Sign In

Announcements

Title

CLOSING CEREMONY OF TARBIYYAH AL-IHSAN COURSE 2026

Body

CLOSING CEREMONY OF TARBIYYAH AL-IHSAN COURSE 2026

Thursday | 3 Syaaban 1447 | 22 January 2026

 

SENGKARAI – The Ministry of Education through the Department of Scholarship Management today held the Closing Ceremony for the Tarbiyyah Al-Ihsan Course 2026 at Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Mosque, Kampung Sengkarai, Tutong.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dr. Mona Aliana binti Dato Paduka Awang Haji Mohd Alimin, Acting Director of Scholarship Management, Ministry of Education.

 Jdb261.jpeg

Jdb263.jpeg

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the Tadarus Al-Quran and Ratib Al-Attas. This was followed by a presentation of certificate of participation to students and a speech by the Guest of Honour.

 Jdb264(1).jpeg

The 4-day course was attended by 23 students under the Government Overseas Scholarship Scheme and Education Loan Assistance Scheme (SBPP) under the Ministry of Education as well as the Sultan's Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah who are currently on semester break in the country.

 

The course programme included briefings and sharing sessions from Government agencies and local Higher Education Institutions (HEIs) involved, as well as sports activities.

 

The course aims to re-emphasise the roles and responsibilities as a student and to instill noble values to be a more holistic individual in terms of morals, patriotism, self-awareness and readiness to face the future.

 Jdb262.jpeg

Also present at the ceremony were programme coordinators and officials from the Ministry of Education.


______________________________________


MAJLIS PENUTUP KURSUS TARBIYYAH AL IHSAN TAHUN 2026

Hari Khamis | 3 Syaaban 1447 | 22 Januari 2026

 

SENGKARAI – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup bagi Kursus Tarbiyyah Al-Ihsan Tahun 2026 di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai, Tutong.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr. Mona Aliana binti Dato Paduka Awang Haji Mohd Alimin, Pemangku Pengarah Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan Tadarus Al-Quran dan Ratib Al-Attas. Majlis diikuti dengan penyampaian sijil penyertaan Kursus Tarbiyyah Al-Ihsan dan diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat.

 

Kursus 4 hari ini disertai oleh seramai 23 orang pelajar di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Ke Luar Negeri dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) di bawah Kementerian Pendidikan serta Sultan's Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang sedang bercuti semester di tanah air.

 

Program kursus ini merangkumi taklimat dan sesi kongsisama daripada agensi-agensi Kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta aktiviti bersukan. Kursus ini bertujuan untuk menekankan semula peranan dan tanggungjawab sebagai pelajar dan menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar agar lebih Syumul dari segi akhlak, patriotik, kesedaran diri dan siap siaga menghadapi masa hadapan.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah penyelaras program serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.

 


Attachments
Created at 1/22/2026 7:26 PM by mardhiah.akin
Last modified at 1/22/2026 7:31 PM by mardhiah.akin