Sign In

Announcements

Title

YB Minister Attends 3rd ACEMRC

Body


THE 3RD ASEAN-CHINA EDUCATION MINISTER ROUNDTABLE CONFERENCE;

Tuesday, 25 Muharram 1444 / 23 August 2022

[Online]

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam delivered a speech via a pre-recorded video at the 3rd ASEAN-China Education Minister Roundtable Conference held virtually. The Conference aims to strengthen educational cooperation between ASEAN and the People's Republic of China with the intention of examining the progress and development of education towards 2030. The Conference this year carried the theme "Building an Amicable Home Together: ASEAN-China Education Cooperation and Development Towards 2030".

 YB Datin1.JPG

SUT(CE)1.JPG

Also attending the conference Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam.

 

During the Conference, Ministers of Education of ASEAN and China shared on the direction of education policy in their respective countries on three areas, namely (1) Improving the Quality of Human Resources, (2) Strengthening the Ties of Research Collaboration and (3) Promoting Digital Transformation of Education.

 

Yang Berhormat Minister of Education shared the achievements of higher education and technical and vocational institutions in Brunei Darussalam as well as the Ministry of Education's initiatives on the Digital Transformation Plan in an effort to make digital learning the new norm in the education system in Brunei Darussalam. The Conference also saw the launch of an outcome document entitled "Building an Amicable Home Together: Vision and Action on ASEAN-China Education Cooperation and Development".

 

The Conference was preceded by an opening ceremony of the 2022 China-ASEAN Education Cooperation Week which was co-officiated by His Excellency Guo Xiwen, Vice Governor of Guizhou Province, People's Republic of China and His Excellency Dato Lim Jock Hui, Secretary-General of ASEAN.



___________________________________________________________________________________________


PERSIDANGAN MEJA BULAT MENTERI PENDIDIKAN ASEAN-CHINA KALI KE-TIGA

Selasa, 25 Muharram 1444H / 23 Ogos 2022M

Secara Maya


BANDAR SERI BEGAWAN – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan melalui video pra-rakaman pada Persidangan Meja Bulat Menteri Pendidikan ASEAN-China Ke-3 yang diadakan secara maya. Antara tujuan persidangan ini ialah untuk memperkukuh kerjasama pendidikan antara ASEAN dan Republik Rakyat China adalah dengan hasrat untuk mengkaji kemajuan dan pembangunan pendidikan menuju 2030. Persidangan pada tahun ini membawa tema " Membina Rumah Persahabatan Bersama: Kerjasama dan Pembangunan Pendidikan ASEAN-China Menuju 2030".

 

Turut menghadiri persidangan tersebut ialah Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

Semasa persidangan berkenaan, Menteri-Menteri  Pendidikan ASEAN dan China membuat perkongsian mengenai dengan hala tuju dasar pendidikan di negara masing-masing yang meliputi tiga bidang iaitu (1) Meningkatkan Kualiti Sumber Tenaga Manusia, (2) Memperkukuh Hubungan Kerjasama dalam Penyelidikan dan (3) Mempromosikan Transformasi Digital Pendidikan.

 

Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengongsikan mengenai dengan  pencapaian institusi-institusi pengajian tinggi dan institusi teknikal dan vokasional di Negara Brunei Darussalam. Beliau turut mengongsikan inisiatif Kementerian Pendidikan mengenai Pelan Transformasi Digital dalam usaha menjadikan pembelajaran digital sebagai norma baharu dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Persidangan turut menyaksikan pelancaran dokumen hasil bertajuk "Building an Amicable Home Together: Vision and Action on ASEAN-China Education Cooperation and Development".

 

Persidangan ini didahului dengan Majlis Perasmian Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN 2022 yang dirasmikan bersama oleh Tuan Yang Terutama Guo Xiwen, Naib Gabenor Wilayah Guizhou, Republik Rakyat China dan Tuan Yang Terutama Dato Lim Jock Hui, Setiausaha Agung ASEAN.

 

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/69 (M)
Tarikh: 25 Muharram 1444H / 23 Ogos  2022M

Attachments
Created at 8/23/2022 3:20 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 8/23/2022 7:16 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof