Muzakarah Session Between The Ministry Of Education With Members Of The Legislative Council For The Year 2020

Nov 30, 2019

Saturday, 30 November 2019 - The Ministry of Education held a Muzakarah Session with the Members of the Legislative Council today at the Dewan Persidangan 1, Ministry of Education, Brunei Darussalam.

The Muzakarah Session is an annual event of the Department of Councils of State, Prime Minister's Office with the relevant ministries and agencies concerned. The Muzakarah Session with the Ministry of Education was attended by 13 members of the Legislative Council headed by Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman.

WhatsApp Image 2019-11-30 at 2.11.35 PM.jpeg

WhatsApp Image 2019-11-30 at 2.11.37 PM.jpeg

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, the Minister of Education was present as Chairman of the Muzakarah Session. Also present were the Permanent Secretary (Higher Education); Acting Permanent Secretary (Core Education); Vice Chancellor Universiti Brunei Darussalam (UBD); Acting Rector Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); Acting Vice Chancellor Univeristi Teknologi Brunei (UTB); Acting Director General of Education; Directors; Heads of Departments and Senior Officers in the Ministry of Education.

SCREEN SHOT 2019-12-01 AT 12.51.03 AM.jpeg

The Muzakarah Session commenced with a welcoming speech by Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Hj Hamzah bin Haji Sulaiman, the Minister of Education where he shared on the upgrading of the Human Resource Development Division at the Ministry of Education to the Department of Education Management which was announced by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam during the 29th Teacher's Day Celebration. This department will lead the efforts to transform the teaching manpower by focusing in four key areas: Selection and Recruitment; Deployment and Re-deployment; Career Development; and Retirement.

WhatsApp Image 2019-11-30 at 2.11.51 PM.jpeg

With regards to this, Yang Berhormat Minister of Education also shared on the new recruitment and selection criteria as well as process for new teachers through the Immersion Program and Apprentice Program before they are offered a teaching post.

Yang Berhormat Minister of Education also explained some of the initiatives implemented by the Ministry of Education throughout the year 2019 to strengthen the delivery of education at all levels that include the development of students learning proficiency, curriculum enhancement, strengthening of assessment, provision of adequate education infrastructure and ICT services for education.

In line with the Ministry of Education's mission to "Deliver Holistic Education to Achieve Fullest Potential for All", all strategic initiatives aim to provide equal and equitable access to quality education in order to produce educated and highly skilled generation of Bruneians who also strongly uphold the national philosophy of Malay Islamic Monarchy (MIB).

The session was followed by a briefing by the Ministry of Education in the form of a video clip on several key initiatives that have been implemented by the Ministry of Education throughout the year 2019.

Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman, the head of the Legislative Council delegation then delivered a welcoming speech at the Muzakarah Session.

The Muzakarah Session then continued with a dialogue session between the members of the Legislative Council and the Ministry of Education. The dialogue was held in an amicable atmosphere for the sharing of ideas, issues and proposals that can certainly benefit the Ministry of Education in its efforts to improve the quality of education in the country.

WhatsApp Image 2019-11-30 at 2.18.53 PM.jpeg

_________________________________________________________________

SESI MUZAKARAH ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN BERSAMA AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA BAGI TAHUN 2020

Sabtu, 30 November 2019 - Kementerian Pendidikan telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada hari ini yang bertempat di Dewan Persidangan 1, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Permuzakarahan ini adalah merupakan acara tahunan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Jabatan Perdana Menteri bersama kementerian-kementerian dan agensi-agensi berkepentingan. Sesi Muzakarah bersama Kementerian Pendidikan ini telah dihadiri oleh seramai 13 orang Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang diketuai oleh Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan telah hadir selaku Pengerusi Majlis Sesi Muzakarah. Turut hadir sama ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD); Pemangku Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); Pemangku Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB); Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan; Pengarah-Pengarah; Ketua- Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pendidikan.

Sesi Muzakarah ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, dimana Yang Berhormat telah mengongsikan mengenai penaikan taraf Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia di Kementerian Pendidikan menjadi Jabatan Pengurusan Pendidik sebagaimana jua yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Sambutan Hari Guru ke- 29. Jabatan ini adalah peneraju usaha mentransformasi sumber tenaga pengajar yang melibatkan empat domain utama iaitu: Pemilihan dan Pengambilan; Penempatan dan Penempatan Semula; Perkembangan Kerjaya; dan Persaraan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga telah menerangkan mengenai pengemaskinian kriteria dan proses pengambilan bakal guru yang baru melalui Program Immersi dan Program Perantis sebelum mereka ditawarkan jawatan sebagai pendidik.

Selain daripada itu, Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga menyentuh mengenai inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan disepanjang tahun 2019 bagi mengukuhkan penyampaian pendidikan dari peringkat asas hingga pengajian tinggi yang meliputi pembangunan profisiensi pembelajaran pelajar, penambahbaikkan kurikulum, pengukuhan penilaian, penyediaan infrastruktur pendidikan yang mencukupi dan penyediaan perkhidmatan ICT bagi pendidikan.

Selaras jua dengan misi Kementerian Pendidikan iaitu untuk “Menyediakan Pendidikan yang Holistik bagi Mencapai Potensi Penuh bagi Semua”, semua inisiatif strategik yang dilaksanakan adalah untuk menyediakan akses yang sama dan saksama kepada pendidikan berkualiti dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja berpendidikan lagi berkemahiran, tetapi satu generasi Brunei yang holistik, berakhlak mulia lagi berpegang teguh dengan falsafah Melayu Islam Beraja.

Majlis Muzakarah kemudiannya diikuti dengan sesi taklimat Kementerian Pendidikan berbentuk satu tayangan klip video mengenai beberapa inisiatif-inisiatif utama yang dilaksanakan disepanjang tahun 2019.

Sejurus itu, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman selaku Ketua Rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga menyampaikan ucapan balas di Majlis tersebut.

Permuzakarahan seterusnya diikuti dengan sesi dialog di antara Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan pihak Kementerian Pendidikan. Dialog ini diadakan dalam suasana silaturahim dan secara terbuka bagi perkongsian maklumat, isu dan cadangan yang sudah setentunya dapat memberi manfaat kepada Kementerian Pendidikan dalam usahanya meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini.