|
LOGO SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH ANAK PUTERI HAJAH RASHIDAH SA'ADATUL BOLKIAH Logo sekolah ini mengandungi TUJUH UNSUR yang melambangkan cita-cita menanai keunggulan ilmu yang dikurniakan Allah kepada umat-Nya. Angka TUJUH melambangkan betapa luasnya ilmu Allah di alam semesta ini, keluasan ilmu itu hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala rahsia-Nya. (Lihat, An-Nuh : 15-16) Al-Quran
berkulit hijau dan bergaris lima. Al-Quran adalah merupakan sumber ilmu
yang tiada batas keagungannya, kepadanyalah kita merujuk bagi mendapatkan
ilmu yang lurus dan benar, di jalan yang diredhai Allah. Garis lima
melambangkan Rukun Islam dan Iman adalah panduan dan amalan hidup manusia
mukmin. UNSUR KEDUA: Singkatan nama sekolah dengan huruf Jawi : Sin, Mim Pa, Kha, Ra, Sin dan Ba. Dibentuk dalam kubah masjid melambangkan sekolah ini bercita-cita mendidik para pelajarnya supaya berilmu dan beramal dengan ilmu yang telah diturunkan kepada manusia melalui Al-Quran dengan niat yang dihasratkan Menuntut Ilmu Sebagai Satu Ibadat. Huruf Jawi melambangkan perihal Melayu dan Islam. UNSUR KETIGA: Garis
menirus ke atas berwarna kelabu, melambangkan jalan yang lurus, suatu
perjalanan yang jauh akan ditempuh dalam kehidupan para pelajar, dalam
perjalanan asuhan dan didikan diperlukan sehingga sampai kepada matlamat
yang dituju. UNSUR KEEMPAT: Corak
berjalin dua garis warna, hijau dan kalas, melambangkan ikatan, perpaduan
dan kerjasama beberapa pihak yang menyokong cita-cita sekolah ini, iaitu
guru-guru sebagai pendidik kepada pelajar dan ibubapa / penjaga sebagai
pengasuh kepada pelajar harus saling bekerjasama menjaga dan memelihara
agar pelajar di sekolah senantiasa berkeadaan sihat sejahtera, aman
sentosa, bersih rohani dan jasmani yang bersih menuju ke arah jalan
yang lurus mendapat taufik dan hidayat Allah Subhanahu Wataala jua. UNSUR KELIMA: Bulatan
yang melingkari panji-panji negara, berwarna hijau yang melambangkan
Islaam sebagai garis pandu cara hidup mendapatkan ilmu pengetahuan.
Tertulis dalam bulatan iitu dengan jawi PENYULUH ALAN YANG LURUS yang
menjadi MOTO SEKOLAH ini, dan dihasratkan
agar pelajar yang mendapat ilmu itu nanti akan mencurahkan bakti mereka
ke jalan yang benar mendapat taufik dan hidayat daripada Allah jua.
Moto Ke Jalan Yang Lurus dipetik dari maksud ayat Al-Quran,
Surah Al-Fatihah, ayat enam Ihdinas Syirathal Mustaqiim
yang bermaksud tunjukkanlah (hati) kami ke jalan yang lurus
(Mahmud Yunus, 1983 : 1). UNSUR KEENAM: Panji-panji negara, melambangkan kedaulatan Negara Brunei Darussalam. Warna kuning melambangkan negara Melayu Islam Beraja. Negara yang senantiasa menaungi kesejahteraan rakyat di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai payung pelindung dan pemimpin negara. Para pelajar sekolah ini akan senantiasa taat setia kepada raja dan negara. UNSUR
KETUJUH: Mercu
tanda bangunan sekolah sebagai lambang identiti sekolah, garisan hijau
dan kelabu melambangkan para pelajar yang muda belia yang memerlukan
petunjuk dan didikan kejalan yang lurus, dalam perjalanan menuju ke
suatu matlamat yang dicita-citakan. Di sekolah inilah para pelajar akan
menimba ilmu dengan kesedaran menuntut ilmu itu wajib bagi orang mukmin. [Mesej Pengetua][Berita][Maklumat][Pengajar & Penuntut][Akademik][ECA][Kerjaya] [Projek & Pameran][Hubungilah Kami][Links] |
|||