BRUNEI TEACHERS' STANDARD - TEACHERS PERFORMANCE APPRAISAL (BTS-TPA)
WORKSHOP 2025 FOR PRIVATE EDUCATION INSTITUTIONS
Thursday, 23 Rejab 1446 / 23 January 2025
SUNGAI AKAR - The Ministry of Education, through the Department of Schools Inspectorate and the Department of Private Education, coordinated a two-day workshop on the Brunei Teachers' Standards-Teacher Performance Appraisal (BTS-TPA) on 22 and 23 January 2025, held at PGGMB (Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei) School.

The workshop was facilitated by officers from the Department of Schools Inspectorate, Ministry of Education, and attended by 65 participants, comprising school leaders and teachers from Private Education Institutions. It focused on unpacking the BTS-TPA instruments and procedures, aimed at evaluating and enhancing the provision of quality education in Brunei Darussalam.
The main objectives of this workshop were to provide a comprehensive understanding of the purpose and significance of the BTS-TPA assessment in teaching observations, guide participants in collecting relevant and sufficient evidence to support the assessment process and provide participants with an opportunity to practice skills in evaluating the quality of the collected evidence.
The workshop was also designed to enhance participants' ability to apply the Triangulation Technique, which links focus areas and competencies aligned with the BTS-TPA instruments. In addition, through this technique, participants can make professional judgements in determining grades based on the BTS-TPA assessment rubric and utilise data from the evaluation to make informed decisions, thereby improving the overall school performance.





Throughout the workshop, participants engaged in interactive activities using platforms such as Padlet and Quizizz, encouraging discussion, idea sharing, and assessment of their understanding of the key concepts and skills. These platforms also facilitated direct feedback and collaboration between participants and workshop facilitators, fostering a more dynamic and interactive knowledge-sharing environment.
Through this workshop, the Ministry of Education reaffirms its commitment to strengthening teachers' professional development and maintaining high educational standards in Brunei Darussalam. This effort ensures that the implementation of the BTS-TPA assessment in both government and private schools is conducted in a more systematic and evidence-based manner.
_____________________________________
SESI BENGKEL BRUNEI TEACHERS' STANDARD - TEACHERS PERFORMANCE APPRAISAL
(BTS-TPA) TAHUN 2025 BAGI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA
Khamis, 23 Rejab 1446 / 23 Januari 2025
SUNGAI AKAR - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah dan Jabatan Pendidikan Swasta telah mengadakan Bengkel Brunei Teachers' Standards-Teacher Performance Appraisal (BTS-TPA) selama dua hari pada 22 dan 23 Januari 2025 bertempat di Sekolah PGGMB (Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei).
Bengkel telah dikendalikan oleh fasilitator daripada pegawai-pegawai Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, dan dihadiri oleh seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin sekolah dan guru dari Institusi Pendidikan Swasta (IPS). Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan instrumen dan prosedur Brunei Teachers' Standards-Teacher Performance Appraisal (BTS-TPA) yang bertujuan untuk menilai dan meningkatkan kualiti pendidikan di Negara Brunei Darussalam.
Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan kefahaman yang mendalam mengenai tujuan dan kepentingan penilaian BTS-TPA dalam pemerhatian pengajaran, membimbing peserta dalam mengumpul bukti yang relevan dan mencukupi bagi menyokong proses penilaian, serta memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan kemahiran dalam menilai kualiti bukti yang dikumpulkan.
Bengkel ini juga dirangka untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan Teknik Triangulasi bagi mengaitkan bidang fokus dan kompetensi yang selaras dengan instrumen BTS-TPA. Di samping itu, melalui teknik ini para peserta dapat membuat pertimbangan profesional dalam menentukan gred berdasarkan rubrik penilaian BTS-TPA, dan memanfaatkan data daripada penilaian untuk membuat keputusan yang bermaklumat, sekali gus meningkatkan prestasi keseluruhan sekolah.
Sepanjang bengkel ini para peserta terlibat dalam aktiviti interaktif menggunakan platform seperti Padlet dan Quizizz, yang menggalakkan perbincangan, perkongsian idea, serta penilaian terhadap pemahaman mereka mengenai konsep utama dan kemahiran. Platform ini juga memudahkan peserta memberikan maklum balas secara langsung dan berkolaborasi dengan peserta lain serta fasilitator bengkel dalam suasana perkongsian ilmu yang lebih dinamik dan interaktif.
Melalui bengkel ini, Kementerian Pendidikan menegaskan komitmen untuk terus mengukuhkan pembangunan profesional guru serta mengekalkan standard pendidikan yang berkualiti tinggi di Negara Brunei Darussalam. Usaha ini memastikan pelaksanaan penilaian BTS-TPA di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berasaskan bukti yang kukuh.