SEJARAH SEKOLAH

 

Sekolah ini dibina pada bulan November 1992 di atas tapak seluas 16.2 hektar dan kerja-kerja bagi menyiapkan keseluruhan projek ini mengambil masa 14 bulan dengan jumlah peruntukan lebih B$21 juta. Sekolah ini terletak kira-kira 9.6 kilometer dari pekan Seria. Pembinaan sekolah ini adalah termasuk di dalam Rancangan Negara yang Kelima dan bagi mengatasi kesesakan penuntut di Maktab Anthony Abell, Seria. Di samping itu ia dibina bagi kemudahan persekolahan penuntut-penuntut di kawasan Rancangan Perumahan Mukim Liang.

Bangunan sekolah ini mula digunakan pada 9 Mei 1994 dengan keramaian penuntut berjumlah 381 orang dan 25 orang tenaga pengajar. Pada mulanya sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Sungai Tali.

Pada 6 Oktober 1994, sekolah ini diberi nama baru, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Lumut. Upacara penamaan sekolah ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah.

 


[Kembali ke 'Homepage']

[Mesej Pengetua][Berita][Maklumat][Pengajar & Penuntut][Akademik][ECA][Kerjaya]

[Projek & Pameran][Hubungilah Kami][Links]