Sign In

Announcements

Title

BRUNEI DARUSSALAM SEKOLAH SUKAN CONTINGENT WINS 4 MEDALS IN THE 2ND KINABALU RS ATHLETICS LEAGUE 2024 IN KENINGAU, SABAH

Body

BRUNEI DARUSSALAM SEKOLAH SUKAN CONTINGENT WINS 4 MEDALS

IN THE 2ND KINABALU RS ATHLETICS LEAGUE 2024 IN KENINGAU, SABAH

31 AUGUST – 1 SEPTEMBER 2024

Tuesday, 29 Safar 1446 | 3 September 2024

 

BERAKAS – The Ministry of Education's contingent from Sekolah Sukan Brunei Darussalam, comprising the Athletics Team, has returned to Brunei Darussalam after participating in the 2nd Kinabalu RS Athletics League 2024, which took place from 31 August to 1 September 2024 at the Keningau Sports Complex, Sabah.

winner2.jpeg

 winner1.jpeg

Present at the Brunei International Airport to welcome and congratulate the contingent was Yang Mulia Pg Ali Shafie bin Pg Haji Abas, Acting Assistant Director, Head of Student Affairs Section, Department of Schools, Ministry of Education. Also present were Yang Mulia Hajah Nor Aisah binti Haji Mohd Salleh, Principal of Sekolah Sukan; Yang Mulia Awg Haji Mohd Azrin bin Haji Aji, Deputy Principal of Sports at Sekolah Sukan, and Yang Mulia Dayang Norjalina binti Haji Jaafar, Deputy Academic Principal of Sekolah Sukan.

 

A total of 8 students from Sekolah Sukan Brunei Darussalam who participated in the championship managed to win 2 gold medals and 2 bronze medals. The first Gold Medal was won by Qurratul Ain @ Nur Aida binti Irwan in the Girls' Long Jump Category for Under 18, where she also set a new personal best record with a distance of 4.45 metres

For the Team Event, another Gold Medal was secured in the Girls' 4x100 metres Relay Category for Under 18 by Norjoleha binti Johari, Nurazizatul Shareena binti Ashari, Nur Afroz Dameea binti Md Zainal Areif, and Qurratul Ain @ Nur Aida binti Irwan. Meanwhile, Qurratul Ain @ Nur Aida binti Irwan also won a Bronze Medal in the Girls' 200 metres Category for Under 15 with a new record of 30.39 seconds. In the Girls' 200 metres Category for Under 18, Norjoleha binti Johari won a Bronze Medal with a new record of 30.38 seconds. Overall, 9 personal best records were achieved by 6 students in their respective events.

 

This league was organised by the RS Athletics Club Sabah and is one of the largest and most prestigious athletics championships in the State of Sabah. A total of 2,424 participants from 70 teams from Brunei Darussalam, Sabah, and Sarawak competed in this second league. The Brunei Darussalam Sekolah Sukan contingent was led by Awang Mohd Yussof bin Yaakub, Sekolah Sukan Coach.


___________________________________


KONTINJEN SEKOLAH SUKAN BRUNEI DARUSSALAM MERAIH 4 PINGAT

DI LIGA OLAHRAGA KINABALU RS KE-2 BAGI TAHUN 2024 DI KENINGAU, SABAH

31 OGOS – 1 SEPTEMBER 2024

Selasa, 29 Safar 1446 | 3 September 2024

 

BERAKAS – Kontinjen Kementerian Pendidikan melalui Sekolah Sukan Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Pasukan Olahraga telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas menyertai Liga Olahraga Kinabalu RS Ke-2 bagi Tahun 2024 yang bermula pada 31 Ogos hingga 1 September 2024 di Kompleks Sukan Keningau, Sabah. 

 

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen dan seterusnya memberikan ucapan tahniah ialah Yang Mulia Pg Ali Shafie bin Pg Haji Abas, Pemangku Penolong Pengarah, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.  Hadir sama ialah Yang Mulia Hajah Nor Aisah binti Haji Mohd Salleh, Pengetua Sekolah Sukan; Yang Mulia Awg Haji Mohd Azrin bin Haji Aji, Timbalan Pengetua Sukan Sekolah Sukan dan Yang Mulia Dayang Norjalina binti Haji Jaafar, Timbalan Pengetua Akademik Sekolah Sukan.

 

Seramai 8 orang pelajar Sekolah Sukan Negara Brunei Darussalam yang menyertai kejohanan ini telah berjaya meraih sebanyak 2 pingat emas dan 2 pingat gangsa. Pingat Emas yang pertama diraih oleh Qurratul Ain @ Nur Aida binti Irwan melalui Kategori Lompat Jauh Perempuan 18 Tahun Kebawah seterusnya memecahkan rekod peribadinya dengan jarak 4.45 meter.

Bagi Acara Berkumpulan, Pingat Emas juga diraih melalui Kategori 4x100 meter Lari Berganti-Ganti Perempuan 18 Tahun Kebawah oleh Norjoleha binti Johari, Nurazizatul Shareena binti Ashari, Nur Afroz Dameea binti Md Zainal Areif dan Qurratul Ain @ Nur Aida binti Irwan. Sementara itu, Qurratul Ain @ Nur Aida binti Irwan juga telah meraih Pingat Gangsa melalui Kategori 200 meter Perempuan 15 Tahun Kebawah dengan rekod baru 30.39 saat. Bagi Kategori 200 meter Perempuan 18 Tahun Kebawah, Norjoleha binti Johari berjaya meraih Pingat Gangsa dengan rekod baru 30.38 saat. Secara keseluruhannya, sebanyak 9 rekod peribadi telah berjaya dipecahkan oleh 6 orang pelajar dalam acara masing-masing.

 

Liga ini telah dianjurkan oleh Kelab Olahraga RS Sabah dan adalah salah satu kejohanan olahraga yang terbesar dan berprestij di Negeri Sabah. Seramai 2,424 peserta dari 70 pasukan daripada Negara Brunei Darussalam, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak beraksi dalam liga kedua ini.   Kontinjen Sekolah Sukan Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Awang Mohd Yussof bin Yaakub, Jurulatih Sekolah Sukan.


Reference: KPE/CCD/K1:2/PR/124 (M)

Date: 28 Safar 1446 / 2 September 2024​


Attachments
Created at 9/3/2024 11:21 AM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin
Last modified at 9/3/2024 5:50 PM by Nur Ar Mardhiah Binti Hj Mohd Akin