan penerangan mengenai acara tersebut di sidang akhbar ialah Yang Mulia Awang Mohamed Jais bin Haji Abd Rahman, Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kerja Acara Walkathon Sempena Hari Guru Ke-29 Tahun 2019 dan juga Pengerusi Ahli Jawatankuasa Acara-Acara Sukan Sempena Sambutan Hari Guru Kali Ke-29 Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam Tahun 2019. 

 

Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Muhammad Norilham bin Haji Jais, Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum selaku Timbalan Pengerusi; Yang Mulia Awang Md Sofri bin Haji Md SaidPegawai Pelajaran Kanan / Ketua Unit Pentadbiran dan Yang Mulia Awang Muhammad Hilmey bin Haji Md Yassin, Pemangku Pegawai Pelajaran Kanan / Pemangku Ketua Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan Jabatan Pendidikan Kokurikulum selaku Setiausaha Bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Acara Walkathon Hari Guru Ke-29 Tahun 2019.

 

Acara Walkathon ini merupakan salah satu aktiviti sukan dan riadah bagi menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-29 tahun 2019 dengan tema "Pendidikan Berkualiti Teras Kecemerlangan Pelajar".

 

Penganjuran acara walkaton ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pemimpin-pemimpin dalam Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta seluruh peringkat warga kedua-dua kementerian. Selain itu, ia juga bertujuan bagi menggalakan warganegara Brunei Darussalam mengamalkan cara hidup yang sihat di samping sebagai sokongan kepada usaha pihak kerajaan untuk program BandarKu Ceria dan Hari Tanpa Kereta yang diadakan pada setiap hujung minggu.

 

Penyertaan acara Walkathon ini dibukakan kepada para pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta kepada semua institusi pendidikan serta orang awam yang berminat untuk mengikuti acara berkenaan. 

 

Acara walkathon laluan sejauh 3km mengelilingi kawasan Bandar Seri Begawan (seperti dalam peta)

New route3km HG2019.png

Selain itu, dua acara sampingan juga diadakan iaitu Aktiviti Jejak Ta'alimi (5 Stesyen dan Tugasan) khusus bagi pelajar sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab yang bertujuan menguji peserta melalui daya pemikiran, fizikal dan kemahiran serta memupuk semangat berpasukandi antara guru dan pelajar.. Aktiviti Kedua Sukan Ria Permainan Tradisi Kanak-Kanak Brunei bagi murid-murid sekolah rendah yang merupakan nostalgia sukan yang pernah diadakan pada tahun-tahun 1960an, 1970an dan awal 1980an.

 

Pendaftaran walkathon mula dibukakan pada 10 September 2019 sehingga 30 September 2019 dan bolehlah dibuat di:

 

  1. Daerah Brunei Muara

Jabatan Pendidikan Kokurikulum

Jalan 10,

Kg Perpindahan Lambak Kanan, Berakas,

BC2315

Tel. Pejabat: 2333041 / 2333061

Waktu pendaftaran: 8.30 pagi hingga 6.00 petang

 

  1. Daerah Tutong

Jabatan Pendidikan Kokurikulum

Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan,

Tutong, TA1131

Tel. Pejabat: 4221440

Waktu bekerja: 8.30 pagi hingga 4.30 petang

 

  1. Daerah Belait

Jabatan Pendidikan Kokurikulum

Banglo Kelas C, No.377

Spg 37-35, Jln Setia Negara

Kuala Belait

Tel. Pejabat: 3335222

Waktu bekerja: 8.30 pagi hingga 4.30 petang

 

  1. Daerah Temburong

Jabatan Pendidikan Kokurikulum

PWD 18

Bangunan Bekas Asrama SM Sultan Hassan

Pekan Bangar Lama

PA1151

Tel. Pejabat: 5221326

Waktu bekerja: 8.30 pagi hingga 4.30 petang

 

  1. Walk-in Station

Aewon HQ @ Kiarong

Unit 1-4, Simpang 50, Jalan Dato Ratna, Kiarong BSB, 

Brunei Darussalam BE1318

Tel: 2428515 / 6

 

Aewon @ Airport Mall

Unit 32-34, 1st Floor, Airport Mall, Kampung Jaya Setia, BSB, 

Brunei Darussalam BB2713

Tel: 2339359

 

*Borang yang lengkap diisi beserta yuran pendaftaran hendaklah dikembalikan tidak lewat 30 September 2019.

 

Harga jualan baju walkathon adalah seperti berikut:

 

BilJenis Baju WalkathonHarga
1.

Baju T round neck Lengan Pendek

 

$13.00 
2.Baju T round neck Lengan Panjang

$15.00 

 

3.

Baju T polo Lengan Pendek

 

$15.00 

 

4.

Baju T polo Lengan Panjang

 

$17.00 

 

 

Penyerahan dan pengagihan baju ialah pada 7 Oktober 2019 sehingga                12 Oktober 2019 jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang di daerah Brunei Muara manakala di cawangan daerah Tutong, Belait dan Temburong pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (pada waktu bekerja).

 

Setiap peserta bolehlah mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn atau melalui laman sesawang aewon www.aewon.com/exclusives-store.

 

Untuk makluman juga, pada penghujung acara akan diadakan penyampaian sumbangan hadiah.

 

Bagi sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Urus Setia Acara Walkaton Sempena Hari Guru Ke-29 Tahun 2019, di talian 2333041/43/53/54 sambungan 206.