Ministry of Education`



 
  
 

 

 


 

From the Minister

 Development of Education

 Aims of Education

National Education Policy
 Organisation Structure
 Departments / Units / Sections
School System
  School Directory  
 School Statistics
 Publications
  What's New

Bulletin/News

Advertisements
Job Vacancy  

Educational Links  

Feedback  











ADVERTISEMENTS  

Pages  1  2  3  4  5  6  Next

Rujukan: BE/G/1/2005 (46)

Tarikh: 19 Muharram 1426 / 28 Februari 2005

SURAT PEMBERITAHUAN

JABATAN PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BILANGAN : 6/2005

PEPERIKSAAN BRUNEI-CAMBRIDGE G.C.E. O, AS & A OKTOBER / NOVEMBER 2005

Dengan hormatnya sukacita memaklumkan bahawa Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan sedang membuat persediaan bagi pendaftaran peperiksaan Brunei-Cambridge GCE peringkat ‘O’, ‘AS’ dan ‘A’ Oktober / November 2005 yang akan bermula pada 14 Mac 2005 hingga 30 April 2005. 

1. Syarat-syarat pendaftaran peperiksaan

1.1 Peperiksaan G.C.E. Peringkat 'A'

1. Calon Sekolah

  1. Penuntut-penuntut Menengah 6 Atas pada tahun 2005 adalah berkelayakan untuk didaftarkan bagi peperiksaan GCE peringkat 'A'.
  2. Setiap calon mestilah mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran 'A' level.

2. Calon Persendirian

i.           Calon-calon persendirian yang hendak menduduki peperiksaan peringkat ‘A’ mestilah lulus dengan credit dalam sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran dalam peperiksaan peringkat ‘O’ pada sekali duduk.  Kelulusan ini mestilah dicapai sekurang-kurangnya dua tahun sebelum peperiksaan yang hendak didaftarkan.

ii.            Calon-calon mestilah menyertakan salinan-salinan dokumen seperti surat berhenti sekolah, slip keputusan peperiksaan atau sijil peperiksaan peringkat ‘O’.

iii.          Setiap calon yang pertama kali mestilah mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran ‘A’ level. 

  1. Peperiksaan GCE Peringkat ‘AS’

1. Calon Sekolah

i.            Penuntut-penuntut Menengah 6 Bawah dan Menengah 6 Atas pada tahun 2005 adalah berkelayakan untuk didaftarkan bagi peperiksaan GCE peringkat 'AS'. 

ii.           Setiap calon yang pertama kali mendaftar peperiksaan ini mestilah mengambil  sekurang-kurangnya dua mata pelajaran ‘AS’. 

  1. Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’

1. Calon Sekolah

i.             Penuntut-penuntut Menengah 5 dan Menengah 6N pada tahun 2005 adalah berkelayakan untuk didaftarkan bagi peperiksaan GCE peringkat 'O'. 

ii.             Setiap calon mestilah mengambil tidak kurang daripada enam mata pelajaran dan tidak melebihi lapan mata pelajara manakala calon mengulang bolehlah mengambil sekurang-kurangnya lima mata pelajaran.  Jika terdapat calon sekolah yang berhajat untuk mengambil lebih daripada lapan mata peljaran, pihak Maktab/Sekolah hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Pengarah Peperiksaan. 

2. Calon Persendirian

i. Calon-calon-calon persendirian yang hendak menduduki peperiksaan peringkat ‘O’ mestilah lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau brunei Junior Certificate of Education (BJCE).  Kelulusan ini mestilah dicapai sekurang-kurangnya dua tahun sebelum pepeiksaan yang hendak didaftarkan.  Salinan dokumen seperti surat berhenti sekolah, slip keputusan peepriksaan atau sijil peperiksaan hendaklah disertakan.

ii Setiap calon yang pertama kali mendaftar peperiksaan ini mestilah mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran 'O' level.

d. Borang Pendaftaran

1. Calon Sekolah

Pihak Maktab/Sekolah adalah dipertanggungjawabkan untuk melengkapkan borang pendaftaran peperiksaan. 

2. Calon Persendirian

Borang-borang pendaftaran dan keterangan lengkap yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperolehi dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.

e. Bayaran Pendaftaran Peperiksaan

1. Calon Sekolah

i. Penuntut-penuntut yang mengulang adalah dikenakan bayaran pendaftaran peperiksaan seperti Surat Keliling Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam bilangan 1/7/1999 yang bertarikh 24 Februari 1999.  Wang pendaftaran akan dikembalikan dengan syarat penuntut-penuntut berkenaan hadir semua mata pelajaran semasa peperiksaan.

ii. Penuntut-penuntut Menengah 5 dan Menengah 6N yang memegang kad pengenalan hijau dan semua penuntut Sekolah Swasta adalah dikenakan bayaran peperiksaan dan wang pendaftaran tidak akan dibayar balik.

iii. Penuntut-penuntut Menengah 6 Bawah dan Menengah 6 Atas yang memegang kad pengenalan merah dan hijau adalah dikenakan bayaran peperiksaan.

iv. Penuntut-penuntut yang dikategorikan di bawah gagal ujian kelayakan sekolah, kurang kedatangan sekolah dan berhenti sekolah juga dikenakan bayaran pendaftaran peperiksaan dan wang pendaftaran tidak akan dibayar balik.

v. Penuntut-penuntut Menengah 6 Bawah yang menduduki peperiksaan 'AS', bayaran peperiksaan adalah ditanggung sendiri.

vi. Pihak Maktab/Sekolah adalah dipertanggungjawabkan untuk mengutip bayaran peperiksaan bagi calon-calon yang berkenaan serta bersedia menyediakan pusat peepriksaan, pengawasan dan peralatan bila dikehendaki.  Pihak Makatab/Sekolah bolehlah menggunakan cek untuk pembayaran peperiksaan dan hendaklah dibayar kepada Kerajaan Brunei Darussalam.

2. Calon Persendirian

Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima bayaran pendaftaran peperiksaan dengan wang tunai.

f. Pembatalan Pendaftaran Peperiksaan

i. Calon-calon peperiksaan yang membatalkan pendaftaran mereka DUA MINGGU selepas pendaftaran berakhir, bayaran pendaftaran keseluruhannya akan dibayar balik.

ii. Calon-calon peperiksaan yang membatalkan pendaftaran mereka disebabkan menlajutkan pelajaran atas biasiswa Kerajaan juga akan dibayar balik keseluruhan bayaran pendaftaranya.

iii. Calon-calon peperiksaan yang membatalkan pendaftaran mereka disebabkan kesihatan juga akan dibayar balik keseluruhan bayaran pendaftarannya dengan menyertakan surat rasmi dari pihak hospital.

Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis di sebelah pagi mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan di sebelah petang mulai jam 1.30 petang hingga 3.00 petang dan hari Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah dilengkapkan berserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan tidak lewat 30 April 2005.

"KELUARGA BAHAGIA HIDUP BERJAYA'

(DK HJH MASTOLI BINTI PSI PG HJ ISMAIL)

Pengarah Peperiksaan

Salinan:

Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap I, Timbalan Setiausaha Tetap II, Timbalan Setiausaha Tetap III, Ketua Pengarah Pendidikan, Pegawai-Tugas-Tugas Khas (MPK), Pegawai Tugas-Tugas Khas (ST1), Pegawai Tugas-Tugas Khas (ST2), Pengarah Sekolah-Sekolah, Pengarah Kenaziran Sekolah-Sekolah, Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Pengarah Pendidikan Teknik, Pengarah Perkembangan Kurukulum, Pengarah Pengajian Islam, Pengarah Pendidikan KoKurikulum, Pengarah Institut Teknologi Brunei, Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pengarah Perancangan dan Pengurusan Estet, Pegawai Tugas-Tugas Khas (MKPK), Ketua Unit Pendidikan Khas, Pendaftar dan Setiausaha Universiti Brunei Darussalam

 


||
From the Minister | Development of Education | Aims of Education | National Education Policy | Organisation Structure | Departments/Units/Sections | School System | School Directory | School Statistics | Publications | What's New | Bulletin/News  | AdvertisementsEducational Links | Feedback ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||