Sub-Regional Online Consultation Of National Commissions For UNESCO On The Preparation Of The Draft Medium-Term Strategy For 2022-2029 (41 C/4) And The Draft Programme And Budget For 2022-2025 (41 C/5)

Jun 25, 2020

Bandar Seri Begawan – Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education as the Secretary General of the Brunei Darussalam National Commission for United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) attended the Sub-Regional Online Consultation of National Commissions for UNESCO on The Preparation of The Draft Medium-Term Strategy for 2022-2029 (41 C/4) and The Draft Programme and Budget for 2022-2025 (41 C/5) which took place over two days from Wednesday, 24th June 2020 until Thursday, 25th June 2020 today. Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati also chaired the second session of the meeting which convened on Thursday, 25th June 2020.

WHATSAPP IMAGE 2020-06-25 AT 3.43.25 PM.jpeg

The meeting was organized by UNESCO Cluster Offices in Jakarta, Bangkok and Beijing and was attended by senior officials from over 16 Member States as well as representatives of international organizations and observers. This consultation aims to inform and provide guidance to the Director General of UNESCO on areas for UNESCO's strategic positioning and leadership roles for its next medium-term strategic framework 2022-2029, as well as recommendations on future programme priorities of regional relevance for the Organization's action in the next quadrennial programme cycle 2022-2025. These draft documents will be submitted to the UNESCO's Executive Board at its 210th session.

During the first session of the consultation in Day 1, UNESCO Member States including Brunei Darussalam touched on the Medium Term Strategy for the year 2022-2029 where delegates had the opportunity to share the impact of COVID-19 towards not only education, science and culture, but also in areas such as natural sciences, social and human science as well as info-communication aspects in their countries. The delegates also shared that the pandemic crisis did not only affect the public health globally but also triggered several challenges particularly in implementing future sustainable development. Issues on global solidarity and resources needed to mainstream global priorities as well as the importance of youth as contributors to a better change in the world were also raised by most of the Member States.

Building from the discussion on the first day, the second session today was focusing on the Programme and Budget for 2022-2025 where the Member States touched on several discussions such as ways to i) enhance UNESCO's programmatic focus which are education, culture, natural sciences, intergovernmental oceanographic commission, social and human sciences, and communication and information; ii) to strengthen interdisciplinarity and intersectoral work; iii) enhancing UNESCO's presence in the world; iv) strengthening UNESCO's field presence and relevance; v) reinforcing UNESCO's networks and partnerships,; and vi) leveraging public and private partnerships.

As chairperson, Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati acknowledged the continuous support expressed by Member States to the core functions and programmatic areas of UNESCO.

During the session, a number of recommendations were also presented by Member States for UNESCO to optimize resources, develop synergy and enhance its presence at national, regional and global levels. There were also proposals for UNESCO to further reinforce its interdisciplinary and intersectoral work to address complex development challenges and to achieve its mandate.

Also in attendance to the two-day online consultation were Yang Mulia Awang Walter Chong Meng Siong, Head of International Affairs Unit and officers from the Ministry of Education.

__________________________________________________________ 

MESYUARAT KONSULTASI SUB-SERANTAU DALAM TALIAN

SURUHANJAYA KEBANGSAAN BAGI UNESCO MENGENAI

DERAF STRATEGI UNESCO RANGKA PERTENGAHAN TAHUN 2022-2029 (41 C/4)

DAN DERAF PROGRAM DAN PERUNTUKAN UNESCO TAHUN 2022-2025 (41 C/5)

 

Khamis, 02 Zulkaedah 1441 / 25 Jun 2020

Bandar Seri Begawan – Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan sebagai Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menghadiri Rundingan Sub-Serantau Suruhanjaya Kebangsaan bagi UNESCO dalam talian mengenai persiapan bagi Deraf Strategi UNESCO Rangka Pertengahan Tahun 2022-2029 (41 C/4), dan Deraf Program dan Peruntukan UNESCO Tahun 2022-2025 (41 C/5) yang berlangsung selama dua hari bermula pada Hari Rabu, 24 Jun 2020 sehingga Hari Khamis, 25 Jun 2020. Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati juga mempengerusikan sesi kedua mesyuarat tersebut yang berlangsung pada hari Khamis, 25 Jun 2020.

Mesyuarat tersebut dianjurkan oleh Pejabat-Pejabat Kluster UNESCO di Jakarta, Bangkok dan Beijing. Mesyuarat berkenaan telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari lebih 16 buah Negara Anggota dan wakil organisasi antarabangsa serta pemerhati. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk memaklumkan dan memberikan panduan kepada Ketua Pengarah UNESCO mengenai bidang-bidang utama dalam kedudukan dan peranan kepimpinan strategik UNESCO bagi deraf strategi jangka pertengahan bagi tahun 2022-2029, serta cadangan mengenai keutamaan program di masa hadapan yang relevan bagi negara-negara serantau untuk tindakan pertubuhan tersebut dalam tahun 2022-2025. Dokumen deraf ini adalah untuk dihadapkan ke Lembaga Eksekutif UNESCO pada sesi ke-210.

Semasa sesi pertama perundingan yang berlangsung pada Hari Rabu, Negara-Negara Anggota UNESCO termasuk Negara Brunei Darussalam telah mengemukakan mengenai Strategi Jangka Pertengahan bagi tahun 2022-2029 yang mana peserta-peserta telah berpeluang untuk berkongsi cabaran-cabaran dan impak semasa wabak COVID-19 termasuk dalam bidang pendidikan, sains,  kebudayaan, sains semula jadi, sains sosial dan kemanusiaan serta komunikasi maklumat di negara mereka. Para peserta juga telah memaklumkan bahawa krisis wabak tersebut tidak hanya mempengaruhi kesihatan masyarakat secara global tetapi juga telah mencetuskan beberapa cabaran terutama dalam melaksanakan pembangunan lestari di masa hadapan. Isu-isu mengenai solidariti global dan sumber daya adalah diperlukan untuk mengarusutamakan keutamaan global serta kepentingan para belia sebagai penyumbang kepada perubahan yang lebih baik di dunia juga telah disuarakan semasa mesyuarat tersebut.

Merujuk kepada perbincangan pada hari pertama, sesi kedua adalah lebih tertumpu kepada Program dan Peruntukan Tahun 2022-2025 di mana Negara-negara Anggota telah menyentuh beberapa agenda seperti membincangkan cara-cara bagi UNESCO untuk i) meningkatkan fokus program UNESCO dalam pendidikan, sains, kebudayaan, sains semula jadi , suruhanjaya oseanografi antara kerajaan, sains sosial dan manusia, dan komunikasi maklumat; ii) untuk memperkukuhkan dalam penyelarasan kerja interdisiplin dan intersektoral; iii) meningkatkan kewujudan UNESCO di dunia; iv) memperkukuhkan kewujudan dan kesesuaian bidang UNESCO; v) memperkukuhkan rangkaian dan kerjasama UNESCO; dan vi) memanfaatkan kerjasama dengan sektor awam dan swasta.

Selaku Pengerusi, Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati telah mengambil maklum akan sokongan berterusan yang telah disuarakan oleh Negara-Negara Anggota terhadap fungsi teras dan bidang-bidang program UNESCO.

Semasa sesi tersebut, beberapa cadangan juga telah diterima dari Negara-Negara Anggota UNESCO untuk mengoptimumkan daya sumber, mengembangkan sinergi dan meningkatkan kehadirannya di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Negara-Negara Anggota juga mencadangkan agar UNESCO dapat memperkukuhkan lagi kerja interdisiplin dan intersektoral dalam menangani cabaran-cabaran dalam pembangunan yang kompleks demi mencapai mandat pertubuhan tersebut.

Turut hadir dalam perundingan dalam talian selama dua hari itu ialah Yang Mulia Awang Walter Chong Meng Siong, Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.