THE OFFICIAL CLOSING CEREMONY OF THE 13th ASEAN SCHOOLS GAMES
DA NANG, VIETNAM
1 JUNE – 09 JUNE 2024
Friday, 29 Zulkaedah 1445 | 07 June 2024
Da Nang, Vietnam – A Closing Ceremony of the 13th ASEAN Schools Games 2024 was held at the Tien Son Sports Palace, Da Nang, Vietnam today.
Present as a special invitation dan representative from the Ministry of Education, Negara Brunei Darussalam were Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education, Yang Mulia Awang Julaihi bin Haji Mohamad / Mohamat, Director of Co-curriculum Education as Chef-de-Mission of the contingent of Schools Sports Council Brunei Darussalam (MS SSBD).
The ceremony was enlivened by performances from members of the Trung Vuong Theatre followed by a march past of athletes from participating countries. The event continued with a welcoming speech by Mr. Le Quang Nam, Member of the City Party Committee, Vice Chairman of the People's Committee of Da Nang City.
The 13th ASEAN Schools Games 2024 was officially declared closed by Ms. Nguyen Thi Kim Chi, Deputy Minister of Education and Training as the Head of the Organizing Committee of the 13th ASEAN Schools Games.
The highlight of the ceremony was the hand-over of the ASEAN Schools Sports Council (ASSC) flag by Ms. Nguyen Thi Kim Chi to Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education as a representative of Negara Brunei Darussalam, the hosting country of the 14th ASEAN Schools Games (ASG14) 2025. The ceremony was then followed by a short video showcasing sports in ASG14 2025 and concluded with an appreciation to the hosting country, Vietnam and a welcoming speech to the future contingent of ASG14 2025.
MS SSBD participated in five (5) sports such as Swimming, Athletics, Basketball, Badminton, and Pencak Silat. This year was the 12th participation by MS SSBD since 2009 and it is an annual program in the MS SSBD and the Department of Co-curriculum Education's calendar.
In this year's event, the student's athletes won two medals which are a Silver and a Bronze medal from Awang Md Azinuddin bin Md Azree in Pencak Silat Tanding Category C (Boy) and Dayang Nursyakirah Mawaddah binti Mohd Fauzi in Pencak Silat Seni Tunggal Puteri respectively.
MS SSBD student athletes also managed to achieve an achievement of breaking the National Record (9:48.21s) in Athletics (3000M) by Awang Abdullah Abbas bin Awang Abdullah with a time of 9:41.92s. Meanwhile, in swimming, Dayang Hayley Wong Ann Yue broke the National Record (28.07s) in the Freestyle Swimming event (50M) with a time of 27.94s and the joint holder of the National Record (1:19.74s) in the Breaststroke Swimming (100M).
Also present in the Closing Ceremony were Yang Mulia Dr. Hazri bin Hj Kifle, Vice-Chancellor, University of Brunei Darussalam, Yang Mulia Profesor Dr. Haji Noor Azam bin OKMB Haji Othman, Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate), and the contingent of MS SSBD.
___________________________________________________________________
MAJLIS PENUTUP RASMI BAGI
KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ASEAN KALI KE-13
DA NANG, VIETNAM
1 JUN – 9 JUN 2024
Hari Juma'at, 29 Zulkaedah 1445 | 07 Jun 2024
Da Nang, Vietnam - Majlis Penutup Rasmi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-13 bagi tahun 2024 telah berlangsung di Tien Son Sports Palace, Da Nang, Vietnam pada hari ini.
Hadir selaku jemputan khas dan wakil bagi Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan dan Yang Mulia Awang Julaihi bin Haji Mohamad / Mohamat, Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Chef-de-Mission kontinjen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MS SSBD).
Majlis dimulakan dengan persembahan daripada ahli Trung Vuong Theatre dan diikuti dengan barisan lalu atlet-atlet setiap negara yang menyertai kejohanan tahun ini. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada Mr. Le Quang Nam, Member of the City Party Committee, Vice Chairman of the People's Committee of Da Nang City.
Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN kali ke-13 dengan rasmi ditutup oleh Ms. Nguyen Thi Kim Chi, Timbalan Menteri Pendidikan dan Latihan selaku Ketua Penganjur Komiti Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-13 Tahun 2024.
Acara kemuncak majlis ialah penyerahan bendera rasmi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN disempurnakan oleh Ms. Nguyen Thi Kim Chi kepada Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam sebagai wakil tuan rumah Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-14 Tahun 2025 diikuti dengan tayangan video pendek mengenai sukan yang akan dipertandingkan di Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan ucapan penghargaan kepada negara tuan rumah, Vietnam serta mengalu-alukan kedatangan kontinjen-kontinjen ke Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-14 Tahun 2025.
MS SSBD menyertai lima (5) acara sukan iaitu Badminton, Bola Keranjang, Olahraga, Renang, dan Pencak Silat. Tahun ini adalah merupakan penyertaan MS SSBD kali ke-12 sejak kejohanan ini dianjurkan pada tahun 2009. Kejohanan ini merupakan salah satu program tahunan yang dimuatkan dalam kalendar aktiviti MS SSBD dan juga Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Pada kejohanan tahun ini, MS SSBD telah berjaya mengutip dua pingat iaitu satu pingat Perak daripada Awang Md Azinuddin bin Md Azree dalam sukan Pencak Silat Tanding Kelas C Lelaki dan satu pingat Gangsa daripada Dayang Nursyakirah Mawaddah binti Mohd Fauzi dalam sukan Pencak Silat Seni Tunggal Puteri.
Atlet pelajar MS SSBD juga berjaya meraih pencapaian iaitu memecahkan Rekod Kebangsaan (9:48.21s) dalam sukan Olahraga (3000M) oleh Awang Abdullah Abbas bin Awang Abdullah dengan catatan masa 9:41.92s. Manakala dalam sukan renang pula, Dayang Hayley Wong Ann Yue telah berjaya memecahkan Rekod Kebangsaan (28.07s) dalam acara Renang Gaya Bebas (50M) dengan catatan masa 27.94s dan pemegang bersama Rekod Kebangsaan (1:19.74s) dalam sukan Renang Kuak Dada (100M).
Turut hadir ke Majlis Penutup ialah Yang Mulia Dr. Hazri bin Hj Kifle, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam dan Yang Mulia Profesor Dr. Haji Noor Azam bin OKMB Haji Othman, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan serta kontinjen MS SSBD.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/75 (M)Tarikh: 29 Zulkaedah 1445 / 07 Jun 2024