National Education Policy Organisation Structure Departments / Units / Sections School System School Directory School Statistics Publications What's New Advertisements Job Vacancy
![]()
Rujukan : BE/G/1/2004 PT.I (17) Tarikh : 9 Muharram 1425 / 1 Mac 2004
SURAT PEMBERITAHUAN
JABATAN PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BILANGAN : 7/2004
PEPERIKSAAN BRUNEI-CAMBRIDGE G.C.E. PERINGKAT ‘O’, ‘AS’ DAN ‘A’ OKTOBER/NOVEMBER 2004
Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan sedang membuat persediaan bagi pendaftaran Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. Peringkat ‘O’,‘AS’ dan ‘A’ Oktober/November 2004 yang akan bermula pada 15 Mac 2004 hingga 29 April 2004. Senarai mata pelajaran yang akan ditawarkan adalah seperti dalam lampiran yang disertakan.
1. Syarat-syarat Pendaftaran Peperiksaan
1.1 Peperiksaan G.C.E Peringkat ‘A”
a. Calon Sekolah
i. Penuntut-penuntut Menengah 6 Atas pada tahun 2004 adalah berkelayakan untuk didaftarkan bagi peperiksaan G.C.E. Peringkat ‘A’.
ii. Setiap calon mestilah mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran ‘A’ Level.
b. Calon Persendirian
i. Calon-calon persendirian yang hendak menduduki peperiksaan peringkat ‘A’ mestilah lulus dengan credit dalam sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran dalam peperiksaan peringkat ‘O’ pada sekali duduk. Kelulusan ini mestilah dicapai sekurang-kurangnya dua tahun sebelum peperiksaan yang hendak didaftarkan.
Calon-calon mestilah menyertakan salinan-salinan dokumen seperti surat berhenti sekolah, slip keputusan peperiksaan atau sijil peperiksaan peringkat ‘O’.
ii. Setiap calon yang pertama kali mestilah mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran ‘A’ level.
1.2 Peperiksaan G.C.E Peringkat ‘AS’
a. Calon Sekolah
i. Penuntut-penuntut Menengah 6 Bawah dan Menengah 6 Atas pada tahun 2004 adalah berkelayakan untuk didaftarkan bagi peperiksaan G.C.E. Peringkat ‘AS’.
ii. Setiap calon yang pertama kali mestilah mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran ‘AS’.
b. Calon Persendirian
i. Calon-calon persendirian yang hendak menduduki peperiksaan peringkat ‘AS’ mestilah lulus dengan credit dalam sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran dalam peperiksaan peringkat ‘O’ pada sekali duduk, kelulusan ini mestilah dicapai sekurang-kurangnya pada tahun sebelumnya. Calon-calon mestilah menyertakan salinan dokumen seperti surat berhenti sekolah, slip keputusan peperiksaan atau sijil peperiksaan peringkat ‘O’.
ii. SetIap calon yang pertama kali mestilah mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran ‘AS’.
1.3 Peperiksaan G.C.E. Peringkat ‘O’
a. Calon Sekolah
i. Penuntut-penuntut Menengah 5 dan Menengah 6N pada tahun 2004 adalah berkelayakan untuk didaftarkan bagi peperiksaan G.C.E. Peringkat ‘O’.
ii. Setiap calon mestilah mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran dan tidak melebihi lapan mata pelajaran. Jika terdapat calon sekolah yang berhajat untuk mengambil lebih daripada lapan mata pelajaran, pihak Maktab/Sekolah hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Pengarah Peperiksaan.
b. Calon Persendirian
i. Calon-calon persendirian yang hendak menduduki peperiksaan peringkat ‘O’ mestilah lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau Brunei Junior Certificate of Education (BJCE). Kelulusan ini mestilah dicapai sekurang-kurangnya dua tahun sebelum peperiksaan yang hendak didaftarkan. Salinan dokumen seperti surat berhenti sekolah, slip keputusan peperiksaan atau sijil peperiksaan hendaklah disertakan.
ii. Setiap calon yang pertama kali mestilah mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran.
2. Borang Pendaftaran
a. Calon Sekolah
Pihak Maktab/Sekolah adalah dipertanggungjawabkan untuk melengkapkan borang pendaftaran peperiksaan.
b. Calon Persendirian
Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperolehi dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.
3. Bayaran Pendaftaran Peperiksaan
a. Calon Sekolah
i. Penuntut-penuntut yang mengulang adalah dikenakan bayaran pendaftaran peperiksaan seperti Surat Keliling Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam bilangan 1/7/1999 yang bertarikh 24 Februari 1999. Wang pendaftaran nakan dikembalikan dengan syarat penuntut-penuntut berkenaan hadir semua mata pelajaran semasa peperiksaan.
ii. Penuntut-penuntut Menengah 5 dan Menengah 6N yang memegang kad pengenalan hijau dan semua penuntut Sekolah Bukan Kerajaan adalah dikenakan bayaran peperiksaan dan wang pendaftaran tidak akan dibayar balik.
iii. Penuntut-penuntut Menengah 6 Bawah dan Menengah 6 Atas yang memegang kad pengenalan merah dan hijau adalah dikenakan bayaran peperiksaan.
iv. Penuntut-penuntut yang dikategorikan di bawah gagal ujian kelayakan sekolah, kurang kedatangan sekolah dan berhenti sekolah juga dikenakan bayaran pendaftaran peperiksaan dan wang pendaftaran tidak akan dibayar balik.
v. Penuntut-penuntut Menengah 6 Bawah yang menduduki peperiksaan AS, bayaran adalah ditanggung sendiri.
vi. Pihak Maktab/Sekolah adalah dipertanggungjawabkan untuk mengutip bayaran peperiksaan bagi calon-calon berkenaan serta bersedia untuk menyediakan pusat peperiksaan, pengawasan dan peralatan bila dikehendaki. Pihak Maktab/Sekolah bolehlah menggunakan cek untuk pembayaran peperiksaan dan hendaklah dibayar kepada Kerajaan Brunei Darussalam.
b. Calon Persendirian
Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima bayaran pendaftran peperiksaan dengan wang tunai.
4. Pembatalan Pendaftaran Peperiksaan
i. Calon-calon peperiksaan yang membatalkan pendaftaran mereka DUA MINGGU selepas pendaftarn berakhir, bayaran pendaftaran keseluruhan akan dibayar balik.
ii. Calon-calon peperiksaan yang membatalkan pendaftaran mereka disebabkan melanjutkan pelajaran atas biasiswa Kerajaan juga akan dibayar balik keseluruhan bayaran pendaftarannya.
iii. Calon-calon peperiksaan yang membatalkan pendaftaran mereka disebabkan kesihatan juga akan dibayar balik keseluruhan bayaran pendaftaranya. Pembatalan hendaklah disahkan dengan surat rasmi dari pihak hospital.
Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis di sebelah pagi mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan di sebelah petang mulai 1.30 petang hingga 3000 petang dan hari Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah dilengkapkan berserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan tidak lewat daripada 29 April 2004.
(DK HJH MASTOLI PSI PG HJ ISMAIL) Pengarah PeperiksaanSalinan:
Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap I, Timbalan Setiausaha Tetap II, Timbalan Setiausaha Tetap III, Ketua Pengarah Pendidikan, Pegawai-Tugas-Tugas Khas (MPK), Pegawai Tugas-Tugas Khas (ST1), Pegawai Tugas-Tugas Khas (ST2), Pengarah Sekolah-Sekolah, Pengarah Kenaziran Sekolah-Sekolah, Pegarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Pengarah Pendidikan Teknik, Pengarah Perkembangan Kurikulum, Pengarah Pengajian Islam, Pengarah Pendidikan KoKurikulum, Pengarah Institut Teknologi Brunei, Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pengarah Perancangan dan Pengurusan Estet, Pegawai Tugas-Tugas Khas (MKPK), Ketua Unit Pendidikan Khas.
|| From the
Minister |
Development
of Education |
Aims of Education
| National
Education Policy |
Organisation Structure |
Departments/Units/Sections |
School System
|
School Directory |
School
Statistics |
Publications |
What's New
| Bulletin/News |
Advertisements |
Educational Links |
Feedback ||
|| Home
|
Government |
Ministries and Departments |
About Brunei |
On-line
News |
Important Contacts |
Related Sites ||