Sign In

Announcements

Title

New Year 1441 Hijrah Celebration Ceremony Ministry Of Education

Body

BANDAR SERI BEGAWAN – In marking the new Islamic year 1441 Hijrah, the Ministry of Education, through its Department of Examinations and Public Relations Unit, held a ceremony this afternoon at the Main Hall, Department of Curriculum, Ministry of Education here.


Present as the guest of honour was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

 

Also present was Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education.

IMG-20190904-WA0015_3.jpg

IMG-20190904-WA0006.jpg

IMG-20190904-WA0003.jpg

IMG-20190904-WA002.jpg

The annual event was held to mark the new 1441 Hijrah year as well as to strengthen ties between officers and staff of the Ministry of Education. This afternoon's function began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Awang Haji Rozaidi bin Haji Mohammad Daud, Senior Education Officer, Department of Examinations. The ceremony also featured a religious talk entitled 'Rezeki Halal Mengundang Rahmat Negara Berkat' delivered by an invited guest speaker Yang Mulia Ustaz Muhammad Yussof bin Abdul Majid, from Counseling and Religious Understanding Unit, Ministry of Religious Affairs. The event continued with a recitation of Doa Selamat and Sayyidul Istighfar led by Yang Mulia Awang Haji Rozaidi bin Haji Mohammad Daud.

 

Around 200 guests attended this afternoon's event. Among those present were Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education); Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education); Director General of Education; Heads of Department; Officers and staff of the Ministry of Education.

________________________________________________________________________

Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1441

Kementerian Pendidikan


BANDAR SERI BEGAWAN – Bagi menyambut kedatangan tahun baru Hijrah 1441, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan dan Unit Perhubungan Awam pada petang ini telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah bertempat di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

 

Turut hadir ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

 

Acara tahunan ini bertujuan bagi menyemarakkan tahun baru Hijrah 1441, di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Rozaidi bin Haji Mohammad Daud, Pegawai Pelajaran Kanan dari Jabatan Peperiksaan. Pengisian utama acara petang ini merupakan satu Ceramah Khas bertajuk "Rezeki Halal Mengundang Rahmat Negara Berkat" yang disampaikan oleh Penceramah Undangan, Yang Mulia Ustaz Muhammad Yussof bin Abdul Majid, dari Unit Kaunseling Dan Kefahaman Agama, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Acara diakhiri dengan Doa Selamat dan Bacaan Sayyidul Istighfar yang dikepalai oleh Yang Mulia Awang Haji Rozaidi bin Haji Mohammad Daud, Jabatan Peperiksaan.

 

Sekitar 200 orang pegawai dan kakitangan menghadiri majlis petang ini. Antara yang hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Dr Shamsiah Zuriani Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Ketua Pengarah Pendidikan; Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

Attachments
Created at 9/4/2019 4:43 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 9/19/2019 1:22 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof