SUNAT HAJAT PRAYER, RECITATION OF SURAH YASIN AND A SPECIAL DOA CEREMONY
FOR THE HEALTH AND WELLBEING OF HIS MAJESTY SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM
HELD AT GOVERNMENT AND PRIVATE EDUCATIONAL INSTITUTIONS NATIONWIDE
MONDAY | 29 REJAB 1447 | 19 JANUARY 2026
Primary and secondary schools, colleges and Sixth Form Centres nationwide under the Ministry of Education held the Sunat Hajat Prayer, recitation of Surah Yasin and Special Doa Ceremony today, which was conducted simultaneously across all four districts, to seek good health and well-being for His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
All government schools and colleges, as well as private schools under the purview of the Ministry of Education, including international schools, held the ceremony at their respective educational institutions.


The ceremony was held to offer prayers to Allah Subhanahu Wa Ta'ala, seeking His grant of a swift recovery, perfect health, and enduring well-being for His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
In addition, Special Doa for the health and well-being of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam will be recited daily during morning assemblies or at suitable times at all government and private educational institutions at the primary, secondary and college levels, as well as sixth form centres, beginning Tuesday, 20 January 2026.
_________________________________________________________
MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, BACAAN SURAH YASIN DAN DOA KHAS
BAGI MEMOHON KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG DIADAKAN
DI INSTITUSI-INSTITUSI PENDIDIKAN KERAJAAN DAN SWASTA SELURUH NEGARA
HARI ISNIN | 29 REJAB 1447 | 19 JANUARI 2026
Sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab serta pusat tingkatan enam di seluruh negara pada hari ini telah mengadakan secara serentak di keempat-empat daerah, Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Doa Khas bagi memohon kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Semua sekolah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan serta sekolah swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, termasuk sekolah antarabangsa, telah melaksanakan majlis berkenaan di institusi pendidikan masing-masing.
Majlis tersebut diadakan bagi memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar mengurniakan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan kesembuhan yang segera, kesihatan dan keafiatan yang sempurna lagi berpanjangan.
Di samping itu, Doa Khas bagi memohon kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan dibacakan setiap hari sewaktu perkumpulan pagi atau pada waktu yang bersesuaian di semua institusi pendidikan kerajaan dan swasta di peringkat rendah, menengah dan maktab serta pusat tingkatan enam, bermula hari Selasa, 20 Januari 2026.