Dikir Ceremony In Conjunction With Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Year 1442H/2020M For Ministry Of Education

Oct 24, 2020

The Ministry of Education today held a Dikir Maulidur Rasul ceremony in conjunction with Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam celebration 1442H/2020M at the Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong. 

 
The delegation from the Ministry of Education was led by Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.

WhatsApp Image 2020-10-25 at 9.58.53 AM.jpeg
WhatsApp Image 2020-10-25 at 8.51.52 AM.jpeg
WhatsApp Image 2020-10-25 at 9.58.53 AM-2.jpeg
WhatsApp Image 2020-10-25 at 9.58.53 AM-3.jpeg

Also present were Head of Departments, Officers and staff from Ministry of Education.
 
The ceremony began with the Dikir Syarafil Anam and Dikir Marhaban followed by mass Isyak prayer and concluded with the 'Doa Allah Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam’ to bless the occasion.

The ceremony is one of the ministry's annual activities in enlivening the major Islamic calendar events and this year’s Maulidur Rasul as well as strengthen the ties between officers and staff of the Ministry of Education, the congregants of the mosque and residents. The ceremony also aims to encourage the ministry’s officers and staff to recite the selawat and glorifying as well as remembering the sacrifices made by the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. 
 
This year’s ceremony was jointly organised by the Department of Planning, Development and Research and the Department of Schools.
 
_________________________________________________________

Hari ini Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Berdikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Tahun 1442H/2020M bagi Kementerian Pendidikan yang mengambil tempat di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong. 

Hadir mengetuai rombongan Kementerian Pendidikan bagi majlis ini ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.

Juga hadir di majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan. 

Majlis dimulakan dengan Dikir Syarafil Anam dan Dikir Marhaban diikuti dengan sembahyang Fardu Isyak Berjemaah dan diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam bagi memberkati majlis.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan kementerian bagi sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam dan memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulidur Rasul, disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dengan jemaah masjid dan penduduk kampung berkenaan. Ianya juga bertujuan untuk menggalakkan warganya untuk terus berselawat dan memuji Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam di samping menunjukkan rasa kasih sayang terhadap jasa-jasa Baginda.
 
Majlis pada tahun ini diungkayahkan bersama oleh Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan dan Jabatan Sekolah-Sekolah.