Sign In

Skip Navigation LinksUnit Perhubungan Awam

Pendahuluan
​Ketua UnitYang Mulia Dayang Sharinah binti Haji Awang Suhaimi
​Alamat​​Tingkat 2, Blok A
Bangunan Lama Kementerian Pendidikan
Berakas BB3510
Brunei Darussalam
Hubungi​Tel. No.: +673 2381303 
Fax No.: +673 2380703
Emel: feedback@moe.gov.bn
Facebook: Ministry of Education Brunei Darussalam
Instagram: @moe_Brunei
Twitter: MoEducation Brunei

​Peranan
UPA Peranan.jpg

​Fungsi

  • Mengeluarkan kenyataan/ maklumat rasmi mengenai kegiatan/majlis di peringkat kementerian serta permakluman dasar/ polisi Kementerian Pendidikan
  • Menguruskan liputan media bagi acara-acara/ majlis-majlis di peringkat Kementerian Pendidikan
  • Mengumpul, menyusun dan menerbitkan bahan-bahan cetak Kementerian Pendidikan seperti lembar fakta, brosur, kalender tahunan, poster dan sebagainya untuk pemberigaan dan kegunaan umum/ kumpulan sasaran tertentu
  • Mengeluarkan bahan media seperti audio dan video pendek bagi menyampaikan mesej di peringkat Kementerian Pendidikan
  • Sebagai campian bidang fokus pemboleh berjalin (cross-cutting enabler) dalam inisiatif pendidikan rendah dan menengah
  • Mengadakan lawatan/ menyertai lawatan korporat ke inistitusi-institusi pendidikan
  • Membuat penggambaran, liputan berita dan kenyataan akhbar mengenai lawatan kerja, mesyuarat dan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua Pengarah Pendidikan (tertakluk kepada keperluan)
  • Pengurusan krisis atau isu dan memantau isu-isu yang berbangkit dari pihak awam yang berkepentingan yang bersangkut paut dengan Kementerian Pendidikan melalui pelbagai saluran (akhbar, media sosial, telefon dan perjumpaan secara individu)
  • Menyalurkan dan membantu menyediakan maklum-balas dan jawapan terhadap komen-komen dan aduan-aduan orang ramai sama ada melalui media sosial, berita akhbar dan secara perjumpaan individu. Menyediakan maklumat yang betul terhadap berita dan maklumat kegiatan Kementerian Pendidikan yang kurang tepat
  • Mengemaskini isi kandungan media baru Kementerian Pendidikan seperti Facebook, Twitter, Instagram dan portal rasmi Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Menyelaras keperluan bagi temubual Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan dan pihak berkaitan bersama pihak media yang dibenarkan, dan bila diperlukan. Menyediakan respon bagi sesi temubual Menteri Pendidikan bagi sesi temubual bersama media (dalam atau luar Negara)
  • Mengumpul, menyusun dan menerbitkan buku himpunan teks ucapan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan untuk simpanan dan bahan rujukan warga Kementerian Pendidikan dan orang awam


​Struktur Organisasi
akan dikemaskini​