|
Pengenalan
Petikan Titah
Sekapur Sireh / Kata-Kata Aluan
Faedah SMK
Komponen & Tindakan SMK
Program-Program SMK
Anugerah Khas Promosi Kesihatan SMK
Maklumbalas |
UNIT SEKOLAH MEMPROMOSIKAN KESIHATAN
SCHOOL
HEALTH PROMOTION UNIT
PROGRAMS AND
SERVICES
Program Sekolah Mempromosikan Kesihatan (SMK)
Di Negara Brunei Darussalam
Kementerian Pendidikan telah mula mengenalkan Inisiatif Sekolah
Mempromosikan Kesihatan (SMK) ke semua maktab-maktab,
sekolah-sekolah menengah, sekolah-sekolah ugam dan sekolah-sekolah
rendah kerajaan dan bukan kerajaan mulai 28 Rejab 1422 bersamaan 16
Oktober 2001. Maktab-maktab dan sekolah-sekolah berkenaan
digalakkan melaksanakan program SMK mengikut keupayaan masing-masing
dan dimajukan dari masa ke semasa secara berterusan.
Dalam melaksanakan program Sekolah Mempromosikan Kesihatan
(SMK), Kementerian Pendidikan membuat strategi-strategi berikut:
-
Memusatkan pelaksanaan program SMK, melalui Pejabat Pegawai
Tugas-Tugas Khas (PTK ST1) di bawah Pejabat Setiausaha Tetap.
Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program SMK
dikendalikan oleh pejabat ini, yang mana juga menjadi pusat
sumber;
-
Menjalinkan kerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan,
terutama dengan Kementerian Kesihatan;
-
Mengadakan Seminar Sekolah Mempromosikan Kesihatan (SMK)
kepada semua pengetua, Timbalan Pengetua Maktab dan Sekolah
Menengah, Guru Besar dan Penolong Guru Besar Sekolah Ugama
dan Sekolah Rendah kerajaan dan bukan kerajaan pada 28 Rejab
– 1 Sya’aban 1422 bersamaan 16-18 Oktober 2001 untuk
mengenalkan konsep SMK;
-
Mengedarkan kesemua maktab dan sekolah bahan-bahan rujukan
mengenai SMK, contoh plan tindakan dan piagam SMK,
poster-poster dan risalah-risalah kesihatan;
-
Membantu pihak maktab dan sekolah menyediakan plan tindakan
dan piagam SMK, dan khidmat nasihat pelaksanaan SMK;
-
Memantau pelaksanaan SMK dengan membuat lawatan-lawatan ke
maktab-maktab dan sekolah-sekolah seluruh negara. Lebih 80
buah maktab dan sekolah telah dilawati. Pegawai-pegawai
daripada Kementerian Kesihatan ikut serta dalam
lawatan-lawatan ini;
-
Membuat kajian pelaksanaan SMK melalui borang kaji selidik
yang dihantar ke semua maktab dan sekolah;
-
Menggalakkan pihak maktab dan sekolah untuk mendapatkan
kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, agensi-agensu bukan
kerajaan serta masyarakat setempat dalam melaksanakan
program SMK (ceramah kesihatan, penyalahgunaan dadah,
latihan pertolongan cemas, latihan kebakaran, mencatikkan
kawasan sekolah, dan lain-lain).
Diantara aktiviti-aktiviti untuk mengembangkan program SMK yang
telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan:
-
Mengadakan Seminar SMK kepada semua Pengetua,
Timbalan-Timbalan Pengetua Maktab dan Sekolah-Sekolah
Menengah, Guru-Guru Besar dan Penolong-Penolong Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah dan Sekolah-Sekolah Ugama pada 28
Rejab – 1 Sya’aban bersamaan 16-18 Oktober 2001.
-
Pelancaran Buku Panduan Makanan dan Minuman Yang Dibenarkan
Di Jual di Kantin-Kantin Sekolah pada 13 Mei 2003 / 11 Safar
1424.
-
Pengisytiharan Sekolah Bebas Rokok pada 1 Januari 2002 / 17
Syawal 1423.
-
Ikut serta secara aktif di Seminar Antarabangsa Rokok dan
Merokok – Harapan Baru pada 11-20 Julai 2002 / 30 Rabiulawal
1423 yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti, Jabatan Perdana
Menteri, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Kesihatan.
-
Melaksanakan Ujian Kecergasan Jasmani kepada guru-guru dan
pelajar-pelajar secara berterusan yang dikendalikan melalui
Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum
-
Terlibat dalam langkah-langkah menangani masalah SARS
-
Mengadakan Walkathon sempena Hari Guru tahun 2002 dan tahun
2003
-
Mengadakan latihan pertolongan cemas kepada guru-guru
sekolah yang dikendalikan oleh Maktab Jururawat Pengiran
Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah
-
Mengarahkan semua maktab dan sekolah membuat plan tindakan
kecemasan termasuk kebakaran dan latihan kebakaran
-
Membuat kajian obesiti di kalangan pelajar
-
Bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan
agensi-agensi kerajaan yang lain untuk menangani masalah
obesiti, permakanan, kesihatan mental, kesihatan pergigian
di kalangan pelajar-pelajar, latihan kebakaran,
penyalahgunaan dadah dan lain-lain.
|