Pertandingan Pencak Silat Seni Virtual Tunggal Tangan Kosong dan Regu bagi Pra Remaja Tahun 2020

Oct 7, 2020

Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam akan menganjurkan Pertandingan Pencak Silat Seni Virtual Tunggal Tangan Kosong dan Regu bagi Pra Remaja Tahun 2020. 

Pertandingan ini dibukakan kepada pelajar-pelajar yang berumur di antara 12 hingga 14 tahun. Kategori yang akan dipertandingkan adalah Silat Seni Jurus Tunggal Tangan Kosong (Putera); Silat Seni Jurus Tunggal Tangan Kosong (Puteri); Silat Seni Regu (Putera) dan Silat Seni Regu (Puteri). Setiap peserta dibenarkan untuk menyertai 2 kategori (Tunggal & Regu). 

Para peserta bolehlah membuat pendaftaran awal (entry by name) melalui borang rasmi mulai 15 hingga 21 Oktober 2020. Syarat-syarat pertandingan dan borang boleh dimuat turun melalui pautan atau dengan mengimbas Kod QR di poster pertandingan di Instagram Jabatan Pendidikan Kokurikulum: @infodcce.bn 

Borang yang lengkap bolehlah dihantar kepada Urus Setia Pertandingan di Tingkat 1, Blok B, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jalan 10, Kg Perpindahan Lambak Kanan, Berakas, BC2315 atau menghantar softcopy melalui emel psvirtual2020@gmail.com 

Bagi keterangan lanjut, bolehlah menghubungi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam di talian 2331904.
WhatsApp Image 2020-10-06 at 11.04.51 AM.jpeg