Sign In

Announcements

Title

Computer Equipment contributed to five schools

Body


PENGAGIHAN SUMBANGAN PERALATAN KOMPUTER BAGI MENYOKONG PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (Kumpulan Kedua)

Hasil dari inisiatif bersama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Info-Komunikasi dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalamn (AITI) yang pada ketika ini membukakan sumbangan komputer, komputer riba dan tablet dari orang ramai bagi menyokong pembelajaran dalam talian serta membantu para pelajar yang memerlukan semasa pandemik COVID-19 di negara ini, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah telah mengedarkan sumbangan berkenaan melalui Majlis Pengagihan Sumbangan Peralatan Komputer (Kumpulan kedua) pada hari khamis, 23 April 2020 dan hari isnin, 27 April 2020 yang lalu.

Bagi penyerahan kumpulan kedua ini, sebanyak 23 unit komputer telah diagihkan kepada lima (5) buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Awang Semaun, Sekolah Menengah Berakas, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri dan Sekolah Menengah Lambak Kiri.

Sekolah Menengah Berakas.jpeg

SM Sayyidina Abu Bakar.jpeg

Penyerahan peralatan Komputer berkenaan telah disampaikan oleh pengetua-pengetua sekolah bertempat di sekolah masing-masing iaitu;

  1. Bagi pelajar terpilih dari Sekolah Menengah Awang Semaun, sumbangan diserahkan oleh Yang Mulia Awg Hj Fadillah bin Hj Ismail, Timbalan Pengetua Sekolah
  2. Bagi pelajar terpilih dari Sekolah Menengah Berakas sumbangan diserahkan oleh Yang Mulia Awg Alexander bin Badang, Pengetua Sekolah
  3. Bagi pelajar terpilih dari Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri sumbangan diserahkan oleh Yang Mulia Awg Hj Asahibol Bahri bin Hj Shahbudin, Timbalan Pengetua Akademik Sekolah
  4. Bagi pelajar terpilih dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar sumbangan diserahkan oleh Yang Mulia Dyg Hjh Junaidah bte Awg. Hj. Tajudin, Timbalan Pengetua Sekolah
  5.  Bagi pelajar terpilih dari Sekolah Menengah Lambak Kiri sumbangan diserahkan oleh Yang Mulia Dyg Rosmawati bte Mohammad, Pengetua Sekolah.

Penyerahan peralatan Komputer kepada pelajar-pelajar terpilih dibuat secara berperingkat-peringkat bagi mengelakkan perkumpulan besar (mass gathering) bagi mencegah penularan wabak COVID -19. Pengagihan peralatan ini akan terus dilaratkan lagi ke beberapa buah sekolah yang mempunyai pelajar yang memerlukan. Pada kali ini, pengagihan telah pun diadakan dengan menggunakan kaedah pandu-lalu (Drive-thru) dengan mengambil kira penjarakan sosial (social distancing) bagi mencegah dan mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Pihak Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan pihak  AITI telah sama-sama berganding bahu dalam memastikan peralatan-peralatan komputer yang disumbangkan memenuhi spesifikasi minimum yang diperlukan iaitu dilengkapi dengan pemasangan perisian-perisian tertentu bagi tujuan pembelajaran dalam talian.  Manakala itu, Jawatankuasa Pengagihan, Kementerian Pendidikan  telah mengenalpasti pelajar-pelajar yang bakal menerima peralatan ICT ini mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Kerjasama pelajar dan ibu-bapa serta penjaga pelajar-pelajar yang terpilih menerima peralatan ini adalah diperlukan untuk sama-sama bertanggung-jawab dalam memastikan peralatan-peralatan ini digunakan dengan selamat dan sebaik mungkin dalam penggunaan pembelajaran di rumah, serta tidak disalahgunakan.

Kementerian Pendidikan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sambutan yang menggalakkan dari orang awam, sektor swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terhadap Kempen Derma Peralatan Komputer Bagi Menyokong Pembelajaran Dalam Talian. Pihak Kementerian Pendidikan amat mengalu-alukan sumbangan ini bagi membantu para pelajar yang memerlukan, supaya mereka mendapat peluang pembelajaran yang sama dan berterusan.


Attachments
Created at 4/30/2020 9:25 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 5/9/2020 9:46 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof