Sign In

Announcements

Title

15TH SESSION OF THE GENERAL CONFERENCE OF ICESCO 13 TO 14 MAY 2026 KAZAN, REPUBLIC OF TATARSTAN, RUSSIAN FEDERATION

Body

15TH SESSION OF THE GENERAL CONFERENCE OF ICESCO

13 TO 14 MAY 2026

KAZAN, REPUBLIC OF TATARSTAN, RUSSIAN FEDERATION

Thursday | 26 Zulkaedah 1447 | 14 May 2026

 

KAZAN, REPUBLIC OF TATARSTAN, RUSSIAN FEDERATION – Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam, as the representative of Yang Berhormat Minister of Education and Chair for the National Commission of Brunei Darussalam for the Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO), attended the 15th Session of the General Conference of ICESCO held in Kazan, Republic of Tatarstan, Russian Federation from 13 to 14 May 2026.

 WhatsApp Image 2026-05-15 at 4.34.24 PM(1).jpeg

Gambar Ramai Ketua-Ketua Delegasi (Heads of Delegations Group Photo).jpeg

The General Conference was officiated by His Excellency Rustam Minnikhanov, Rais of the Republic of Tatarstan, Russian Federation, who delivered the opening speech and welcomed delegates to the city of Kazan. The Conference was attended by representatives from fifty-three (53) Member States, as well as Observer States, intergovernmental organizations, and non-governmental organizations (NGOs).

 

As ICESCO's highest decision-making body, the General Conference brought together Member States to deliberate on strategic directions, review the Organization's programs and achievements, and endorse future initiatives in the fields of education, science, culture, and communication.

 

As part of the agenda, the General Conference also witnessed Heads of Delegation delivering national statements, reaffirming their commitment towards ICESCO's objectives and priorities as articulated in the Organization's Strategic Action Plan for 2026-2029. In his statement, Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad highlighted the alignment between the Strategic Action Plan and Brunei Darussalam's national development priorities, particularly in advancing future-ready education, artificial intelligence, digital transformation, cultural preservation, youth development and social inclusion. These shared priorities reflect Brunei Darussalam and ICESCO's aspiration to nurture resilient, innovative, and values-driven societies.

In addition, Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad attended the Opening Ceremony of the “Kazan – Cultural Capital of the Islamic World 2026" at the Kazan International Exhibition Centre on Thursday evening, 14 May 2026.

 Gambar Ramai Delegasi Negara Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Delegation Group Photo).jpeg

Accompanying Yang Mulia Permanent Secretary (Higher Education) to the ICESCO General Conference were officials from the Ministry of Education.

 

Prior to the 15th ICESCO General Conference, the Ministry of Education led by Yang Mulia Permanent Secretary (Higher Education) in his capacity as Secretary-General for the National Commission of Brunei Darussalam for ICESCO, attended the 46th ICESCO Executive Council virtually on 06 May 2026. The preceding Executive Council deliberated on governance matters, program implementation, and preparations for the General Conference.


____________________________________________


PERSIDANGAN AGUNG ICESCO KALI KE-15

13 HINGGA 14 MEI 2026

KAZAN, REPUBLIK TATARSTAN, PERSEKUTUAN RUSIA

Hari Khamis | 26 Zulkaedah 1447 | 14 Mei 2026

 

KAZAN, REPUBLIK TATARSTAN, PERSEKUTUAN RUSIA – Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, selaku wakil Yang Berhormat Menteri dan Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam (ICESCO), telah menghadiri Persidangan Agung ICESCO kali ke-15 yang diadakan di Kazan, Republik Tatarstan, Persekutuan Rusia dari 13 hingga 14 Mei 2026.

 

Persidangan Agung tersebut dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Rustam Minnikhanov, Rais Republik Tatarstan, Persekutuan Rusia, yang telah menyampaikan ucapan pembukaan serta mengalu-alukan kehadiran para delegasi ke kota Kazan. Persidangan tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada lima puluh tiga (53) Ahli Anggota ICESCO, serta Ahli Pemerhati, pertubuhan antara kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

Sebagai badan pembuat keputusan tertinggi ICESCO, Persidangan Agung berkenaan menghimpunkan Negara-Negara Anggota untuk membincangkan hala tuju strategik, meneliti pelaksanaan program dan pencapaian organisasi, serta meluluskan inisiatif-inisiatif masa hadapan dalam bidang pendidikan, sains, kebudayaan dan komunikasi.

 

Sebagai sebahagian daripada agenda Persidangan Agung, Ketua-Ketua Delegasi turut menyampaikan Kenyataan Negara masing-masing bagi menegaskan komitmen terhadap objektif dan keutamaan ICESCO sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Tindakan Strategik ICESCO 2026-2029. Dalam kenyataannya, Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) menekankan keselarasan antara Pelan Tindakan Strategik tersebut dengan keutamaan pembangunan Negara Brunei Darussalam, khususnya dalam memajukan pendidikan bersedia masa hadapan, kecerdasan buatan, transformasi digital, pemeliharaan budaya, pembangunan belia, serta keterangkuman sosial. Keutamaan bersama ini mencerminkan aspirasi Negara Brunei Darussalam dan ICESCO dalam memupuk masyarakat yang berdaya tahan, inovatif, dan berteraskan nilai.

 

Di samping itu, Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad turut menghadiri Majlis Pembukaan “Kazan – Cultural Capital of the Islamic World 2026" yang berlangsung di Kazan International Exhibition Centre pada hari Khamis, 14 Mei 2026.

 

Turut mengiringi Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) ke Persidangan Agung ICESCO ialah pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan.

 

Sebelum berlangsungnya Persidangan Agung ICESCO kali ke-15, delegasi Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) dalam kapasiti beliau sebagai Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi ICESCO, telah menghadiri Majlis Eksekutif ICESCO kali ke-46 secara dalam talian pada 06 Mei 2026. Majlis Eksekutif tersebut memberi tumpuan kepada hal ehwal tadbir urus, pelaksanaan program, serta persediaan bagi Persidangan Agung ICESCO.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/070 (M)
Tarikh: 27 Zulkaedah 1447 / 15 Mei 2026

Attachments
Created at 5/15/2026 4:37 PM by mardhiah.akin
Last modified at 5/15/2026 4:47 PM by mardhiah.akin