Ministry of Education`



 
  
 
 
 

 


 

From the Minister

 Development of Education

 Aims of Education

National Education Policy
 Organisation Structure
 Departments / Units / Sections
School System
  School Directory  
 School Statistics
 Publications
  What's New

Bulletin/News

Advertisements
Job Vacancy  

Educational Links  

Feedback  


 
 
 

ADVERTISEMENTS  

Pages  1  3  4  5  6   Next

 

Rujukan: BE/J/3/PT.XIII(47)
Tarikh : 28 Jamadilakhir 1426 / 04 Ogos 2005
 
SURAT PEMBERITAHUAN
JABATAN PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
BILANGAN : 12/2005
 
Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei – Disember 2005 (Pendaftaran)
 
Seukacita dimaklumakan bahawa pendaftaran bagi peperiksaan yang tersebut di atas akan bermula pada 11 Ogos 2005 hingga 08 September 2005.  Peperiksaan ini akan diadakan pada 25 November 2005(Jumaat) dan 27 November 2005 (Ahad).
 
Calon-calon yang terdiri daripada kelas Pelajaran Lanjutan yang ingin menduduki peperiksaan ini dikehendaki mendaftar melalui guru kelas masing-masing.  Calon-calon persendirian bolehlah mendaftar terus ke Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan.  Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima bayaran pendaftaran peperiksaan dengan wang tunai sahaja pada hari Isnin hingga Khamis, di sebelah pagi mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja dan di sebelah petang jam 1.30 petang hingga 3.00 petang manakala hari Sabtu jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi sahaja.  
 
Sehubungan itu, calon-calon yang ingin menduduki peperiksaan ini di peringkat menengah atau tertinggi mestilah menyertakan salinan slip keputusan atau sijil sebagai bukti mengenai peperiksaan yang telah diamabil dan lulus.
 
Sukacita juga diperingatkan kepada calon-calon bahawa sebarang penggunaan mesin taip elektrik’ dalam masa peperiksaan tidak dibenarkan sama sekali.  Jika calon-calon didapati menggunakan mesin taip elektrik’, keputusan peperiksaan calon berkenaan akan dibatalkan.  Begitu juga kepada calon-calon yang mengambil mata pelajaran Trengkas, tidak dibenarkan sama sekali menterjemah dan menghantar dua petikan.  Jika didapati calon-calon berbuat demikian, keputusan peperiksaan calon berkenaan juga akan dibatalkan.  
 
Borang pendaftaran bolehlah didapati di Jabatan Peperiksaan.  Borang yang telah lengkap diisikan berserta dengan bayarannya hendaklah dikembalikan ke Jabatan ini tidak lewat daripada 8 September 2005.
 
Mata-mata pelajaran yang ditawarkan dan pusat peperiksaan adalah seperti di dalam Lampiran A.
 
“AKHLAK MULIA, KEHIDUPAN SEMPURNA”
 
[DK HJH MASTOLI BINTI PSI PG HJ ISMAIL]
Pengarah Peperiksaan
 
LAMPIRAN A
 
Mata-mata pelajaran yang ditawarkan
Menaip
Trengkas
Simpankira
 
Bayaran peperiksaan bagi tiap-tiap mata pelajaran
Peringkat Permulaan        $30.00
Peringkat Menengah         $40.00
Peringkat tertinggi           $50.00
 
Bayaran bagi mata pelajaran Ujian Kepantasan Menaip
Peringkat Menengah          $20.00
Peringkat Tertinggi           $30.00
 
Pusat-Pusat Peperiksaan
Sekolah Rendah Anggerek Desa (Menaip, Trengkas dan Simpankira)
Sekolah Rendah Jerudong (Menaip dan Trengkas)   
 
    
Rujukan : BE/K/7/PT.20 (166)
Tarikh : 27 Zulhijjah 1424 / 18 Februari 2004

SURAT PEMBERITAHUAN

JABATAN PEPERIKSAAN

BIL: 5/2004

THE ASSOCIATED BOARD OF THE ROYAL SCHOOLS OF MUSIC LONDON – OGOS / SEPTEMBER 2004

Pendaftaran sekarang dibuka bagi mengadakan Peperiksaan The Royal Schools of Music (Amali) di Negara Brunei Darussalam yang akan diadakan dalam bulan Ogos/September 2004.

Borang-borang pendaftaran bolehlah diperolehi dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam pada waktu pejabat dibuka mulai 29 Mac 2004 hingga 15 April 2004.  Bayaran-bayaran peperiksaan hendaklah ditukarkan kepda “bankdrafts’ dalam GDP Sterling dan hendaklah ditujukan kepada The Royal School of Music, London manakala bayaran tempatan $10.00 dibayar kepada Jabatan Peperiksaan , Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

THE ASSOCIATED BOARD OF THE ROYAL SCHOOLS OF MUSIC LONDON – AUGUST/SEPTEMBER 2004

Enrollments are now being made for The Royal Schools of Music Examination (Practical) to be conducted in Brunei Darussalam in August/September 2004.

Registration forms can be obtained from the Examinations Department, Ministry of Education during office hours from 29 March 2004 to 15 April 2004.  The Appropriate examination fee should be paid through bankdrafts in GBP Sterlings and made payable to The Royal School of Music, London while local fee of $10.00 should be paid to the Examinations Department, Ministry of Education, Brunei Darussalam.

(DK HJH MASTOLI BINTI PSI PG HJ ISMAIL)
Pengarah Peperiksaan

 


||
From the Minister | Development of Education | Aims of Education | National Education Policy | Organisation Structure | Departments/Units/Sections | School System | School Directory | School Statistics | Publications | What's New | Bulletin/News  | Advertisements Educational Links | Feedback ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||