Sign In

Announcements

Title

KORBAN CEREMONY MINISTRY OF EDUCATION 1445H/2024M

Body

KORBAN CEREMONY MINISTRY OF EDUCATION 1445H/2024M

Thursday, 13 Zulhijjah 1445H / 20 June 2024M

 

RIMBA - The Ministry of Education today held a Korban Ceremony 1445H/2024M at Sekolah Rendah Rimba III Hall. This event is jointly organized by the Department of Planning and Estate Management and the Department of Private Education.

 

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.


MKKP1.png

A total of 92 recipients comprising of students from Sekolah Rendah Rimba I, Sekolah Rendah Rimba II and Sekolah Rendah Rimba III. Seven buffaloes were sacrificed this year, contributed by the participation of 49 officers, staff, and family members of the Ministry of Education.

The event began with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Ustaz Mohammad bin Haji Tahir, Religious Teacher Grade II from Sekolah Rendah Rimba lll, followed by a special talk with the title 'Kelebihan Bulan Zulhijjah' by Yang Mulia Professor Dato' Dr. Haji Zulkifly bin Haji Muda, Lecturer Faculty of Shariah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

MKKP6.png 

MKKP2.png

The event continued with the handover of the Korban meat to the Afdal recipients and participants by the Guest of Honour followed by a mass recitation of Selawat Badriyah led by students from Sekolah Rendah Rimba lll and concluded with a recitation of Doa Selamat.

MKKP3.png

MKKP4.png

MKKP5.png

This event is one of the religious activities held annually by the Ministry of Education and its departments to enhance and enliven the important days of Islam. The event also aims to provide opportunities for the ministry's personnel to engage in charity and give alms to those in need as a sign of obedience and gratitude for the blessings bestowed by Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

​ 

___________________________________________________________________________________


MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN 1445H/2024M

Hari Khamis, 13 Zulhijjah 1445H / 20 Jun 2024M

 

RIMBA – Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Majlis Ibadah Korban Kementerian Pendidikan bagi Tahun 1445H/2024M yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Rimba III. Majlis ini adalah anjuran bersama Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet dan Jabatan Pendidikan Swasta.

                                                                             

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.


Seramai 92 orang penerima daging ibadah korban yang terdiri daripada penuntut-penuntut dari Sekolah Rendah Rimba I, Sekolah Rendah Rimba II dan Sekolah Rendah Rimba III. Sebanyak tujuh ekor kerbau dikorbankan, hasil daripada penyertaan 49 orang pegawai dan kakitangan serta keluarga Kementerian Pendidikan pada tahun ini.


Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad bin Haji Tahir, Guru Ugama Tingkat II dari Sekolah Rendah Rimba lll. Majlis diserikan lagi dengan ceramah khas bertajuk 'Kelebihan Bulan Zulhijjah' yang disampaikan oleh Yang Mulia Profesor Dato' Dr. Haji Zulkifly bin Haji Muda, Pensyarah Fakulti Syariah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). 

 

Majlis disusuli dengan pengagihan daging-daging ibadah korban kepada para penerima afdal dan para peserta yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Selawat Badriyah secara beramai-ramai dipimpin oleh pelajar-pelajar Sekolah Rendah Rimba III dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.

 

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keugamaan yang diadakan setiap tahun oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi memeriahkan dan menyemarakkan lagi hari-hari kebesaran Islam. Majlis juga bertujuan untuk memberi peluang kepada warga Kementerian untuk beramal dan bersedekah kepada golongan yang memerlukan sebagai tanda taat dan bersyukur di atas nikmat kurnia daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Rujukan:  KPE/CCD/K1:2/PR/2024/79 (M)
Tarikh: 13 Zulhijjah 1445H / 20 Jun 2024M



Attachments
Created at 6/20/2024 10:03 AM by ccd.webadmin
Last modified at 6/20/2024 7:23 PM by ccd.webadmin