Garis Panduan

Penilaian berterusan dan aktiviti fizikal

Garis Panduan Penilaian berterusan dan aktiviti fizikal

1. Pihak sekolah dan guru disarankan mengendalikan penilaian dalam bentuk formatif/latihan kerja/aktiviti secara fleksibel bagi mengukur pencapaian murid.
2. Guru boleh mencatat pencapaian murid menggunakan Log Literasi dan Log Numerasi yang disediakan oleh Unit Pemedulian dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Kemahiran Asas (UPPAKK & KK).
3. Penilaian pencapaiaan murid mungkin akan dilaksanakan dengan dua cara/pilihan iaitu;
Luar talian

Berpandukan kepada set aktiviti pembelajaran harian dan mingguan yang dicetak dari buku latihan dan buku kerja atau home learning pack bagi setiap tajuk/tema yang dipilih dari Kurikulum Prasekolah.

Dalam talian

Pilihan ini merupakan platform dan aplikasi yang disediakan oleh sekolah dan guru (jika ada) dan disejajarkan dengan Kandungan Kurikulum Prasekolah.