The Ministry of Education through the Department of Educators Management, in collaboration with the Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darussalam, and Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPUSB) held the Teacher's Day Conference in conjunction with the 32nd Teacher's Day Celebration 2022 at the Chancellor Hall, Universiti Brunei Darussalam.
Present as the guest of honour to inaugurate the Teacher's Day Conference 2022 is Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam.
Approximately 500 teachers and educators from primary schools, secondary schools and Sixth Form Centres under the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs as well as private sectors, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Tahfiz Al-Quran, Institute of Brunei Technical Education and Higher Education Institutions have registered to attend this year's conference.
This year's theme is "Building a Resilient Education Ecosystem". The conference aims to provide a platform for academics and researchers to share and discuss their research findings and best practices in all aspects of building resilience in the education system.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and the Doa Selamat led by Yang Mulia Ustaz Abdul Rahman bin Haji Ajak, Assistant Lecturer, KUPUSB, followed by a welcoming speech by Yang Mulia Associate Professor Dr. Noor Azam bin Haji Othman, Dean of the Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darussalam as the Co-Chairperson of the event.
The highlight of the conference was the presentation of a Keynote Address entitled "Why Formative Assessmentn Should Be a Priority for Every Teacher and Every School" by Professor Emeritus Dylan Wiliam, a leading education expert in the field of Formative Assessment. In the afternoon session, he also facilitated a workshop with the conference participants entitled "Strategies and Techniques of Formative Assessment".
Also present were Permanent Secretaries, Ministry of Education, Vice Chancellors, Rector, Deputy Permanent Secretaries, Ministry of Education, as well as Heads of Departments and Senior Officers from the Ministry of Education and Higher Education Institutions.
The Teachers' Day conference 2022 will continue tomorrow afternoon with a plenary session entitled "Teachers' Mental Health from the Perspective of Islam" which will be delivered by Yang Mulia Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, Ra'es of the Seri Begawan Religious Teachers University College, followed by the presentation of 21 papers according to this year's conference sub-theme by 20 presenters from the Ministry of Education, teachers from government schools and Sixth Form Centers, as well as lecturers from Higher Education Institutions.
_______________________________________________________
PERSIDANGAN HARI GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KE-32, TAHUN 2022
Hari Rabu, 2 Rabiulawal 1444H / 28 September 2022
Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik, dengan kerjasama Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) mengadakan Persidangan Hari Guru sempena Sambutan Hari Guru Ke-32, Tahun 2022, bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan Persidangan Hari Guru Tahun 2022 ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Tema pada tahun ini adalah "Membentuk Ekosistem Pendidikan yang Berdaya Tahan". Persidangan ini bertujuan untuk menyediakan sebuah platform perhimpunan bagi ahli-ahli akademik dan para penyelidik untuk berkongsi dan membincangkan penemuan penyelidikan dan amalan-amalan terbaik mereka dalam semua aspek bagi membina kedayatahan dalam sistem pendidikan.
Seramai kira-kira 500 orang guru dan pendidik dari sekolah-sekolah rendah, menengah dan Pusat-pusat Tingkatan Enam di sektor kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Institut Pendidikan Teknikal Brunei dan Institusi-institusi Pendidikan Tinggi telah pun mendaftar bagi mengikuti persidangan tahun ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Abdul Rahman bin Haji Ajak, Penolong Pensyarah, KUPUSB diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengerusi Bersama majlis iaitu Yang Mulia Profesor Madya Dr. Noor Azam bin Haji Othman, Dekan Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam.
Acara kemuncak bagi persidangan ini adalah penyampaian ucaptama yang bertajuk "Mengapa Penilaian Formatif Perlu Menjadi Keutamaan bagi Setiap Guru dan Setiap Sekolah" oleh Profesor Emeritus Dylan Wiliam, seorang pakar pendidikan yang terkemuka dalam bidang Formative Assessment atau Penilaian Formatif. Pada sesi sebelah petang pula, beliau turut memudahcara sebuah bengkel yang bertajuk "Strategi-strategi dan Teknik Penilaian Formatif" bersama para peserta persidangan.
Turut hadir di persidangan ini ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Naib-Naib Canselor, Rektor, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi.
Persidangan Hari Guru Tahun 2022 akan diteruskan lagi pada esok petang dengan sebuah sesi plenari bertajuk "Kesihatan Mental Guru Dari Perspektif Islam" yang akan disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, dan seterusnya pembentangan sebanyak 21 kertas mengikut sub-tema persidangan pada tahun ini oleh 20 orang pembentang yang terdiri daripada pegawai Kementerian Pendidikan dan tenaga-tenaga pengajar dari sekolah-sekolah dan Pusat Tingkatan Enam kerajaan, serta pensyarah Institusi-institusi Pengajian Tinggi.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/79 (M)
Tarikh: 2 Rabiulawal 1444H / 28 September 2022M