Sign In

Skip Navigation LinksUrus Setia Majlis Pendidikan Teknik Dan Vokasional Brunei Darussalam

Visi
Pendidikan Teknik dan Vokasional serta Program Latihan yang berkualiti, diiktiraf di peringkat negara dan antarabangsa

Misi
Menyediakan dan memastikan kualiti pendidikan teknik dan vokasional selaras dengan dasar-dasar Majlis Pendidikan Teknik dan Vokasional Brunei Darussalam (MPTVBD)

Matlamat
Untuk menyediakan sistem pensijilan dan akreditasi kelayakan teknik dan vokasional yang responsif dan relevan untuk keperluan industri tempatan, individu dan masyarakat untuk peningkatan ekonomi Negara Brunei Darussalam

Pengenalan
Setiausaha Kerja  Urus  Setia Majlis Pendidikan Teknik dan Vokasional Brunei Darussalam
Yang Mulia Dayang Yap Biaw Hwee (Pemangku Setiausaha Kerja)
Alamat
Urus Setia MPTVBD
Tingkat 3, Bangunan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE)
Simpang: 347, Jalan Pasar Baharu
Gadong BE 1310
Brunei Darussalam
Hubungi
Tel : +673 2422208 / +673 2422296
Fax : +673 2422303
Email: bdtvec@moe.gov.bn

Huraian
Majlis Pendidikan Teknik dan Vokasional Brunei Darussalam (MPTVBD) telah ditubuhkan pada Mei 1991 sebagai badan penganugerahan kebangsaan bagi kelayakan teknikal dan vokasional di Negara Brunei Darussalam. Dengan adanya badan ini, penyediaan pendidikan teknik dan vokasional di negara ini akan menjadi lebih fleksibel dan berkesan.

MPTVBD juga bertanggungjawab dalam memberikan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dengan kemahiran yang berkaitan dengan kelayakan teknikal dan vokasional sejajar dengan keperluan negara.

Program pertama yang telah dianugerahkan oleh Majlis ini ialah pada bulan Ogos 1992.

Sebelum Sistem Pendidikan Negara ke-21 (SPN21) diperkenalkan, MPTVBD telah meluluskan sebanyak 107 program dalam pelbagai peringkat kelayakan seperti Higher National Diploma (HND), National Diploma (ND), Pre-National Diploma (PND), National Technical Certificate 3 (NTC 3), National Technical Certificate 2 (NTC 2) dan National Vocational Certificate (NVC). Program-program yang ditawarkan diantaranya adalah seperti Building Trades; Business and Finance; Building and Construction; Engineering; Hospitality and Tourism; Information & Communication Technology (ICT); Science; Secretarial dan sebagainya.

Setelah adanya SPN21, program-program yang sedia ada di dalam peringkat kelayakan National Diploma (ND), Pre-National Diploma (PND), National Technical Certificate 3 (NTC 3), National Technical Certificate 2 (NTC 2) dan National Vocational Certificate (NVC) telah ditiadakan dan digantikan dengan program-program SPN21 diperingkat Diploma (Dip), Skill Certificate 3 (SC 3) dan Skill Certificate 2 (SC 2). Sehingga kini, MPTVBD telah menawarkan sebanyak 103 program dalam pelbagai jurusan seperti Applied and Agriculture Science; Business and Administration; Civil and Built Environment; Design, Textiles and Clothing; Electronic and Info-Communication Technology, Engineering; dan Hotel Services and Tourism Studies.

Dalam transformasi pendidikan teknik dan vokasional, peringkat kelayakan MPTVBD telah ditiadakan dan digantikan dengan peringkat kelayakan yang diperkenalkan oleh Institut Pendidikan Teknik Brunei (IBTE) seperti Higher National Technical Education Certificate (HNTec), National Technical Education Certificate (NTec) and Institutional Skills Qualification (ISQ). Manakala, peringkat kelayakan Higher National Diploma (HND) telah digantikan kepada Advance Diploma (AD) dan ditawarkan di Politeknik Brunei.

Pengambilan program MPTVBD terakhir ialah pada September 2015, dan pengajian tersebut telahpun tamat dan dianugerahkan (award) pada September 2018 lalu.


Fungsi
  • Untuk merumuskan dan memastikan dasar-dasar MPTVBD yang koheren dan berkesan serta rangka kerja pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat kebangsaan.
  • Untuk memberi pengiktirafan kebangsaan pada pendidikan teknik dan vokasional.
  • Untuk mempromosi kesedaran mengenai adanya latihan dan pendidikan teknik dan vokasional kepada masyarakat luar.
  • Untuk meningkatkan kolaborasi, kerjasama dan perkongsian antara institusi atau pusat teknik dan vokasional serta industri yang berkaitan.
  • Untuk mengesahkan kursus dan program teknik dan vokasional ditawarkan oleh institusi teknikal dan vokasional awam dan swasta.
  • Untuk mengekalkan dan memperluaskan perhubungan antarabangsa dengan akreditasi, pengesahan dan badan penganugerahan dari luar negara.

Unit

  • Unit Pendaftaran dan Pensijilan
  • Unit Sistem Kualiti
  • Unit Pentadbiran dan Kewangan
Tugas dan Tanggungjawab
Majlis hendaklah, bertanggungjawab untuk semua atau mana-mana perkara yang berikut:

a) Untuk menilai dan mengkaji secara berterusan dasar-dasar pendidikan teknikal dan vokasional agar dapat menyediakan satu sistem yang unified bagi setiap kursus dan program teknikal dan vokasional

b) Untuk merancang atau meluluskan kursus dan program yang bersesuaian untuk ditawarkan oleh Registered Training Organization (kerajaan dan swasta)

c) Untuk menilai piawaian kecekapan negara dengan menggunakan kepakaran dari agensi kerajaan, industri dan perdagangan, pengajar yang berwibawa untuk memastikan program-program yang ditawarkan berkualiti dan fleksibel selaras dengan keperluan

d) Untuk mengawal penilaian yang dijalankan di institusi atau pusat teknikal dan vokasional untuk tujuan pensijilan

e) Untuk menganugerah kelayakan pendidikan teknikal dan vokasional kebangsaan berasaskan pada peringkat-peringkat berikut:
Higher National Diploma (HND)
Diploma (Dip)
Skills Certificate 3 (SC 3)
Skills Certificate 2 (SC 2)
g) Untuk mengawal dan memberi akreditasi kepada institusi teknikal dan vokasional

h) Untuk mengekalkan dan memperluaskan hubungan antarabangsa dengan pengiktirafan, mengesahkan dan menganugerahkan badan untuk memastikan pengiktirafan yang lebih teratur dan kemajuan pelajar ke tahap kelayakan profesional yang lebih tinggi


Struktur Organisasi
BDTVEC Secretariat OC (malay).PNG
*Updated 18.06.2019