MINISTER OF EDUCATION RECEIVES COURTESY CALL FROM THE
DEPUTY TRADE COMMISSIONER FOR SOUTHEAST ASIA
TUESDAY, 24 JAMADILAWAL 1446 / 26 NOVEMBER 2024
Berakas – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam received a Courtesy Call from Her Excellency Rhiannon Harries, Deputy Trade Commissioner for Southeast Asia as the Head of Delegation for the United Kingdom Trade Mission, at the Conference Hall 1 (P1), Ministry of Education. Accompanying the Deputy Trade Commissioner was Ms. Catherine Pochkhanavala-Cleeve, Deputy High Commissioner at the British High Commission, Bandar Seri Begawan.
During the Courtesy Call, Yang Berhormat Minister Education highlighted the robust partnership between Brunei Darussalam and the United Kingdom in the realms of education. In addition, Yang Berhormat Minister of Education reiterated the Ministry of Education's commitment in strengthening these ties for the purpose of achieving quality education.
Following the Courtesy Call, a Roundtable Discussion was held where several presentations were made from the delegation members of the United Kingdom Trade Mission which include representatives from Cambridge University Press, Pearson, uTalk, University of Newcastle, Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), and the Commonwealth Enterprise and Investment Council (CWEIC). The objective of the discussion is to explore potential partnerships between British and Brunei Darussalam organisations in the field of education.
Joining the Courtesy Call were Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rector Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education), Yang Mulia Dr. Joyce Teo Siew Yean, Assistant Vice Chancellor Universiti Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr. Mohamad Saiful bin Haji Omar, Assistant Vice Chancellor Universiti Teknologi Brunei and senior officials from the Ministry of Education and British High Commission.
___________________________
MENTERI PENDIDIKAN MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI TIMBALAN PESURUHJAYA PERDAGANGAN ASIA TENGGARA
SELASA, 24 JAMADILAWAL 1446 / 26 NOVEMBER 2024
Berakas – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Menteri Pendidikan, Brunei Darussalam telah menerima Kunjungan Hormat dari Puan Yang Terutama Rhiannon Harries, Timbalan Pesuruhjaya Perdagangan bagi Asia Tenggara sebagai Ketua Rombongan bagi Misi Perdagangan United Kingdom, di Dewan Persidangan 1 (P1), Kementerian Pendidikan. Mengiringi Timbalan Pesuruhjaya Perdagangan ialah Yang Mulia Puan Catherine Pochkhanavala-Cleeve, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi British, Bandar Seri Begawan.
Semasa Kunjungan Hormat, Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengutarakan kerjasama yang teguh telah terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom dalam bidang pendidikan. Di samping itu, Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut menyatakan komitmen Kementerian Pendidikan dalam memperkukuhkan lagi hubungan ini adalah bertujuan untuk mencapai pendidikan yang berkualiti.
Kunjungan Hormat itu turut menyaksikan Perbincangan Meja Bulat di mana beberapa pembentangan telah disampaikan oleh ahli rombongan Misi Perdagangan United Kingdom yang termasuk wakil-wakil daripada Cambridge University Press, Pearson, uTalk, University of Newcastle, Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), dan Commonwealth Enterprise and Investment Council (CWEIC). Objektif perbincangan tersebut adalah untuk menerokai potensi kerjasama antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom dalam bidang pendidikan.
Turut hadir semasa Kunjungan Hormat adalah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Yang Mulia Dr. Joyce Teo Siew Yean, Penolong Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr. Mohamad Saiful bin Haji Omar, Penolong Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei dan para pegawai kanan yang terdiri daripada Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Tinggi British.