Sign In

Announcements

Title

Brunei Darussalam Celebrates 32nd Teacher's Day

Body

32nd BRUNEI DARUSSALAM TEACHER'S DAY CELEBRATION 2022

Tuesday, 01 Rabiulawal 1444H / 27 September 2022M


Berakas - Brunei Darussalam celebrates Teacher's Day to commemorate and appreciate teachers' contribution in educating the young generation in the country every 23rd September. The celebration is part of efforts to elevate the teaching profession that has contributed in developing human resource capacity in Brunei Darussalam. This year, the Teacher's Day Celebration was held on Tuesday, 1 Rabiulawal 1444 corresponding to the 27th September 2022 at the Plenary Hall, International Convention Centre (ICC).

 HR1.jpeg

HR2.jpeg

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family this morning consented to attend the 32nd Brunei Darussalam Teacher's Day Celebration.


Upon arrival, His Majesty was greeted by Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Minister of Religious Affairs and Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education as the Co-Chairpersons of today's event as well as members of the Teacher's Day Executive Committee.

HR3.jpeg 

The function began with the recitation of Surah Al-Fatihah dedicated to Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien and teachers who have passed on. This was then followed by the reading of Doa Selamat led by Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, the State Mufti.

HR4.jpeg 

The event continued with the recitation of Holy Quran verses 1 – 12 of Surah An-Nahl by Yang Mulia Awang Haji Mohd Hendra bin Haji Meraji, Specialist Inspector, Al-Quran Unit, Inspectorate Division, Department of Islamic Studies who won the Majlis Perujian Taranum Al-Quran Johor Darul Ta'zim in 2012. Meanwhile, the translation of the verses was delivered by Yang Mulia Dr Muhammad Alif bin Haji Sismat, Lecturer in the field of translation at the Arabic Language Faculty & Director of the Strategic Planning and Development Office, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 

Following this, the Minister of Education as the co-chairperson of the executive committee for the celebration delivered a welcoming speech.

HR5.jpeg His Majesty also consented to deliver a Titah at this morning's event.


HR6.jpeg

The event proceeded with the showcase of a Teacher's Day video clip that exhibited aspects of pedagogy and the evolution of technology in formal and religious education in Brunei Darussalam from the perspective of teachers.

 HR7.jpeg

The event followed with a medley performance of 4 songs, comprising the 32nd Teacher's Day theme song 'Guruku Harapan Negara' and 3 nostalgic songs, 'Guru Bijaksana Penjana Generasi Berwawasan', 'Jasamu Guru' and 'Guru Kaulah Pelita'.


The performance team consisted of 27 students from Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Ugama Anggerek Desa, Sekolah Rendah IQRA and Jigsaw Primary School aged between 7 to 17 years old.

 HR8.jpeg

His Majesty then consented to present the Teacher's Day awards to recipients from 2020, 2021 and 2022 which consisted of 1 recipient of the Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS) Education Award, 6 Meritorious Teacher Award recipients, 23 Excellent Teacher Award recipients and 79 Special Mention Teacher's Day Appreciation Award recipients.


At the end of the event, His Majesty and members of the Royal Family consented to a photo session with the award recipients and members of Brunei Darussalam 32nd National Teachers Day Celebration 2022 Executive Committee. His Majesty also viewed an exhibition in conjunction with the 32nd Teacher's Day Celebration, 2022 at the lobby of ICC.


The concept of the exhibition focuses on two areas in line with this year's theme, 'GURU BERKUALITI PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN' as follows:

1)  Centerpiece Room - Excerpts from His Majesty's Titah and poem of Al-Marhum Begawan Sultan

2)  Exhibition Hall - The Transformation of Education before, during and after COVID-19 in Brunei Darussalam 

HR9.jpeg

HR10.jpeg

Before leaving the event, His Majesty consented to a Junjung Ziarah from teachers and students from various levels of education and institutions as well as performance participants. Today's auspicious event was attended by some 6,500 teachers from around the country.

_______________________________________________________________________________

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-32, TAHUN 2022

1 Rabiulawal 1444H / 27 September 2022M


Berakas – Negara Brunei Darussalam menyambut Sambutan Hari Guru sebagai memperingati dan menghargai sumbangan jasa para pendidik di negara ini. Sambutan ini juga adalah sebagai usaha untuk memartabatkan kerjaya perguruan yang banyak menyumbang kepada pembangunan kapasiti tenaga manusia di negara ini pada setiap 23 September. Pada tahun ini, Majlis Kemuncak Sambutan Hari Guru diadakan pada hari Selasa, 1 Rabiulawal 1444 bersamaan 27 September 2022 di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa.


Pada pagi ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Diraja, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-32, Tahun 2022.


Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Majlis serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-32, Tahun 2022.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah khusus buat ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah dan diikuti dengan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.


Majlis diteruskan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran dari Surah An-Nahl (Ayat 1 hingga 12) oleh Haji Mohammad Hendra Bin Haji Meraji, Nazir Khas, Unit Al-Quran, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam iaitu Johan Majlis Perujian Taranum Al-Quran Johor Darul Ta'zim Tahun 2012, sementara intisari ayat disampaikan oleh Yang Mulia Dr Muhammad Alif bin Haji Sismat, Pensyarah dalam bidang terjemahan di Fakulti Bahasa Arab & Pengarah Pejabat Perancangan dan Pembangunan Strategik, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.


Seterusnya, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-32 Tahun 2022 menyembahkan sembah alu-aluan dan diikuti dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Majlis pada pagi ini diteruskan dengan tayangan klip video Hari Guru yang mempamerkan aspek pedagogi dan evolusi teknologi dalam pendidikan formal dan ugama di Negara Brunei Darussalam melalui perspektif guru.


Acara diikuti lagi dengan persembahan medley gabungan 4 buah lagu iaitu lagu tema Hari Guru ke-32 'Guruku Harapan Negara' dan 3 buah lagu nostalgia iaitu 'Guru Bijaksana Penjana Generasi Berwawasan', 'Jasamu Guru' dan 'Guru Kaulah Pelita'.


Pasukan persembahan ini terdiri daripada 27 orang pelajar Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Ugama Anggerek Desa, Sekolah Rendah IQRA dan Sekolah Rendah Jigsaw yang berumur di antara 7 hingga 17 tahun.


Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah-Anugerah Hari Guru Ke-32, Tahun 2022 kepada para penerima tahun 2020, 2021 dan 2022 yang terdiri daripada seorang penerima Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS), 6 orang penerima Anugerah Guru Berjasa, 23 orang penerima Anugerah Guru Cemerlang dan 79 orang penerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mention).


Di akhir majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta Kerabat Diraja yang lain dijunjung berangkat bagi sesi bergambar ramai bersama para penerima anugerah dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-32, Tahun 2022 dan seterusnya dijunjung berangkat menyaksikan pameran Sempena Sambutan Hari Guru Ke-32, Tahun 2022 di ruang legar.


Konsep Pameran Sambutan Hari Guru pada tahun ini menjurus kepada 2 bahagian, selaras dengan tema Sambutan Hari Guru Ke-32 Tahun 2022, 'GURU BERKUALITI PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN' seperti berikut:

1)  Ruang Centrepiece - Mengongsikan Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Syair Al-Marhum Begawan Sultan

2)  Dewan Pameran - Transformasi Pendidikan sebelum, semasa dan selepas COVID-19 di Negara Brunei Darussalam


Sebelum berangkat meninggalkan Pusat Persidangan Antarabangsa, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menerima junjung ziarah daripada guru-guru, pelajar-pelajar, siswa dan siswi dari pelbagai peringkat pendidikan dan institusi serta peserta-peserta persembahan. Majlis pada hari ini juga dihadiri sekitar 6,500 orang pendidik dari seluruh negara.



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/78 (M)

Tarikh: 01 Rabiulawal 1444H / 27 September 2022M


Attachments
Created at 11/2/2022 3:56 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 11/3/2022 9:44 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof