PARTICIPATION OF SEKOLAH SUKAN BRUNEI DARUSSALAM CONTINGENT
IN THE 2ND RS KINABALU ATHLETICS LEAGUE, 2024
31 August – 1 September 2024
Friday, 25 Safar 1446 / 30 August 2024
BERAKAS – The Ministry of Education contingent, through Sekolah Sukan Athletics Team, has departed for Kota Kinabalu, Sabah, to participate in the 2nd RS Kinabalu Athletics League, which will be held over 2 days from 31 August to 1 September 2024 at the Keningau Sports Complex, Sabah. The delegation is led by the Head of the Contingent, Awang Mohammad Yussof bin Yaakub, coach from Sekolah Sukan.
Present at the Brunei International Airport to bid farewell and offer words of encouragement was Yang Mulia Awang Haji Metusin bin Haji Jais, Acting Senior Special Duties Officer (Professional), Department of Schools, Ministry of Education. Also in attendance were Yang Mulia Hajah Nor Aisah binti Haji Mohd Salleh, Principal of Sekolah Sukan; Yang Mulia Awang Haji Mohd Azrin bin Haji Aji, Deputy Principal of Sports at Sekolah Sukan and officers from the Department of Schools, Ministry of Education.
Organised by the RS Athletics Club, this league is recognised as one of the largest and most prestigious athletics championships in Sabah. The second league is a continuation of the first league from May 2024, where 4 students from Sekolah Sukan won 1 gold medal and 1 bronze medal. The 2nd league will involve 2,424 participants, comprising 70 teams from schools and sports schools in Sabah, Sarawak, and Brunei Darussalam. Out of these participants, 8 students from Sekolah Sukan Brunei Darussalam will compete against highly promising athletes.
__________________________________________________________________
PENYERTAAN KONTINJEN SEKOLAH SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BAGI LIGA OLAHRAGA RS KINABALU KE-2, TAHUN 2024
31 Ogos – 1 September 2024
Jumaat, 25 Safar 1446 / 30 Ogos 2024
BERAKAS – Kontinjen Kementerian Pendidikan melalui Sekolah Sukan yang terdiri daripada Pasukan Olahraga telah berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menyertai Liga Olahraga RS Kinabalu Ke-2 yang akan berlangsung selama 2 hari bermula dari 31 Ogos hingga 1 September 2024, bertempat di Kompleks Sukan Keningau, Sabah. Rombongan diketuai oleh Ketua Kontinjen, Awang Mohammad Yussof bin Yaakub, Jurulatih Sekolah Sukan.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar serta memberikan kata-kata nasihat ialah Yang Mulia Awang Haji Metusin bin Haji Jais, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Profesional), Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan. Hadir sama ialah Yang Mulia Hajah Nor Aisah binti Haji Mohd Salleh, Pengetua Sekolah Sukan; Yang Mulia Awang Haji Mohd Azrin bin Haji Aji, Timbalan Pengetua Sukan, Sekolah Sukan dan pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
Liga anjuran Kelab Olahraga RS ini merupakan salah satu kejohanan olahraga terbesar dan paling berprestij di negeri Sabah. Liga ke-2 ini merupakan kesinambungan dari liga pertama yang diadakan pada Mei 2024, di mana 4 pelajar dari Sekolah Sukan telah menyertai dan berjaya meraih 1 pingat emas serta 1 pingat gangsa. Liga ke-2 ini akan melibatkan penyertaan 2,424 peserta iaitu 70 kumpulan yang terdiri daripada sekolah-sekolah dan sekolah sukan dari Sabah, Sarawak, serta Negara Brunei Darussalam. Daripada jumlah peserta tersebut, seramai 8 pelajar dari Sekolah Sukan Negara Brunei Darussalam akan turut serta dan bersaing dengan atlet-atlet berpotensi tinggi.