LNCP Accreditation Ceremony For System Leaders, Head Of Clusters, Lead Trainers And Coaches

Nov 2, 2019

Sengkurong- The Ministry of Education through the Literacy and Numeracy Coaching Programme (LNCP) organised the LNCP Accreditation Ceremony for System Leaders, Head of Clusters, Lead Trainers and Coaches at the Sengkurong Sixth Form Centre this afternoon.


Present as the guest of honor on the occasion and also presented the certificates were Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

WhatsApp Image 2019-11-02 at 5.53.15 PM.jpeg

Also present at the ceremony were Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education, Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education),; Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education),; Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education),; Yang Mulia Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Acting Director-General of Education; Directors and Senior Officers of the Ministry of Education.


The ceremony began with a recitation of the Al-Fatihah and Doa Selamat by Yang Mulia Ustaz Mohamad Sa'at bin Mokim, Education Officer, Department of Schools.


Welcoming speech at the ceremony was delivered by Yang Mulia Dayang Fatmah binti Haji Besar, Head of LNCP.

WhatsApp Image 2019-11-02 at 5.53.22 PM.jpeg

A total of 206 people received LNCP Accreditation certificates consisting of 20 system leaders who are senior officers and officers from the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs; 6 Head of Clusters; 5 Lead Trainers, who are officers from BDTA; and 175 coaches consisting of English and Mathematics selected teachers at the event.

WhatsApp Image 2019-11-02 at 5.55.27 PM.jpeg

The event was held to recognise officers and teachers who have successfully completed their 2 years' professional development. The recognition is one of the steps towards ensuring the development of human resources at all level in the education system. The officers and teachers who are recognised in their respective fields will be able to strengthen their support structure for sustainability of the LNCP in ensuring students' excellence.

WhatsApp Image 2019-11-02 at 5.55.33 PM.jpeg

The Literacy and Numeracy Coaching Program is fully led by the Ministry of Education since July 2019 as one step towards aligning the program goals with the strategic goals of Vision 2035. Among the strategic goals of the LNCP are to ensure high quality English and Mathematics teaching, all students become highly numerate and literate in English and a system empowered to deliver sustained improvement in literacy and numeracy.

______________________________________________________

Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Lncp Kepada System Leaders, Head Of Clusters, Lead Trainers Dan Coaches


Sengkurong- Kementerian Pendidikan melalui Literacy and Numeracy Coaching Programme (LNCP) telah mengadakan Majlis Penyampaian sijil Pengiktirafan LNCP kepada System Leaders, Head of Clusters, Lead Trainersdan Coaches bertempat di Pusat Tingkatan Enam Sengkurong petang tadi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

 

Turut hadir di majlis ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan; Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan; Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Yang Mulia Ustaz Mohamad Sa'at bin Mokim, Pegawai Pendidikan, Jabatan Sekolah-Sekolah.

 

Ucapan alu-aluan majlis disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Fatmah binti Haji Besar, Ketua LNCP selaku Pengerusi Bersama Majlis tersebut.

 

Seramai 206 orang menerima sijil pengiktirafan LNCP yang terdiri daripada 20 system leaders yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama ; 6 orang Head of Clusters; 5 orang Lead Trainers, pegawai-pegawai dari Akademi Guru Brunei Darussalam; dan 175 orang coaches yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Inggeris dan Matematik yang terpilih.

 

Majlis tersebut diadakan sebagai pengiktirafan kepada pegawai-pegawai dan tenaga pengajar yang telah berjaya dalam latihan-latihan yang mereka jalani selama hampir 2 tahun. Pengiktirafan ini adalah salah satu langkah untuk memastikan peningkatan pembangunan sumber tenaga manusia di semua peringkat di dalam sistem pendidikan. Pegawai-pegawai dan tenaga pengajar yang telah diiktiraf dalam bidang masing-masing ini seterusnya akan dapat mengukuhkan struktur sokongan ke arah kemampanan dan kelestarian Program LNCP bagi membolehkan pelajar-pelajar mencapai prestasi yang tinggi.

 

Sebagai salah satu langkah untuk menyelaraskan matlamat program dengan matlamat strategik Wawasan 2035, Literacy and Numeracy Coaching Programme telah diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan bermula bulan Julai 2019 lalu. Antara matlamat strategik LNCP adalah untuk memastikan pengajaran Bahasa Inggeris dan Matematik yang berkualiti tinggi; semua pelajar-pelajar mempunyai keupayaan yang tinggi dalam matematik dan literasi bahasa Inggeris; dan sistem yang mampu untuk meneruskan penambahbaikan yang mampan dalam peningkatan literasi dan numerasi.