SOCIALISATION OF COMPASSIONATE LEAVE FOR EDUCATORS
AT THE MINISTRY OF EDUCATION
24 JAMADILAWAL 1446| 26 NOVEMBER 2024
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education Brunei Darussalam through the Department of Educators Management has conducted several socialisation sessions on Compassionate Leave for educators to School Leaders and representatives from Higher Education Institutions.
The session today was attended by Government School Leaders from Clusters 2, 3, 4, and 6, representatives from several Private Schools, as well as representatives from the Institute of Brunei Technical Education (IBTE) and Politeknik Brunei (PB) at Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Katok.
The briefing on Compassionate Leave was delivered by Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Director of Educators Management, Ministry of Education.
Compassionate Leave is a leave granted to educators in the Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs during the school term in accordance with the established guidelines and conditions, effective from 1 January 2025.
Among the purposes of this socialisation session is to share the Guidelines for Compassionate Leave with government school leaders and representatives of higher education institutions. The provision of Compassionate Leave represents the Government's efforts to ensure the welfare and well-being of educators, thereby enhancing their motivation in carrying out teaching and learning duties.
The first session was conducted on Saturday, 9 November 2024, for Government School Leaders under the Ministry of Education from Clusters 1 and 5.
___________________________________________
SESI PEMBERIGAAN CUTI IHSAN BAGI TENAGA PENGAJAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN
24 JAMADILAWAL 1446| 26 NOVEMBER 2024
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pengurusan Pendidik telah mengadakan beberapa sesi pemberigaan mengenai Cuti Ihsan bagi tenaga pengajar kepada Pemimpin-Pemimpin Sekolah dan wakil Institusi Pengajian Tinggi.
Sesi pada hari ini dihadiri oleh Pemimpin-Pemimpin Sekolah Kerajaan dari Kluster 2, 3, 4 dan 6, wakil daripada beberapa Sekolah Swasta serta wakil daripada Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Politeknik Brunei (PB) bertempat di Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Katok.
Taklimat bagi Cuti Ihsan telah disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Pengarah Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan.
Cuti Ihsan adalah cuti yang diberikan kepada tenaga pengajar di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama semasa sesi penggal persekolahan mengikut garis panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.
Antara tujuan sesi pemberigaan ini adalah untuk mengongsikan Garis Panduan Cuti Ihsan kepada para Pemimpin Sekolah dan wakil Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan. Pemberian Cuti Ihsan merupakan usaha Kerajaan dalam menjaga hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan para tenaga pengajar, sekaligus dapat meningkatkan motivasi mereka dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran.
Sesi pertama telah diadakan pada hari Sabtu, 9 November 2024 bagi Pemimpin-Pemimpin Sekolah Kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan dari Kluster 1 dan 5.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/ 182 (M)
Tarikh: 24 Jamadilawal 1446/ 26 November 2024