Pengenalan

Petikan Titah

Sekapur Sireh / Kata-Kata Aluan

Faedah SMK

Komponen & Tindakan SMK

Program-Program SMK

Anugerah Khas Promosi Kesihatan SMK

Maklumbalas



 

 
UNIT SEKOLAH MEMPROMOSIKAN KESIHATAN
SCHOOL HEALTH PROMOTION UNIT
Introduction / Pengenalan

Ketua Unit Sekolah Mempromosikan Kesihatan /
Head of School Health Promotion
 
Yang Mulia Dr. Omar bin Haji Khalid
 

Tingkat 4, Blok C
Kementerian Pendidikan
Jalan Airport Lama
Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam
Tel: +673 2380880 / 2380620
Fax: +673 2380782
 

Pengenalan

Kanak-kanak merupakan sumber semulajadi didalam sebuah masyarakat atau negara.  Mereka ini perlu ditempatkan ditengah-tengah pembangunan, kesejahteraan, keupayaan, pengetahuan dan tenaga mereka akan menentukan masa depan negara.

Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang paling tersihat dan semasa diperingkat umur inilah asas kesihatan dapat dibentuk untuk kehidupan kesihatan yang berpanjangan.

Bakti yang cukup kukuh menunjukkan bahawa, tahap kesihatan kanak-kanak dan remaja merupakan satu faktor penting yang mempengaruhi kesihatan mereka.

Diantara peluang yang paling baik untuk mempengaruhi kesihatan serta menghalang permulaan tingkah laku yang berisiko tinggi di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah diperolehi dipersekitaran persekolahan.  Persekitaran inilah merupakan tempat yang luar biasa untuk mempromosi dan meningkatkan kesihatan pelajar, pekerja sekolah, keluarga pelajar dan ahli masyarakat.  Ia merupakan persekitaran dimana program-program pendidikan dan kesihatan mempunyai impek yang sangat tinggi.  Program-program ini dapat mempengarahi pelajar dalam suasana yang begitu penting dalam kehidupan mereka, ia-itu semasa zaman kanak-kanak dan remaja.

Pengaruh sekolah dalam mempromosi dan mempengaruhi kesihatan akan lebih ketara jika kita lebih peka bahawa banyak penyakit masa kini adalah yang berkaitan dengan cara hidup yang kurang sihat.  Cara hidup yang kurang sihat ini pula banyak dipengaruhi oleh perangai dan tingkahlaku yang kurang sihat serta kurang berpengetahuan mengenai kesihatan.  Sekolah menyediakan suasana optima bagi membentuk perangai dan tingkahlaku yang baik serta akhlak yang mulia, ini termasuklah pembangunan keperibadian, nilai, kemahiran, sikap selain daripada pengetahuan.

 

SEKOLAH MEMPROMOSIKAN KESIHATAN

Sekolah yang mempromosikan kesihatan melihat ‘kesihatan’ sebagai kesejahteraan fizikal, emosi, mental, sosial, rohani dan alam sekitar.  Ia berusaha untuk membangun kesihatan dari semua aspek kehidupan dalam sekolah dan masyarakat.

Sekolah Yang Mempromosikan Kesihatan ialah satu tempat dimana semua warga sekolah saling bekerjasama untuk memberikan pengalaman serta struktur yang bersepadu dan positif kearah mempromosi dan menjaga kesihatan penuntut-penuntut dan warga sekolah yang lain.  Ini termasuklah:

  • Menyediakan kurikulum kesihatan rasmi dan tidak rasmi;
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat dan selamat;
  • Menyediakan khidmat-khidmat kesihatan yang bersesuaian
  • Penglibatan ahli keluarga dan masyarakat dalam usaha-usaha mempromosikan kesihatan.

Sekolah-sekolah yang mempromosikan kesihatan hendaklah ditubuhkan dengan sedemikian rupa bagi memastikan perubahan-perubahan positif yang sudah dicapai dapat dipertahankan dan berkekalan.  Pendekatan program ini ialah dengan mengembangkan dasar-dasar, prosedur dan struktur yang menjadi asas kepada sekolah-sekolah yang mempromosikan kesihatan dan disepadukan dengan pentadbiran sekolah.

 

 

|| Pengenalan | Petikan Titah | Sekapur Sireh & Kata-Kata Aluan | Faedah SMK |
 Komponen & Tindakan SMK | Program-Program SMK | Anugerah Khas Promosi Kesihatan SMK | Feedback ||
Ministry of Education

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||