THE OPENING CEREMONY OF JATI DIRI 'BERKAT' PROGRAMME 2024
Selasa, 22 Safar 1446 / 27 August 2024
BERAKAS – The Ministry of Education today held the Opening Ceremony of the Jati Diri 'Berkat' Programme 2024 at the Department of Information Auditorium, Old Airport Road, Berakas.
Present as the Guest of Honour to officiate the ceremony was Yang Mulia Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Acting Director of Scholarship Management, Ministry of Education.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, followed by a welcoming speech by Yang Mulia Dayang Norkhanizah Wati binti Haji Ahmad, Chief Bursary and Welfare Officer, Department of Scholarship Management, Ministry of Education as the Chairperson of the ceremony. This was followed by a briefing from the Department of Scholarship Management and sharing session with a Former Education Attaché.
This five-day programme, which is held annually, was attended by 66 students this year under the Government Overseas Scholarship Scheme and Education Loan Assistance Scheme (SBPP). Among the objectives of this programme is to provide early exposure as preparation for new students to begin their studies abroad and to equip them with life skills and an understanding of community living. This programme also aims to strengthen students' identity as citizens of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam based on the Melayu Islam Beraja (MIB) Philosophy.
The programme's objective was to ensure that all students are prepared to take on responsibilities and to be appreciative for the support provided by the Government as students under the Government Scholarship Scheme Abroad and SBPP. In addition, the students would realise the importance of adhering to the Scholarship Rules and Regulations as well as the agreements with the Government.
This programme also includes briefings and sharing sessions from senior government officials and representatives from several key agencies, as well as community service activities (Hablum Minannas), serving as a platform for addressing concerns and receiving the latest information.
The official opening ceremony and the programme were organised by the Department of Scholarship Management, Ministry of Education. Also present at the ceremony were the programme coordinators and officials from the Ministry of Education.
_________________________________________________
MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PROGRAM JATI DIRI 'BERKAT' 2024
Selasa, 22 Safar 1446 / 27 Ogos 2024
BERAKAS – Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Majlis Pembukaan Rasmi Program Jati Diri 'Berkat' bertempat di Dewan Auditorium Jabatan Penerangan, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Pemangku Pengarah Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dayang Norkhanizah Wati binti Haji Ahmad, Ketua Pegawai Dermasiswa dan Kesejahteraan, Jabatan Pengurusan Biasiswa selaku Pengerusi Majlis. Majlis diikuti dengan taklimat daripada Jabatan Pengurusan Biasiswa dan sesi kongsisama bersama Mantan Ataci Pendidikan Luar Negeri.
Program selama lima hari ini diadakan setiap tahun dan pada tahun ini disertai oleh seramai 66 orang pelajar di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Ke Luar Negeri dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP). Antara tujuan program ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan awal sebagai persediaan pelajar-pelajar baru untuk memulakan pengajian di luar negara dan mempersiapkan pelajar dari segi kemahiran hidup (life skills) serta cara hidup bermasyarakat. Program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan jati diri pelajar sebagai rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berlandaskan falsafah Melayu Islam Beraja.
Program ini dijangka untuk mencapai objektif agar semua pelajar bersedia untuk memikul tanggungjawab dan sentiasa bersyukur dengan pemberian yang dihulurkan oleh pihak Kerajaan sebagai pelajar di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Ke Luar Negeri dan SBPP. Di samping itu, para pelajar akan dapat menyedari kepentingan untuk patuh kepada Aturan dan Peraturan Biasiswa serta perjanjian dengan pihak Kerajaan.
Program ini juga merangkumi taklimat dan sesi kongsisama daripada pegawai-pegawai kanan Kerajaan dan beberapa buah agensi berkepentingan serta aktiviti khidmat masyarakat (Hablum Minannas) sebagai wadah untuk menyuarakan pertanyaan dan menerima maklumat terkini.
Majlis pembukaan rasmi dan program ini dikendalikan oleh Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah penyelaras program serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/114 (M)
Tarikh: 22 Safar 1446 / 27 Ogos 2024