Launching Ceremony Of Higher Education Expo 2020

Feb 8, 2020

JERUDONG - The Ministry of Education through Higher Education Division, Institute of Brunei Technical Education (IBTE), and Scholarship Section held a launching ceremony for Higher Education Expo 2020 at Bridex 1 and 2 Hall, here. 

 

Present as the guest of honor to officiate the expo was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Ministry of Education, Brunei Darussalam. 

 WhatsApp Image 2020-02-08 at 1.28.37 PM.jpeg

The Higher Education Expo 2020 will be held for two (2) days, starting from 8th and 9th February 2020 at the Bridex 1 and 2 Hall, Jerudong. Apart from exhibitions and consultation sessions, the Higher Education Expo also conducts talks, seminars and forums from government agencies, local institutions, and associations such as:

 

  • Sharing knowledge on Personal Skills for example Personal Statement
    and Curriculum Vitae writing, Tips on Interview;
  • Higher Education Pathways for example HECAS application,
    Scholarship and Life Long Learning Opportunities;
  • New programmes offered in Higher Education;
  • Future career opportunities;
  • Motivational forum on Entrepreneurship


This year is the 5th Higher Education Expo organized by the Ministry of Education. The primary focus of the expo is to be a 'One Stop Information Center' for Higher Education which will unite all post-secondary educational institutions, government and private institutions of higher education as well as local and foreign education agencies under one roof to provide an overview on the landscape of post-secondary education and higher education.  

 

The objective of this expo is also to promote multiple pathways to higher education and educational opportunities available locally and abroad. The expo is expected to be the foundation to facilitate students who wish to increase the level of study and to interact directly with the institutions and educational agencies concerned.

 

A total of 83 institutions of higher learning, educational services agencies and other relevant government and private agencies will participate in this year's expo. It comprises of 13 public and private higher education institutions, 36 foreign educational institutions, 23 government and private agencies, 8 from local and international education services agencies, and 3 missions and overseas representatives. 

WhatsApp Image 2020-02-08 at 1.32.01 PM.jpeg

 WhatsApp Image 2020-02-08 at 1.31.51 PM.jpeg

WhatsApp Image 2020-02-08 at 1.32.14 PM.jpeg

The local government Higher Education Institutions will comprise of Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Politeknik Brunei (PB) and Institute of Brunei Technical Education (IBTE). Private higher education will comprise of Laksamana College of Business, International Graduate Studies College (KIGS), Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT), Micronet International College (MIC), Kemuda Institute, BICPA - FTMS Accountancy Academy and Mahakarya Institute of the Arts. These institutions will introduce the programs offered, the terms of admission, registration procedures and any information related to their respective institutions.

 

During this expo, the Ministry of Education will be sharing the latest and relevant information such as the HECAS Admissions System (HECAS), Government Scholarships, Education Loan Assistance Scheme (SBPP), Sharing of selection and recruitment of teachers, application for the recognition of courses / approvals, careers and others. Ministry of Education will be represented by the Higher Education Division, Scholarship Division, Secretariat of Brunei Darussalam National Accreditation Council, Life Long Learning Centre and the Counselling and Career Division from Department of Schools. Also participating in the expo are other government and private agencies.

 

This expo is open to the public, especially for secondary and pre-university post-graduates, Brunei G.C.E. 'O' Level and 'A' Level or equivalent, who intending to pursue higher education such as National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma Level 5, Bachelor's Degree, Master's Degree and Doctoral Degree as well as those who wish to develop their skills or professionalism. 

 

This expo is not only limited to students or local visitors, but also welcomes and open the same opportunities for students and overseas visitors who wish to pursue studies at institutions in the country. Parking facilities and shuttle buses for the public will also be available at the Jerudong Playground car park during the expo. 

 

More information regarding the Higher Education Expo can be obtained from the Ministry of Education website at www.moe.gov.bn or Ministry of Education's official social media sites.

___________________________________________________________________________

 

MAJLIS PELANCARAN EKSPO PENGAJIAN TINGGI 2020

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

JERUDONG - Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Bahagian Biasiswa telah mengadakan Majlis Pelancaran Ekspo Pengajian Tinggi 2020 bertempat di Dewan 1 dan 2, Bridex disini. 

 

Hadir selaku tetamu kehormat untuk merasmikan ekspo berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. 

 

Ekspo Pengajian Tinggi 2020 akan diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 8 dan 9 Februari 2020 bertempat di Dewan 1 dan 2, Bridex Jerudong. Selain dari pameran dan sesi konsultasi, Ekspo Pengajian Tinggi kali ini juga mengadakan sesi taklimat, seminar dan forum dari beberapa institusi pendidikan, agensi kerajaan dan persatuan tempatan. Antara aktiviti yang

dikendalikan adalah seperti:

 

  • Perkongsian pengetahuan mengenai kemahiran penulisan Personal Statement, Curriculum Vitae dan Tip Temuduga;
  • Higher Education Pathways seperti Permohonan HECAS, tawaran-tawaran biasiswa dan peluang pembelajaran sepanjang hayat;
  • Program-program baru yang ditawarkan di Pengajian Tinggi;
  • Peluang-peluang kerjaya di masa akan datang; dan
  • Forum motivasi keusahawanan

Pada tahun ini merupakan kali ke-5 Ekspo Pengajian Tinggi telah diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan. Ekspo ini diadakan dengan fokus utama untuk menjadi Pusat Informasi sehenti (One Stop Information Centre) Pengajian Tinggi yang akan menyatukan kesemua institusi-institusi pengajian pasca menengah, institusi-institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta serta agensi-agensi pendidikan dalam dan luar negeri di bawah satu bumbung bagi memberikan gambaran mengenai lanskap pengajian pasca menengah dan pengajian tinggi.

 
Tujuan ekspo ini juga adalah bagi memberigakan pelbagai laluan (multiple pathways) ke pengajian tinggi dan peluang-peluang tawaran pendidikan yang sedia ada di dalam dan luar negara. Ekspo ini diharap akan menjadi landasan bagi memudahkan pelajar-pelajar yang berhasrat untuk meninggi tahap pengajian serta berinteraksi secara langsung dengan pihak institusi-institusi dan agensi-agensi pendidikan berkenaan.

 
Sejumlah 83 buah institusi pengajian tinggi, agensi perkhidmatan pendidikan dan juga agensi-agensi kerajaan dan swasta lain yang berkaitan menyertai ekspo tahun ini. Mereka terdiri daripada 13 institusi-institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dalam negeri, 36 institusi-institusi pendidikan luar negeri, 23 agensi-agensi kerajaan dan swasta, 8 adalah dari agensi perkhidmatan pendidikan (education services agencies) dalam dan luar negeri, dan 3 misi dan perwakilan luar negara.

 
Institusi Pengajian Tinggi Awam Brunei Darussalam akan disertai oleh Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Politeknik Brunei (PB) dan juga Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE). Manakala pengajian tinggi swasta akan disertai oleh Laksamana College of Business, Kolej International Graduate Studies (KIGS), Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT),


Micronet International College (MIC), Kemuda Institute, BICPA – FTMS Accountancy Academy dan Mahakarya Institute of the Arts. Institusi-institusi tersebut akan memperkenalkan program-program yang akan ditawarkan, syarat-syarat kemasukan, tatacara pendaftaran dan segala maklumat yang berkaitan dengannya.

 
Semasa ekspo ini, Kementerian Pendidikan pula akan memberigakan maklumat-maklumat terkini yang berkaitan seperti Sistem Pusat kemasukan ke Pengajian Tinggi (HECAS), Biasiswa-Biasiswa Kerajaan, Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP), Perkongsian mengenai pemilihan dan pengambilan guru, permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan kursus/kelulusan, kerjaya dan sebagainya. Kementerian Pendidikan akan diwakili oleh Jabatan Pengurusan Pendidik; Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat Bahagian Pengajian Tinggi; Bahagian Biasiswa, Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Unit Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah. Juga akan turut serta dalam ekspo ini nanti adalah agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain.

 
Ekspo ini adalah dibukakan kepada orang awam, khususnya bagi lepasan menengah dan pra-universiti, iaitu Lepasan Brunei G.C.E. 'O' Level dan 'A' Level atau kelulusan yang sebanding dengannya, yang berhasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti program-program National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma Level 5, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dan juga mereka yang ingin mengembangkan kemahiran atau profesionalisme mereka.

 
Ekspo ini tidak terhad kepada pelajar-pelajar atau pengunjung-pengunjung dalam negeri sahaja, malahan juga mengalu-alukan serta membukakan peluang yang sama kepada pelajar dan pengunjung luar negara yang berkeinginan untuk meneruskan pengajian di institusi-institusi di negara ini. Kemudahan tempat letak kereta dan perkhidmatan bas ulang alik (shuttle bus) bagi orang ramai juga akan disedikan bertempat di letak kereta Jerudong Park Playground. 

 
Maklumat lanjut mengenai dengan ekspo ini boleh didapati melalui laman web Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn atau media sosial rasmi Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.