Ministry of Education`



 
  
 
 
 
 
 

From the Minister

 Development of Education

 Aims of Education

National Education Policy
 Organisation Structure
 Departments / Units / Sections
School System
  School Directory  
 School Statistics
 Publications
  What's New

Bulletin/News

Advertisements
Job Vacancy  

Educational Links  

Feedback  

ADVERTISEMENTS  

Pages  1  3  4  5  6   Next

 
Rujukan: BE/PMB/1/PT.7 (1)
Tarikh: 24 Muharram 1426 / 05 Mac 2005

SURAT PEMBERITAHUAN

JABATAN PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BILANGAN : 7/2005

PENILAIAN MENENGAH BAWAH (PMB) 2005

Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran Penilaian Menengah Bawah (PMB) 2005 yang akan bermula pada 8 Mac 2005 dan Peperiksaan bertulis dijadualkan pada 12 Oktober hingga 20 Oktober 2005.  . 

  1. Syarat-syarat Pendaftaran Peperiksaan
  1. Calon Sekolah

i.                     Penuntut-penuntut Menengah III pada tahun 2005 dari Sekolah-Sekolah Menengah Kerajaan dan mestilah melalui sekolah masing-masing.

ii.                   Penuntut-penuntut Menengah III pada tahun 2005 dari sekolah-sekolah yang mendaftar dan mestilah melalui sekolah masing-masing.

iii.                 Penuntut-penuntut Menengah II pada tahun 2005 dari sekolah-sekolah Kerajaan atau sekolah-sekolah yang mendaftar dan mestilah memenuhi semua syarat-syarat penuntut-penuntut menduduki Penilaian Menengah Bawah (PMB) semasa tahun kedua mengikuti Kurikulum Menengah Bawah seperti yang terkandung dalam Surat Pemberitahuan Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam bilangan I/39/2003 yang bertarikh 4 Zulkaedah 1424 bersamaan 29 Disember 2003.  Pendaftaran mestilah melalui sekolah masing-masing.

iv.                  Setiap calon mestilah mengambil sekurang-kurangnya 7 mata pelajaran.

  1. Calon Persendirian

i.                     Pemohon-pemohon yang boleh menunjukkan surat keterangan bahawa mereka telah menyempurnakan pelajaran dalam masa tiga tahun yang pertama di sebuah sekolah yang mendaftar dan diakui oleh Kementerian Pendidikan yang mana setahun daripadanya hendaklah di dalam Menengah III. 

ATAU

ii.                   Pemohon-pemohon yang telah mengikuti kursus pengajaran yang diakui daripada salah sebuah sekolah atau maktab dan pada pendapat Pengarah Peperiksaan telah pun mencapai taraf yang sama dengan Menengah III di Sekolah-Sekolah atau Institusi-institusi yang dalam a(i), a(ii) atau a(iii) di atas.

ATAU

iii.                  Pemohon-pemohon yang telah mengikuti kursus sekolah menengah selama tiga tahun di luar Negara Brunei Darussalam

iv.        Penuntut-penuntut yang telah mengikuti Menengah III pada tahun 2005 dari Pusat Pelajaran Lanjutan dengan menunjukkan bukti-bukti pengajian mereka atau disokong oleh penyelia-penyelia pelajaran lanjutan.

v.         Calon-calon mestilah menyertakan salinan-salinan dokumen seperti kad pengenalan, surat berhenti sekolah, slip keputusan peperiksaan PMB/BJCE, dokumen menunjukkan bukti-bukti pengajian mereka atau sokongan penyelia kelas pelajaran lanjutan.

iv.              Setiap calon mestilah mengambil sekurang-kurangnya 7 mata pelajaran.  Calon persendirian yang mengambil mata pelajaran Bahasa sahaja dibenarkan mengambil satu atau lebih mata pelajaran Bahasa.

  1. Borang Pendaftaran
  1. Calon Sekolah

Pihak Maktab/Sekolah adalah dipertanggungjawabkan untuk melengkapkan borang pendaftaran peperiksaan.

  1. Calon Persendirian

Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperolehi dari Jabatan Peperiksaan pada waktu pejabat dibuka.

  1. Bayaran Pendaftaran Peperiksaan
  1. Calon Sekolah

i.                  Penuntut-penuntut Menengah III yang memegang kad pengenalan hijau dan semua penuntut Sekolah bukan Kerajaan adalah dikenakan bayaran peperiksaan.

ii.                   Penuntut yang dikategorikan di bawah gagal ujian kelayakan sekolah, kurang kedatangan sekolah dan berhenti sekolah tetapi ingin menduduki peperiksaan juga dikenakan bayaran pendaftaran peperiksaan.

iii.               Pihak Maktab/Sekolah adalah dipertanggungjawabkan untuk mengutip bayaran peperiksaan bagi calon-calon yang berkenaan serta bersedia untuk menyediakan pusat pepeiksaan, pengawasan dan peralatan bila dikehendaki.  Pihak Maktab/Sekolah bolehlah menggunakan cek untuk pembayaran peperiksaan dan hendaklah dibayar kepada ‘Kerajaan Brunei Darussalam’.

  1. Calon Persendirian

Jabatan Peperiksaan hanya akan merima bayaran peperiksaan dengan wang tunai.

Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperolehi dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat mulai 8 Mac 2005 hingga 10 Mei 2005 bagi calon-calon Sekolah-Sekolah Kerajaan dan Sekolah-Sekolah Swasta, dan 8 Mac 2005 hingga 19 April 2005 bagi calon-calon persendirian.

Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran peperiksaan yang telah dilengkapkan berserta dengan dokumen yang dikehendaki pada setiap hari Isnin hingga Khamis disebelah pagi mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan di sebelah petang mulai jam 1.30 petang hingga 3.00 petang dan hari Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah dilengkapkan berserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan tidak lewat daripada 19 April 2005 bagi calon-calon persendirian dan 10 Mei 2005 bagi calon-calon Sekolah-Sekolah Kerajaan dan Sekolah-Sekolah Swasta.

"KELUARGA CERIA HIDUP BAHAGIA"

(DK HJH MASTOLI BINTI PSI PG HJ ISMAIL)

Pengarah Peperiksaan
Kementerian Pendidikan
Negara Brunei Darussalam

 


||
From the Minister | Development of Education | Aims of Education | National Education Policy | Organisation Structure | Departments/Units/Sections | School System | School Directory | School Statistics | Publications | What's New | Bulletin/News  |Advertisements |   Educational Links | Feedback ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||