Open Registration For PSR SMS Results 2022

Nov 22, 2022


REGISTRATION FOR

2022 PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) RESULTS

THROUGH SHORT MESSAGING SERVICE (SMS)

poster psr sms result 2022 (eng).JPG


Tuesday, 22 November 2022 The Ministry of Education in collaboration with Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Cellular Sdn Bhd and Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) will be offering Short Messaging Service (SMS) for the upcoming results for 2022 Penilaian Sekolah Rendah (PSR).


Subscribers (students and parents/guardians) who wish to subscribe to this service are required to register through their mobile phones via Short Messaging Service and will need to input the following text; MOE<space>REG<space>[CENTRE CODE]<space>[CANDIDATE NUMBER] and send to 8885555 for DST Subscribers or 38666 for Progresif Cellular Sdn Bhd Subscribers.


No charges will be applied for registration made through the Ministry of Education’s webportal or mobile phones. Subscribers may begin subscribing to this service as of Wednesday, 23 November 2022.


Examination results will only be sent to subscribers via SMS upon approval from the Department of Examinations, Ministry of Education to release these results. Subscribers will be charged an amount of B$3.00 for each SMS result received.


The Ministry of Education hopes that this service will benefit members of the public especially parents and the Ministry of Education’s stakeholders in general.


For more information or any further enquiries on how to register, emails can be sent to the following address at machbrunei.com/moe.html.

___________________________________________________________

PENDAFTARAN BAGI KEPUTUSAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) TAHUN 2022 MELALUI PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS)

poster psr sms result 2022 (malay).JPG


Selasa, 22 November 2022 Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn. Bhd. dan Mach Telecommunications Systems Sdn. Bhd. (MachTel) akan menawarkan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) bagi mendapatkan Keputusan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi tahun 2022.


Ibu bapa/Penjaga dan pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan ini adalah dikehendaki untuk mendaftar secara atas talian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan memasukkan teks berikut: MOE<jarak>REG<jarak>[KOD PUSAT]<jarak>[NOMBOR CALON] dan dihantar ke 8885555 bagi pelanggan DST dan 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn Bhd.


Untuk makluman, tiada bayaran akan dikenakan sewaktu pendaftaran melalui laman web atau telefon bimbit. Ibu bapa/penjaga dan pelajar boleh mula melanggan perkhidmatan ini mulai pada hari Rabu, 23 November 2022.


Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan tersebut. Pelanggan akan dikenakan pembayaran sejumlah B$3.00 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.


Kementerian Pendidikan berharap melalui perkhidmatan yang disediakan ini akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai, terutama sekali para ibu bapa/penjaga dan pelajar serta pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan secara umum.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai tatacara pendaftaran, bolehlah berhubung melalui emel ke machbrunei.com/moe.html.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/109 (M)
Tarikh: 27 Rabiulakhir 1443H / 22 November 2022M