Sign In

Announcements

Title

CLOSING CEREMONY OF THE HYDROPONICS WORKSHOP FOR PHASE 5 OF THE GREEN SCHOOL GARDENING PROGRAM

Body

CLOSING CEREMONY OF THE HYDROPONICS WORKSHOP FOR PHASE 5

OF THE GREEN SCHOOL GARDENING PROGRAM

Wednesday, 19 Zulhijjah 1445H / 26 June 2024M


WASAN – The Ministry of Education through the Science, Technology, and Environment Partnership Centre (STEP Centre), in collaboration with the School of Agro-Technology and Applied Sciences, Institute of Brunei Technical Education (IBTE), held the Closing Ceremony of the Hydroponics Workshop for Phase 5 of the Green School Gardening Program today at IBTE School of Agro-Technology and Applied Sciences.


The workshop organized by STEP Centre and held from 6 to 26 June 2024, involved 53 teachers from 21 selected government primary and secondary schools participating in the Program. The certificates were presented to the participants by Yang Mulia Dayang Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim, Head of the STEP Centre. Yang Mulia Dayang Zaitunah binti Haji Kurus, Head of the School of Agro-Technology and Applied Sciences at the Institute of Brunei Technical Education (IBTE) also presented the certificates to the participants.

Hidroponik24P5.png

Hidroponik24P52.png 

Among the objectives of the workshop is to provide theoretical and practical training and guidance for teachers on building hydroponic systems, and subsequently implementing agricultural activities using this method for students as one of the learning activities in schools.

 

The Green School Gardening Program initiated in 2019 has supplied hydroponic systems to government schools to enrich learning and teaching, while simultaneously promoting environmental sustainability and sustainable development.​



____________________________________________________________________________________


 MAJLIS PENUTUP BENGKEL HIDROPONIK BAGI

PROGRAM GREEN SCHOOL GARDENING FASA KELIMA

Rabu, 19 Zulhijjah 1445H / 26 Jun 2024M


WASAN – Kementerian Pendidikan melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP) dengan kerjasama Sekolah Agro-Teknologi dan Sains Gunaan, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Bengkel Hidroponik Bagi Program Green School Gardening Fasa Kelima bertempat di IBTE Sekolah Agro-Teknologi dan Sains Gunaan.

 

Bengkel anjuran Pusat STEP yang diadakan dari 6 hingga 26 Jun 2024 melibatkan 53 orang guru dari 21 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan yang terpilih untuk mengikuti program berkenaan. Hadir bagi menyampaikan sijil kepada para peserta ialah Yang Mulia Dayang Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim, Ketua Pusat STEP. Penyampaian sijil juga disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Zaitunah binti Haji Kurus, Ketua Sekolah Agroteknologi dan Sains Gunaan, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).  

 

Antara tujuan bengkel tersebut adalah untuk memberikan latihan serta tunjuk ajar secara teori dan praktikal kepada guru-guru untuk membina sistem hidroponik dan seterusnya melaksanakan aktiviti pertanian menerusi kaedah tersebut bagi pelajar-pelajar sebagai salah satu aktiviti pembelajaran di sekolah.

 

Program Green School Gardening yang mula dikendalikan sejak tahun 2019 ini telah membekalkan sistem hidroponik kepada sekolah-sekolah kerajaan untuk memperkayakan pembelajaran dan pengajaran di sekolah serta pada masa yang sama mempromosikan kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan.



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/84 (M)
Tarikh: 19 Zulhijjah 1445 / 26 Jun 2024



Attachments
Created at 6/25/2024 8:19 PM by ccd.webadmin
Last modified at 6/26/2024 6:48 PM by ccd.webadmin