Briefing On Al-Quran Curriculum (Fixed Curriculum) For Years 9 And 10 Secondary Schools / Government And Private Colleges, Year 2022

Nov 19, 2022

The Ministry of Education through the Department of Curriculum Development and the Islamic Studies Department, Ministry of Religious Affairs as the Working Committee of the Syllabus Division (Curriculum) Teaching and Learning Resources for Al-Quran Learning Programme in Government and Private Secondary Schools and Colleges today held a Briefing on Al-Quran Syllabus (Fixed Curriculum) Year 2023 for Year 11 at Auditorium Hall 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampong Katok.

 

Approximately 150 Heads of Religious Teachers and Heads of Departments as well as Year 11 Al-Quran subject teachers in all government as well as private secondary schools and colleges throughout the country attended the briefing.

 

The briefing aims to provide information to teachers on the implementation of the Fixed Curriculum for Al-Quran Year 11 (2023) as well as the use of Al-Quran teaching and learning resource materials in secondary schools and government and private colleges.

 

The briefing was delivered by Yang Mulia Awang Ali Hamdani bin Haji Mohamad Diah, Acting Director, Department of Curriculum Development, Ministry of Education as Chairperson of the Syllabus (Curriculum) Teaching and Learning Resources Division and Yang Mulia Awang Haji Johar bin Haji Jumat, Head of Curriculum Division, Islamic Studies Department, Ministry of Religious Affairs as the Deputy Chairperson, Syllabus (Curriculum) Teaching and Learning Resources Division.

WhatsApp Image 2022-11-19 at 3.51.26 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2022-11-19 at 3.51.25 PM.jpeg

WhatsApp Image 2022-11-19 at 3.51.26 PM.jpeg

WhatsApp Image 2022-11-19 at 3.51.28 PM.jpeg

Also present were the Heads and representatives of each division under the Working Committee of the Al-Quran Learning Programme in Government and Private Secondary Schools and Colleges.

WhatsApp Image 2022-11-19 at 3.51.26 PM (3).jpeg

WhatsApp Image 2022-11-19 at 3.51.27 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2022-11-19 at 3.51.26 PM (2).jpeg

The programme under the joint initiative of the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs was implemented in 2020 simultaneously for Years 9, 10 and 11 in all government and private secondary schools with an allocation of 25 to 30 minutes per week using the transitional curriculum. The programme was then implemented in stages as a separate subject known as Al-Quran subject using a fixed curriculum starting in 2021 for Year 9 students. The fixed curriculum for Al-Quran subject was continued for Year 10 students this year and will be extended to Year 11 in 2023.


_____________________________________________________________


TAKLIMAT SUKATAN PELAJARAN AL-QURAN (KURIKULUM TETAP) BAGI TAHUN 11

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH / MAKTAB-MAKTAB KERAJAAN DAN SWASTA, TAHUN 2023

 

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Jawatankuasa Kerja Bahagian Sukatan Pelajaran (Kurikulum) Sumber Pengajaran dan Pembelajaran bagi Program Pembelajaran Al-Quran di Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kerajaan dan Swasta pada hari ini telah mengadakan Taklimat Sukatan Pelajaran Al-Quran (Kurikulum Tetap) Tahun 2023 bagi Tahun 11 bertempat di Dewan Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampong Katok.

 

Seramai lebih kurang 150 orang Ketua-Ketua Guru Ugama dan Ketua-Ketua Jabatan serta guru-guru mata pelajaran Al-Quran Tahun 11 bagi semua institusi menengah, maktab kerajaan dan swasta seluruh negara menghadiri taklimat tersebut.

 

Taklimat ini bertujuan untuk memberigakan maklumat kepada guru-guru mengenai pelaksanaan Kurikulum Tetap mata pelajaran Al-Quran Tahun 11 (2023) serta penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di sekolah-sekolah menengah / maktab-maktab kerajaan dan swasta.

 

Taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Ali Hamdani bin Haji Mohamad Diah, Pemangku Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan selaku Pengerusi Bahagian Sukatan Pelajaran (Kurikulum) Sumber Pengajaran dan Pembelajaran, dan Yang Mulia Awang Haji Johar bin Haji Jumat, Ketua Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Timbalan Pengerusi Bahagian Sukatan Pelajaran (Kurikulum) Sumber Pengajaran dan Pembelajaran.

 

Turut hadir ialah ketua-ketua serta wakil bagi setiap bahagian Jawatankuasa Kerja Program Pembelajaran Al-Quran di Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kerajaan dan Swasta.

 

Program di bawah inisiatif bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2020 secara serentak bagi Tahun 9, 10 dan 11 di kesemua sekolah menengah kerajaan dan swasta dengan peruntukan satu waktu iaitu 25 hingga 30 minit seminggu dengan menggunakan kurikulum peralihan. Program tersebut kemudian dilaksanakan secara berperingkat sebagai satu mata pelajaran berasingan yang dikenali sebagai mata pelajaran Al-Quran dengan menggunakan sukatan pelajaran tetap bermula tahun 2021 iaitu bagi pelajar Tahun 9.  Sukatan pelajaran tetap bagi mata pelajaran Al-Quran diteruskan pelaksanaannya bagi pelajar Tahun 10 pada tahun 2022 dan akan dilaratkan kepada Tahun 11 pada tahun 2023.