Sign In

Skip Navigation LinksJabatan Pendidikan Khas


*HALAMAN INI SEDANG DALAM PENGEMASKINIAN*
Visi
Pendidikan inklusif berkualiti pelajar berkeperluan khas gemilang


Misi
Memastikan program dan perkhidmatan yang berkualiti bagi membolehkan pelajar-pelajar berkeperluan khas mencapai potensi maksima

​Pengenalan
​Ketua
Yang Mulia Awang Eddy Fazlin bin Haji Amdan (Pemangku)
​Alamat​Simpang 240, (Kawasan SR Pintu Malim)
Kg Pintu Malim,
Jalan Kota Batu, BSB
​Hubungi
​Tel: 244 6553/ 7413872 (Whatsapp)
Fax: 244 6551
Emel: 
upk@moe.gov.bn
noraidah.hussin@moe.gov.bn

Cawangan Daerah
Cawangan​Perkhidmatan​Alamat
​Brunei Muara
  • Unit Pentadbiran Am
  • Unit Kewangan dan ICT
  • Unit Strategik dan Korporat
  • Unit Sokongan Pembelajaran (Peringkat Rendah)
​Simpang 240, (Kawasan SR Pintu Malim)
Kg Pintu Malim,
Jalan Kota Batu, BSB

Tel: 244 6553      Fax: 244 6551
Emel: upk@moe.gov.bn

  • ​Unit Latihan dan Sumber
  • Unit Pengurusan Data
  • Unit Pengujian dan Penilaian
​Bunglow C5, Simpang 373-18,
Kawasan Maktab Duli PMMB
Jalan Pasar Baharu  BE1318

Tel: +673 245 4155


  • Unit Sokongan Pembelajaran (Peringkat Menengah)
  • Unit Kurikulum
​Bunglow C7, Simpang 373-69,
Kawasan Maktab Duli PMMB
Jalan Pasar Baharu  BE1318

Tel: +673 245 4149

  • ​Bantuan Khusus Sensori Pendengaran (HI)
  • Bantuan Khusus Sensori Penglihatan (VI)

​Bunglow C14, Simpang 373-18,
Kawasan Maktab Duli PMMB
Jalan Pasar Baharu  BE1318

Tel: +673 244 6550
​Daerah Tutong​Barek SM Sufri Bolkiah, Tutong 

Tel : 4260816
​Daerah Belait​Bunglow Kelas C
No. 375 Simpang 37-35,
Jalan Setia Negara,
Kawasan SM Perdana Wazir,
Kuala Belait 

Tel: 3330461/2
​Daerah Temburong​Bangunan Jabatan Sekolah-sekolah,
Jalan Kg Menengah, Bangar PA 1351

Tel: 5222115

​Huraian
​Negara Brunei Darussalam mengamalkan konsep "Pendidikan Inklusif" bermula pada tahun 1994. Unit Pendidikan Khas (UPK) ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai sebuah Unit di bawah Pejabat Setiausaha Tetap Pendidikan Teras. Pada 1 Jun 2021, UPK telah dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan di Kementerian Pendidikan dan dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Khas.
Program Pendidikan Inklusif bermula pada tahun 1997 setelah Guru-Guru Pendidikan Khas (Guru SENA) tamat Kursus Sijil Pendidikan Khas. Jabatan ini bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan Pendidikan Inklusif dengan kerjasama pihak sekolah dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Untuk memantapkan Sistem Pendidikan Inklusif di negara ini, guru Special Education Needs Assistance (SENA) mempunyai peranan utama untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang fleksibel iaitu secara perseorangan/individu atau dalam kumpulan kecil 1:3 terutamanya untuk Pelajar Berkeperluan Khas tahap tinggi yang mempunyai Pelan Pendidikan Individu (Individualised Education Plan – IEP). 
Inklusif dalam pendidikan atau pendidikan inklusif adalah konsep dan proses menangani dan memenuhi kepelbagaian dan keperluan semua pelajar. Perkara ini bersangkut-paut dengan hal-ehwal kehadiran, penyertaan dan pencapaian semua orang tanpa menghiraukan ketidakupayaan mereka, jantina, etnik, agama atau lokasi geografi. Perkara tersebut memerlukan beberapa peruntukan dari segi pendidikan, amalan dan program untuk menangani kepelbagaian dan keperluan semua pelajar. Salah satu pendekatan pendidikan seperti ini adalah melalui Pendidikan Khas.


Pendidikan Khas merujuk kepada peruntukan khusus, amalan dan program yang dilaksanakan untuk menyokong dan mencapai agenda Kementerian Pendidikan mengenai pendidikan inklusif. Pendidikan Khas merupakan salah satu daripada pendekatan di bawah Kementerian Pendidikan yang memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan khusus dari segi pembelajaran Pelajar-Pelajar Berkeperluan Khas.


Polisi

"Garispandu Dasar Pendidikan Khas" yang telah diisytiharkan pada tahun 1997 adalah berasaskan prinsip pendidikan inklusif iaitu;


     "Semua kanak-kanak berkebolehan mengikuti pembelajaran dalam persekitaran dan suasana yang sesuai. Persekitaran pembelajaran yang sesuai dapat dibentuk dan diwujudkan di dalam sekolah inklusif. Sekolah inklusif ialah sekolah yang dapat memberi pengajaran yang sesuai kepada semua kanak-kanak mengikut kebolehan individu."(Garispandu Dasar Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, 1997)


Pihak Berkepentingan:

Pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta
Guru-guru di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta
Ibu-bapa dan penjaga
Pemimpin-pemimpin sekolah dan pendidikan
Agensi-agensi kerajaan yang berkenaan
Sektor koporat Swasta
Persatuan/agensi seukarelawan yang memberi perkhidmatan kepada individu berkelainan upaya
Masyarakat


​Objektif
  • SO1: Mengadakan rangka kerja bagi proses pembinaan kapasiti sumber manusia yang mampan bagi pegawai-pegawai dan para pendidik.
  • SO1: Memperbaiki pengurusan sumber untuk meningkatkan pendidikan berkualiti bagi Pelajar-Pelajar yang Berkeperluan Khas di semua peringkat.
  • SO3: Memperbaiki dan mengekalkan pakatan strategik dengan pihak berkepentingan yang relevan untuk berkongsi akauntabiliti keterlibatan sosial Pelajar Berkeperluan Khas.

Fungsi

  • Membuat perancangan, menyediakan perkhidmatan dan Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah.
  • Mengenalpasti keperluan Pelajar Berkeperluan Khas, akses, kurikulum, infrastruktur, sumber pembelajaran, tenaga pengajar.
  • Menjalankan penilaian dan intervensi bagi Pelajar-Pelajar Berkeperluan Khas.
  • Menyediakan latihan perkembangan profesional dalam bidang pendidikan  khas.
  • Memberikan kesedaran dan kefahaman mengenai pendidikan khas kepada masyarakat dan orang awam.
  • Menjadi nara sumber bagi pendidikan khas.
  • Menyediakan pangkalan data pelajar berkeperluan khas.
  • Bekerjasama dengan agensi-agensi tempatan dan luar serta pihak berkepentingan.
  • Membuat penyelidikan dan menjalankan projek-projek yang berkaitan.
  • Merangka, menyediakan dan mengembangkan Kurikulum Pendidikan Khas.


Bahagian dan Unit

Bahagian Pentadbiran

  • Unit Pentadbiran Am
  • Unit Kewangan dan ICT

Bahagian Pengurusan Pendidikan Khas

  • Unit Strategik dan Korporat
  • Unit Kurikulum
  • Unit Latihan dan Sumber
    • Bantuan Khusus Pemulihan Pertuturan dan Percakapan
    • Bantuan Khusus Pemulihan Cara Kerja
    • Bantuan Khusus Masalah Pembelajaran Spesifik (Disleksia)
    • Bantuan Khusus Sensori Pendengaran (HI)
    • Bantuan Khusus Sensori Penglihatan (VI)

Bahagian Perkhidmatan Pelajar Berkeperluan Khas

  • Unit Pengujian dan Penilaian
    • Perkhidmatan Psikologi
    • Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan dan Percakapan
    • Perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja
    • Perkhidmatan Bantuan Khusus Masalah Pembelajaran Spesifik (Disleksia)

  • Unit Pengurusan Data
  • Unit Sokongan Pembelajaran
    • Peringkat Rendah
    • Peringkat Menengah


​Struktur Organisasi
​- Akan dikemaskini -


​Program

Dua Program Utama:

1.       Program Bantuan Pembelajaran

Matlamat program ini adalah untuk membantu para pelajar memperolehi kemahiran akademik/fungsi akademik dan kemahiran hidup yang diperlukan. Sokongan dan bantuan yang diberikan kepada pelajar ini bergantung kepada keperluan individu, sama ada di dalam kelas, Pusat Bantuan Pembelajaran (LAC), Model Sekolah Inklusif (MIS) dan Pusat Kecemerlangan (CoE).

 

2.       Program Pra-Vokasional

Program Pra-Vokasional adalah salah satu daripada pelbagai laluan dalam Sistem Pendidikan Negara Abad 21 (SPN 21) yang disediakan untuk memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai keperluan khusus di sekolah menengah kerajaan. Matlamat program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat mencapai potensi maksima dan memperolehi pelbagai kemahiran hidup berdikari. Program ini memberi penekanan untuk mengembangkan kemahiran fungsi akademik, kemahiran asas vokasional dan kesedaran kerjaya, kemahiran sosial, kemahiran komunikasi berfungsi dan kemahiran hidup berdikari yang akan mengambil masa dalam tempoh lima tahun.

 

Program Lain:

  • Program Orientasi dan Mobiliti
  • Program Intervensi Disleksia
  • Program Latihan Penggunaan Teknologi Bantu (Assistive Technology)
  • Program Kemahiran Teknologi Maklumat (IT)
  • Program Bahasa Isyarat
  • Program Pengunaan Mesin Braille



​Perkhidmatan/ Bantuan Khusus

Perkhidmatan Professional Bersekutu
Perkhidmatan Psikologi Pendidikan
Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan dan Percakapan
Perkhidmatan Jurupulih Cara Kerja

Perkhidmatan Bantuan Khusus
Pelajar Berkeperluan Khas Tahap Tinggi
Pelajar Berkeperluan Khas Disleksia
Pelajar Berkeperluan Khas Deria Pendengaran
Pelajar Berkeperluan Khas Deria Penglihatan
Pendidikan Cerdas Pintar

Perkhidmatan Bantuan Pembelajaran
Peringkat Rendah
Peringkat Menengah & Pengajian Tinggi



Inisiatif

Literasi
Numerasi
Skill Based
Kemahiran Berkomunikasi
Braille, Mobiliti & Orientasi
Bahasa Isyarat / Sign Language
Intervensi Disleksia
Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Teknologi Assistif


*Dikemaskini 28/07/2021