Fastabiqul Khairat Kementerian Pendidikan Kali Ke-5 Tahun 2020

Mar 24, 2020

Kementerian Pendidikan melalui Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa projek Fastabiqul Khairat Kementerian Pendidikan Kali Ke-5 Tahun 2020 akan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Dalam pada itu jua, Jabatan Pendidikan Kokurikulum ingin memaklumkan akan perubahan tarikh dan tempat Kempen Derma Darah Sempena Projek Fastabiqul Khairat Kementerian Pendidikan yang sebelumnya akan diadakan pada hari Rabu, 7 Sya'ban 1441 / 1 April 2020, jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Bangunan Baru, Kementerian Pendidikan diubah kepada hari Rabu dan Khamis, 7 Sya'ban 1441 dan 8 Sya'ban 1441 bersamaan 1 dan 2 April 2020, bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan jam 1.30 petang hingga 4.00 petang bertempat di Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

 

Sehubungan itu, pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan serta orang ramai yang berkesudian untuk menderma darah adalah dialu-alukan untuk membuat tempahan (booking) slot terlebih dahulu bagi pendermaan darah tersebut boleh dibuat semasa waktu bekerja (7.45 pagi – 12.00 tengah hari / 1.30 petang – 4.30 petang) menerusi talian 224 2424 ext 5745 / 6001.

 

Sukacita dinasihatkan jua kepada penderma untuk memastikan tahap kesihatan diri adalah baik. Individu yang kurang sihat seperti demam, batuk, selesma atau masalah pernafasan adalah tidak dibenarkan untuk menderma darah.


IMG-20200324-WA0002.jpg


IMG-20200324-WA0003.jpg