Sign In

Skip Navigation LinksJabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan


​Visi
​Pendidikan berkualiti, negara dinamik

​Misi
​Untuk merumuskan perancangan pendidikan dan pembangunan melalui penyelidikan yang berasaskan bukti bagi membuat keputusan

Pengenalan
Ketua
Yang Mulia Dr Hajah Sallimah binti Haji Mohammad Salleh (Pemangku)​
AlamatTingkat 3, Blok C
Kementerian Pendidikan
Jalan Airport Lama
Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam
Hubungi
Tel: +673 2382126
Fax: +673 2380115
Emeljppp@moe.gov.bn

Huraian
​Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan pada masa ini adalah di bawah kawalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan. 

Jabatan ini mempunyai seramai 41 orang tenaga kerja, iaitu 28 orang pegawai dan 13 orang kakitangan. Terdapat sebanyak  lima (5) bahagian/ unit di bawah Jabatan ini, iaitu: (i) Bahagian Pentadbiran dan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia; (ii) Bahagian Kewangan;  (iii) Bahagian Penyelidikan dan Perancangan; (iv) Bahagian Pengurusan Data Pendidikan; dan (v) Unit Penilaian Antarabangsa.


​Objektif
  • Objektif Strategik 1:  Mengubah organisasi sumber manusia melalui budaya berpandukan prestasi untuk pertumbuhan dan kejayaan.
  • Objektif Strategik 2:  Menyediakan akses bagi pendidikan berkualiti secara serata dan saksama.
  • Objektif Strategik 3:  Melibatkan pihak yang berkepentingan bagi perkongsian akauntabiliti dalam kemajuan pembelajaran pelajar.

​Fungsi
  1. Mengendalikan kajian-kajian yang berorientasikan dasar dan berdasarkan bukti untuk mendokong pembentukan perancangan dan penyemakan dasar yang sejajar dengan haluan strategik Kementerian Pendidikan dan Wawasan Brunei 2035.
  2. Mengenalpasti isu-isu pendidikan semasa yang memerlukan penelitian dan penyelidikan lanjut.
  3. Pengumpulan dan penganalisaan data-data berkaitan pendidikan untuk keperluan Kementerian Pendidikan termasuklah Penerbitan Buku Tahunan Perangkaan Pendidikan Brunei Darussalam serta Penerbitan Buku Petunjuk dan Perangkaan Pendidikan.
  4. Berfungsi sebagai penghubung Kementerian pendidikan dengan agensi-agensi Kerajaan dan antarabangsa dalam urusan data dan maklumat yang berkenaan, umpamanya dengan pihak Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) dan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO).
  5. Sebagai pelaksana Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA).

​Bahagian/ Unit

  1. Bahagian Pentadbiran dan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia
  2. Bahagian Kewangan dan Majlis Mesyuarat Negara
  3. Bahagian Penyelidikan dan Perancangan
  4. Bahagian Pengurusan Data Pendidikan
  5. Unit Penilaian Antarabangsa

Struktur Organisasi
JPPP1 (Malay).png

*updated 23/08/2021