1. Bahagian Profesional (Program, Akademik & Pengurusan)
Perlaksanaan kurikulum dan bukan kurikulum, program-program bernilai tambah dan khusus, prestasi sekolah, pengurusan sumber, inisiatif pendidikan bagi merealisasikan sasaran pencapaian matlamat, visi dan misi
2. Bahagian Korporat (Pentadbiran, Hal-Ehwal Pelajar & Perkhidmatan)
Hal-Ehwal Pentadbiran, Perhubungan Awam, Asset, Inventori, keperluan pejabat dan kemudahan jabatan. Menyediakan, menyelaras dan menasihati sasaran kerja tahunan Bahagian/Unit dan KPI, bajet, laporan bulanan/tahunan, tatatertib, audit dalaman/yuran/kantin, pengakuan belajar (rakyat asing), pendidikan kesihatan hal0ehwal kebajikan dan program bantuan pelajar.
3. Kluster (Kluster 1, 2, 3, 4, 5 & 6)
Menyediakan khidmat bantu dan sokongan kepada pemimpin sekolah dalam melaksanakan inisiatif pendidikan, menyelia dan memantau perkembangan dan kemajuan sekolah-sekolah, menyediakan dan melaksanakan, menilai serta meribiu pelan tindakan kluster, menyedia dan memantau perlaksanaan Penilaian CPA & SSA, berkongsi maklumat kepada para pemimpin sekolah dan pegawai-pegawai kluster, membimbing dan memberikan sokongan kepada pegawai-pegawai kluster bagi memperkembangkan kompetensi dan kapasiti, menilai keberkesanan kepimpinan para pemimpin sekolah.
|