Sign In

Announcements

Title

School Leaders Convention 2021

Body

Wednesday25 November 2020 – Department of Educators Management, Ministry of Education in collaboration with the Department of Schools for the first time todayheld a Dialog Session between school leaders and Heads of Department from the Ministry. The convention will be held for two days from 25th November until 26th November 2020 at Plenary Hall, International Convention Centre, Berakas.


WhatsApp Image 2020-11-25 at 11.25.58.jpeg

WhatsApp Image 2020-11-25 at 11.26.02.jpeg


---------------------------------------------------------------------

SESI DIALOG PEMIMPIN-PIMIMPIN SEKOLAH DAN KETUA-KETUA JABATAN

 BAGI MAJLIS KONVENSYEN PEMIMPIN SEKOLAH 2021


Rabu, 10 Rabiulakhir 1442 bersamaan 25 November 2020 Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik dengan kerjasama Jabatan Sekolah-Sekolah mengadakan Sesi Dialog Pemimpin-Pemimpin Sekolah dan Ketua-Ketua Jabatan kali pertamanya selama dua hari bermula hari ini sehingga Khamis 11 Rabiulakhir 1442 bersamaan 26 November 2020 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis pembukaan ialah Dayang Marina Chek binti Bujang, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan.

Sesi dialog ini merupakan kesinambungan dari Majlis Konvensyen Pemimpin-Pemimpin Sekolah (School Leaders Convention) yang telah diadakan pada bulan Februari yang lalu serta sebagai persediaan kepada Konvensyen yang akan datang. Tema bagi Sesi Dialog Pemimpin-Pemimpin Sekolah dan Ketua-Ketua Jabatan ini ialah "Pemimpin Berkualiti, Pendidikan Berkualiti" dan fokus kepada kreativiti dan inovasi sebagai sub tema.

Sesi dialog ini merupakan platform untuk pemimpin-pemimpin sekolah dan ketua-ketua jabatan di Kementerian Pendidikan berinteraksi dan berbincang bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Selain itu, sesi dua hari ini juga diisikan dengan beberapa sesi pembentangan dan bengkel yang akan membincangkan tentang garispanduan bagi pelaksanaan kemahiran abad ke 21, Learning Support Programme dan blended learning.

Majlis ini dihadiri oleh seramai 191 orang pemimpin-pemimpin sekolah rendah, menengah dan pusat tingkatan enam kerajaan, ketua-ketua kluster dan ketua-ketua jabatan di Kementerian Pendidikan. 


Attachments
Created at 11/25/2020 2:18 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 12/17/2020 6:39 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof