SEKOLAH SUKAN STUDENTS WON 10 MEDALS
AT THE KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA DAN SENI JEMPUTAN BORNEO 2024
Thursday, 3 Safar 1446 / 8 August 2024
MUARA –The Ministry of Education's contingent through Sekolah Sukan consisting of the Pencak Silat Team has returned to Brunei Darussalam on Monday, 5 August 2024 after participating in the Kejohanan Silat Olahraga dan Seni Jemputan Borneo Wilayah Persekutuan Labuan 2024 held from 2 August until 4 August in the Federal Territory of Labuan, Malaysia.
Present at the Serasa Ferry Terminal to welcome the arrival and to congratulate the contingent was Yang Mulia Pg Ali Shafie bin Pg Hj Abas, Acting Assistant Director, Head of Student Affairs Section, Department of Schools, Ministry of Education. Also present was Yang Mulia Awang Hj Mohd Azrin bin Hj Aji, Deputy Principal of Sports, Sekolah Sukan.
A total of 12 Sekolah Sukan students who participated in the Kejohanan Silat Olahraga dan Seni Jemputan Borneo Wilayah Persekutuan Labuan 2024 managed to obtain 10 medals through the contested categories which were 8 gold medals, 1 silver medal and 1 bronze medal.
During the championship, a total of 7 students who participated in the individual event won gold medals, namely Dayang Nur Ameera Zahirah binti Md Nazib (Class H Pre-Teen Category, 13-14 years); Ak Muhd 'Aqeel Fadlullah Pg Hj Mohd Yasrizam Ayub (Class B Teen Category, 15-16 years); Dayang Fatin Hazirah binti Muhidi (Class B Teen Category, 15-16 years old); Dayang Nur Fatin Marzuqah binti Abdullah Asrizal (Class C Teen Category, 15-16 years old); Awang Muhd Firas Naim bin Md Syamsuddin (Class C Teen Category, 15-16 years old); Awang Md Raid Naim bin Md Syamsuddin (Class E Teen Category, 15-16 years) and Dayang Nursyakirah Mawaddah binti Mohd Fauzi (Teen Singles, 15-16 years).
For the group event, Dayang Nursyaziah Mawaddah binti Mohd Fauzi, Dayang Nur Hidayatul Najwa binti Asrizal and Dr. Nur Asyifa Na'imullah binti Pg Hj Md Yasrizan Ayub won the gold medal for the Seni Regu Teen Category (15-16 years).
Meanwhile, Awang Fadlullah bin Rezal won silver medal for Class D Teen Category (15-16 years) and Awang Muhd Azinuddin bin Md Azree won bronze medal for Class B Adult Sukma Category (17-21 years). In addition, Ak Md Aqeel Fadlullah bin Pg Hj Md Yasrizam Ayub also received the Anugerah Pesilat Remaja Putra Terbaik.
The tournament held for the first time was organised by the Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan (PESAKA W.P. Labuan). A total of approximately 600 participants registered, comprising 18 teams from Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak, and the Federal Territory of Labuan. The Sekolah Sukan Contingent was led by Awang Mohd Ali Rashid bin Hj Mohd Alipah, Senior Sports Teacher of Sekolah Sukan.
_______________________________
PELAJAR SEKOLAH SUKAN MERAIH 10 PINGAT
DI KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA DAN SENI JEMPUTAN BORNEO 2024
Khamis, 3 Safar 1446 / 8 Ogos 2024
MUARA – Kontinjen Kementerian Pendidikan melalui Sekolah Sukan yang terdiri daripada Pasukan Pencak Silat telah kembali ke Negara Brunei Darussalam pada hari Isnin, 5 Ogos 2024 selepas menyertai Kejohanan Silat Olahraga dan Seni Jemputan Borneo Wilayah Persekutuan Labuan 2024 yang bermula pada 2 hingga 4 Ogos di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia.
Hadir di Terminal Feri Serasa bagi menyambut ketibaan kontinjen dan seterusnya menyampaikan ucapan tahniah ialah Yang Mulia Pg Ali Shafie bin Pg Hj Abas, Pemangku Penolong Pengarah, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah Sekolah, Kementerian Pendidikan. Turut hadir ialah Yang Mulia Awg Hj Mohd Azrin bin Hj Aji, Timbalan Pengetua Sukan, Sekolah Sukan.
Seramai 12 orang pelajar Sekolah Sukan yang menyertai Kejohanan Silat Olahraga dan Seni Jemputan Borneo 2024 telah berjaya memperolehi 10 pingat melalui kategori yang dipertandingkan iaitu 8 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa.
Semasa kejohanan tersebut, seramai 7 orang pelajar yang menyertai acara perseorangan mendapat pingat emas iaitu Dayang Nur Ameera Zahirah binti Md Nazib (Kategori Pra-Remaja Kelas H, 13-14 tahun); Ak Muhd 'Aqeel Fadlullah Pg Hj Mohd Yasrizam Ayub (Kategori Remaja Kelas B, 15-16 tahun); Dayang Fatin Hazirah binti Muhidi (Kategori Remaja Kelas B, 15-16 tahun); Dayang Nur Fatin Marzuqah binti Abdullah Asrizal (Kategori Remaja Kelas C, 15-16 tahun); Awang Muhd Firas Naim bin Md Syamsuddin (Kategori Remaja Kelas C, 15-16 tahun); Awang Md Raid Naim bin Md Syamsuddin (Kategori Remaja Kelas E, 15-16 tahun) dan Dayang Nursyakirah Mawaddah binti Mohd Fauzi (Seni Tunggal Remaja, 15-16 tahun).
Bagi acara berkumpulan, Dayang Nursyaziyah Mawaddah binti Mohd Fauzi, Dayang Nur Hidayatul Najwa binti Asrizal dan Dk Nur Asyifa Na'imullah binti Pg Hj Md Yasrizan Ayub telah mendapat pingat emas bagi Kategori Seni Regu Remaja (15-16 tahun).
Manakala Awang Fadlullah bin Rezal telah mendapat pingat perak untuk Kategori Remaja Kelas D (15-16 tahun) dan Muhd Azinuddin bin Md Azree mendapat pingat gangsa bagi Kategori Sukma Dewasa Kelas B (17-21 tahun). Sementara itu, Ak Md Aqeel Fadlullah bin Pg Hj Md Yasrizam Ayub juga telah menerima Anugerah Pesilat Remaja Putra Terbaik.
Kejohanan yang diadakan buat julung kalinya ini dianjurkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan (PESAKA W.P. Labuan). Seramai lebih kurang 600 peserta telah mendaftar yang terdiri dari 18 pasukan daripada Negara Brunei Darussalam, Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kontinjen Sekolah Sukan telah diketuai oleh Awg Mohd Ali Rashid bin Hj Mohd Alipah, Guru Kanan Sukan Sekolah Sukan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/108 (M)
Tarikh: 3 Safar 1446 / 8 Ogos 2024