Sign In

Announcements

Title

SAKURA SCIENCE HIGH SCHOOL PROGRAM 2024 19 – 25 MAY 2024

Body

Berakas - Ministry of Education through Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP Centre), has nominated five (05) students and two (02) supervising teachers to participate in the Sakura Science High School Program (SSHP) 2024 organised by Japan Science And Technology Agency (JST), on the 19th – 25th May 2024, in Japan.

Students Sakura Program.png

3.png

Present to bid farewell at the Brunei International Airport was Yang Mulia Yang Mulia Dayang Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim, Head of  Science, Technology and Environment Partnership Centre, Ministry of Education.


The selected students are those who are studying at the Pre-U level aged 15 and above and based on their excellence and interest in Science and Technology. The program aims to expose students to Japan’s science and technology, culture, and people in a multilateral environment by visiting leading universities and research institutions, attend lectures on advanced science and technology and experiencing the cutting-edge of science and technology, including hands-on experiments demonstrated by world-leading scientists. In addition, the program also aims to foster multilateral interaction and strengthen ties with the students from Japan, India, Korea, Kyrgyzstan, and Thailand and hence also to broaden the experiences of our students in Japanese culture and the people.

 

The members of the delegation are Nurfa'eqah Syahirah Hj Abdul Majid from Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, Albert Quet Moncherry from Pusat Tingkatan Enam Meragang, Mohamed Nabil Bin Mohamed Hairol from Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Lee Jing Jing from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan and Muhd Luqman Al-Hakim Bin Aliuddin from Pusat Tingkatan Enam Tutong.​


The delegation is co-lead by Cikgu Norlela binti Puasa, an Education Officer from Pusat Tingkatan Enam Belait and Cikgu Wahidatu Ashriha binti Ya’akub, an Education Officer from Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, respectively.

 

The program will be filled with visits to educational and research institutes, and places of interest in Japan such as the Tokyo University, Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), National Institute of Advanced Industrial Science and Technology, Sophia University, and the National Museum of Emerging Science and Innovation “Miraikan”. The participants will also attend lectures and conduct presentations during the program. Groups of student participants from all of the participating countries are required to produce presentation slides on their respective countries and their cultures to be presented and performed during the program with the other international participants.

6.png

__________________________________________________


PROGRAM SAKURA SCIENCE HIGH SCHOOL 2024

19 – 25 MEI 2024

Hari Ahad, 10 Zulkaedah 1445 | 19 Mei 2024



Berakas - Kementerian Pendidikan melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP) telah mencalonkan lima (05) orang pelajar dan dua (02) orang guru pengawas bagi menyertai Program Sakura Science High School Program (SSHP) 2024 yang dianjurkan oleh Japan Science and Technology Agency (JST) mulai 19 hingga 25 Mei 2024 di Jepun.


Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Dayang Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim​, Ketua Pusat Kerjasama Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan.


Pelajar-pelajar yang terpilih adalah mereka yang sedang menuntut di peringkat Pra U yang berumur 15 tahun ke atas berdasarkan kecemerlangan dan minat mereka dalam mata pelajaran Sains dan Teknologi. Program bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada perkembangan sains dan teknologi di Jepun dengan mengadakan lawatan ke universiti-universiti dan institut-institut penyelidikan, menghadiri kuliah yang membincangkan tentang kemajuan dalam bidang Sains dan Teknologi serta menimba pengalaman mengenai cutting-edge dalam bidang Sains dan Teknologi, termasuk melaksanakan hands-on experiment melalui demonstrasi dari saintis terkemuka. Selain itu, program tersebut juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar dari Jepun, India, Korea, Kyrgyzstan, dan Thailand yang menyertai program berkenaan dan sekaligus memberikan pendedahan kepada budaya Jepun dan penduduknya.

 

Delegasi dari Negara Brunei Darussalam adalah diwakili oleh Nurfa'eqah Syahirah Hj Abdul Majid dari Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, Albert Quet Moncherry dari Pusat Tingkatan Enam Meragang, Mohamed Nabil Bin Mohamed Hairol dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Lee Jing Jing dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Muhd Luqman Al-Hakim bin Aliuddin dari Pusat Tingkatan Enam Tutong.


Delegasi tersebut diketuai oleh Norlela binti Puasa, Pegawai Pendidikan dari Pusat Tingkatan Enam Belait dan Wahidatu Ashriha binti Ya’akub, Pegawai Pendidikan dari Pusat Tingkatan Enam Sengkurong.

 

Program SSHP 2024 akan diisikan dengan aktiviti lawatan ke institusi pendidikan dan penyelidikan, makmal dan tempat-tempat menarik di Jepun seperti Tokyo University, Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), National Institute of Advanced Industrial Science and Technology, Sophia University, dan the National Museum of Emerging Science and Innovation “Miraikan”. Para peserta akan turut menghadiri kuliah dan membuat pembentangan semasa program tersebut dijalankan. Kumpulan peserta pelajar yang mewakili setiap negara adalah dikehendaki untuk menghasilkan pembentangan dan pertunjukan singkat untuk memperkenalkan negara dan budaya untuk dikongsikan semasa program berlangsung bersama-sama dengan kumpulan peserta pelajar antarabangsa.



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/59 (M)

Tarikh: 10 Zulkaedah 1445H / 19 Mei 2024M



Attachments
Created at 5/16/2024 3:12 PM by ccd.webadmin
Last modified at 6/25/2024 1:04 PM by ccd.webadmin