Sign In

Announcements

Title

3RD ASEAN WOMEN LEADERS’ SUMMIT

Body

3RD ASEAN WOMEN LEADERS’ SUMMIT

Friday, 18 Safar 1446 / 23 August 2024


BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam delivered a speech via a pre-recorded video during the 3rd ASEAN Women Leaders’ Summit, held in Vientiane, Lao PDR on Friday, 23 August 2024. The summit, themed “Strengthening the Care Economy and Resilience Towards ASEAN Community Post-2025,” emphasised the crucial role, potential, and strength of women leaders and all women across ASEAN in shaping the future of the region.

YB Datin Women Leaders.png

In her speech, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah highlighted Brunei Darussalam’s commitment to enhancing caregiving support through initiative such as the “Care Providers Allowance,” which was introduced in October 2021. This initiative aims to ease the responsibilities of caregivers, ensuring a higher quality of care for those in need. In addition, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah emphasised the importance of investing in social care service infrastructure, including the development of a framework such as ASEAN Comprehensive Framework on Care Economy, to reduce unpaid work. Brunei Darussalam's volunteers play a crucial role in supporting care work, bridging gaps in formal care systems and providing support to individuals and communities. 

Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah, further added, the vital importance of recognising women in the care economy, acknowledging their indispensable contribution and potential, is crucial for building a stronger, more compassionate, productive, and sustainable ASEAN. Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah applauded the summit for the continued support towards the ASEAN Comprehensive Framework on Care Economy (ACFCE), which was developed during Brunei Darussalam's ASEAN Chairmanship in 2021, and welcomed the progress towards an "ASEAN Declaration on Strengthening the Care Economy and Fostering Resilience Towards the Post-2025 ASEAN Community".


__________________________________________________________________

SIDANG KEMUNCAK PEMIMPIN WANITA ASEAN KALI KE-3

Jumaat, 18 Safar 1446 / 23 Ogos 2024


BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah menyampaikan ucapan melalui video pra-rakaman semasa Sidang Kemuncak Pemimpin Wanita ASEAN kali ke-3, yang diadakan di Vientiane, Lao PDR pada hari Jumaat, 23 Ogos 2024. Sidang kemuncak tersebut, yang bertemakan “Memperkukuh Ekonomi Penjagaan dan Daya Tahan Ke Arah Komuniti ASEAN Pasca-2025”, menekankan peranan penting, potensi dan kekuatan pemimpin wanita dan semua wanita di seluruh ASEAN dalam membentuk masa depan rantau ini.


Dalam ucapannya, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah menekankan komitmen Negara Brunei Darussalam untuk meningkatkan sokongan penjagaan melalui inisiatif seperti "Elaun Penyedia Penjagaan", yang diperkenalkan pada Oktober 2021. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan tanggungjawab penjaga, memastikan kualiti penjagaan yang lebih tinggi untuk mereka yang memerlukan. Di samping itu, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah menekankan kepentingan melabur dalam infrastruktur perkhidmatan penjagaan sosial, termasuk pembangunan rangka kerja seperti Rangka Kerja Komprehensif ASEAN mengenai Ekonomi Penjagaan, untuk mengurangkan kerja tanpa gaji. Sukarelawan Brunei Darussalam memainkan peranan penting dalam menyokong kerja penjagaan, merapatkan jurang dalam sistem penjagaan formal dan memberikan sokongan kepada individu dan komuniti.


Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah, seterusnya menambah, kepentingan mengiktiraf wanita dalam ekonomi penjagaan, keperluan dalam mengiktiraf sumbangan dan potensi mereka, adalah penting bagi membina ASEAN yang lebih kukuh, lebih penyayang, produktif dan mampan. Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah merakamkan penghargaan kepada sidang kemuncak tersebut atas sokongan berterusan terhadap Rangka Kerja Komprehensif ASEAN mengenai Ekonomi Penjagaan (ACFCE), yang dirangka semasa Brunei Darussalam mempengerusikan ASEAN pada 2021, dan mengalu-alukan kemajuan ke arah "Deklarasi ASEAN mengenai Memperkukuh Ekonomi Penjagaan dan Memupuk Daya Tahan Ke Arah Komuniti ASEAN Pasca-2025".


Attachments
Created at 8/24/2024 3:01 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin
Last modified at 8/24/2024 7:12 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin