Sign In

Announcements

Title

Penilaian Sekolah Rendah (PSR) Examination Results

Body

The Ministry of Education through the Examination Department today released the results of the 2020 Penilaian Sekolah Rendah (PSR) Examination with the following information:

1.      Out of the 6091 candidates, 5297 candidates or 86.96% obtained A-D Grades for all five subjects compared to 5,056 candidates out of 5,741 or 88.07% in 2019.

2.      A total of 4,495 candidates or 73.80% obtained A-C Grades in all five subjects compared to 4,256 candidates out of 5,741 or 74.13% in 2019

3.      A total of 15 schools achieved 100 % Grade A-C results for all five subjects, comprising of 8 Government schools and 7 private schools. Meanwhile, 49 Government schools showed an increase of 0.22% to 53.64%, while 7 schools achieved similar results as last year. A total of 24 Government schools achieved 80.00 % and above in Grade A-C for all five subjects.

4.      A total of 29 schools achieved 100 % of A-D Grades for all five subjects including 15 government schools. The achievement of candidates who obtained A-C grades for all five subjects among Government school candidates reached 68.44 % with 2,912 candidates out of 4,255 candidates.

5.      A total of 1321 candidates or 21.69% achieved excellent results with Grade A in 5 subjects compared to 891 candidates or 15.52% in 2019, an increase of 6.17%. Out of these, 668 are Government school candidates. A total of 1,161 candidates out of 1,321 candidates who obtained 5 Grade A are Bruneians and 736 candidates from Government schools have obtained 4 Grade A and 1 Grade B.

Total Candidates who obtained 5A, 4A + 1B and 4A + 1C
Year202020192018

Comparison

2019 & 2020

Candidates who obtained 5A13218911007 6.17%
21.69%15.52%16.09% 
Candidates who obtained 4A +1B736648766 0.79%
12.08%11.29%12.24% 
Candidates who obtained 4A +1C7768119 0.08%
1.26%1.18%1.90% 

 

6.      The candidates who achieved four subjects with A-D grade reached 90% and above, with Malay Islamic Monarchy at 99.10%, Bahasa Melayu at 98.71 %, English Language at 97.96 % and Science at 95.52 %; and for Mathematics subject at 87.80 %. Meanwhile, three subjects reached 90 % and above of grades A-C for Malay Islamic Monarchy at 98.24%, Bahasa Melayu at 97.23%, and English Language at 92.96 %. And for Science at 89.85% and 76.11% for MathematicsBahasa Melayu and English increased by 3.20% and 3.52% respectively compared to 2019.

7.      In terms of quality of achievements in the candidate who obtained Grade A in all subjects, overall in Malay Islamic Monarchy 82.17%, Bahasa Melayu at 73.26%, English Language at 38.66%, Mathematics at 33.52% and Science at 47.50%. Subject increased compared to 2019 are Bahasa Melayu increased by 26.35%, English 8.33%, Malay Islamic Monarchy 7.79% and 3.58% for mathematics.

Students can collect their result slips at their respective schools. For private candidates, result slips can be collected at the Examinations Department during office hours.



_____________________________________________________________________________

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) 2020

Khamis, 24 Disember 2020

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan pada hari ini mengeluarkan keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah 2020 dengan rumusan seperti berikut:

1.      Daripada 6,091 calon yang menduduki peperiksaan ini, seramai 5, 297 calon atau 86.96% telah memperolehi Gred A-D bagi ke lima-lima mata pelajaran berbanding 5,056 calon daripada 5,741 atau 88.07% bagi pencapaian 2019.

2.      Sementara itu, seramai 4,495 calon atau 73.80% telah memperolehi Gred A-C bagi ke lima-lima mata pelajaran berbanding 4,256 calon daripada 5,741 atau 74.13% bagi pencapaian 2019.

3.      Sebanyak 15 buah sekolah mencapai keputusan 100% Gred A-C bagi ke lima-lima mata pelajaran, yang terdiri daripada 8 buah sekolah Kerajaan dan 7 buah sekolah swasta.  Manakala 49 buah sekolah kerajaan telah menunjukkan peningkatan dalam lingkungan 0.22% hingga 53.64%, manakala 7 buah sekolah lagi sebanding pencapaiannya dengan tahun lepas. Sebanyak 24 buah sekolah Kerajaan telah mencapai 80.00% dan ke atas pada Gred A-C bagi kelima-lima mata pelajaran.

4.      Sebanyak 29 sekolah mencapai keputusan 100% lulus Gred A-D bagi ke lima-lima mata pelajaran termasuk 15 sekolah kerajaan. Pencapaian calon yang memperolehi Gred A-C bagi ke lima-lima mata pelajaran di kalangan calon-calon sekolah Kerajaan mencapai 68.44% dengan keramaian 2912 calon daripada 4255 calon.

5.    Seramai 1321 calon atau 21.69% telah memperolehi keputusan yang cemerlang dengan mendapat Gred A dalam 5 mata pelajaran berbanding 891 calon atau 15.52% bagi pencapaian 2019 iaitu kenaikan sebanyak 6.17%. Dari jumlah tersebut, seramai 668 calon adalah terdiri dari calon-calon sekolah Kerajaan. Secara keseluruhan seramai 1161 calon daripada 1321 calon yang mendapat 5 Gred A adalah terdiri dari rakyat Brunei.  Seramai 736 orang calon daripada sekolah Kerajaan telah berjaya memperolehi 4 Gred A dan 1 Gred

 

 Jumlah calon mendapat 5A, 4A + 1B dan 4A + 1C
Tahun202020192018

Perbandingan

2019 & 2020

Calon mendapat 5A13218911007 6.17%
21.69%15.52%16.09% 
Calon mendapat 4A + 1B736648766 0.79%
12.08%11.29%12.24% 
Calon mendapat 4A + 1C7768119 0.08%
1.26%1.18%1.90% 

 

6.      Pencapaian calon dalam empat mata pelajaran mencapai 90% ke atas dalam Gred A-D iaitu Melayu Islam Beraja (99.10%), Bahasa Melayu (98.71%), English Language (97.96%) dan Sains (95.52%); manakala bagi mata pelajaran Matematik mencapai 87.80%.  Manakala, tiga mata pelajaran mencapai 90% ke atas dalam Gred A-C bagi mata pelajaran Melayu Islam Beraja adalah sebanyak 98.24%, Bahasa Melayu 97.23%, English Language 92.96% sementara bagi mata pelajaran Sains mencapai 89.85% dan Matematik sebanyak 76.11%. Mata pelajaran Bahasa Melayu dan English masing-masing meningkat sebanyak 3.20% dan 3.52% berbanding  pencapaian tahun 2019.

7.      Dari segi kualiti pencapaian calon yang memperolehi di tahap Gred A bagi setiap mata pelajaran, secara keseluruhan dalam mata pelajaran Melayu Islam Beraja 82.17%, Bahasa Melayu 73.26%, English Language 38.66%, Matematik 33.52% dan Sains 47.50%. Mata pelajaran-mata pelajaran yang meningkat berbanding pada tahun 2019 ialah Bahasa Melayu telah meningkat sebanyak 26.35%, English Language sebanyak 8.33%, Melayu Islam Beraja 7.79% dan Matematik 3.58%.

Dimaklumkan kepada murid-murid yang menduduki peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing dan bagi calon-calon persendirian bolehlah mendapatkannya di Jabatan Peperiksaan pada waktu pejabat dibuka.

- T A M A T -



Attachments
Created at 12/24/2020 4:43 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 1/9/2021 12:33 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof