SUNAT HAJAT PRAYER, RECITATION OF SURAH YASIN AND A SPECIAL DOA CEREMONY FOR THE HEALTH AND WELL-BEING OF HIS MAJESTY THE SULTAN
AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM
BY THE MINISTRY OF EDUCATION
MONDAY | 29 REJAB 1447 | 19 JANUARY 2026
TUNGKU LINK - The Ministry of Education today held a Sunat Hajat prayer, recitation of Surah Yasin and Special Doa Ceremony for the health and well-being of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at the Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

Present at the event was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam.

The event began with the Sunat Hajat Prayer led by Yang Mulia Awang Abdul Muhaimin bin Dr Haji Serbini, Imam Masjid Universiti Brunei Darussalam. This was followed by the recitation of Surah Yasin and special Doa for the health and well-being of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and concluded with the congregational Asar prayer.


The ceremony was held to offer prayers to Allah Subhanahu Wa Ta'ala, seeking His grant of a swift recovery, perfect health and enduring well-being for His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.


Also in attendance were Permanent Secretaries, Universiti Brunei Darussalam Vice-Chancellor, Deputy Permanent Secretaries, Department Heads, as well as officers and staff of the Ministry of Education.
__________________________________________
MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, BACAAN SURAH YASIN DAN DOA KHAS
BAGI MERAFAKKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
HARI ISNIN | 29 REJAB 1447 | 19 JANUARI 2026
TUNGKU LINK- Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Doa Khas bagi Merafakkan Kesihatan dan Kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam bertempat di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.
Hadir di majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Acara dimulakan dengan Majlis Sembahyang Sunat Hajat berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Awang Abdul Muhaimin bin Dr Haji Serbini, Imam Masjid Universiti Brunei Darussalam. Ini diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Khas bagi merafakkan kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Asar secara berjemaah.
Majlis tersebut diadakan bagi memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya mengurniakan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan kesembuhan yang segera, kesihatan dan keafiatan yang sempurna lagi berpanjangan.
Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/014 (M)
Tarikh: 29 Rejab 1447 | 19 Januari 2026