BRUNEI DARUSSALAM AND THE REPUBLIC OF SINGAPORE SCHOOL TWINNING PROGRAMME 19 TO 23 MAY 2025

May 19, 2025


BRUNEI DARUSSALAM AND THE REPUBLIC OF SINGAPORE

SCHOOL TWINNING PROGRAMME

19 TO 23 MAY 2025

Monday, 21 Zulkaedah 1446 / 19 May 2025

BERAKAS – The Ministry of Education, Brunei Darussalam through the Department of Schools today coordinated a visit for a delegation from Sekolah Menengah Rimba comprising 12 Year 10 students, accompanied by the Deputy Principal (Administration) as well as 2 teachers to Peicai Secondary School, Republic of Singapore. The 5-day visit, held from 19 to 23 May 2025 is a School Twinning Programme between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore.​

SING12.JPG

SING5.JPG

Present to bid farewell at the Brunei International Airport was Yang Mulia Dayang Hajah Marina Chek binti Bujang, Director of Schools, Ministry of Education.


This year marks the second collaboration between Sekolah Menengah Rimba and Peicai Secondary School under the School Twinning Programme. The initial phase of the program took place in 2022 and was conducted online over five sessions via Zoom.

 

The programme aims to provide students and teachers with valuable exposure to diverse cultures, customs, and perspectives. Through academic collaboration, it fosters the exchange of teaching methods, educational practices and resources, promotes innovation, and strengthens strategies to enhance both teaching quality and learning outcomes.

 SING4.JPG

SING3.JPG

SING2.JPG

Additionally, the initiative helps build students' confidence, independence, and adaptability, while encouraging critical thinking, creativity, and problem-solving through collaborative activities.

 SING6.JPG

Also present at the Brunei International Airport were officials from the Department of Schools, Ministry of Education, as well as the students' parents and family members.


 _____________________________________

PROGRAM SEKOLAH BERKEMBAR

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK SINGAPURA

19 HINGGA 23 MEI 2025

Hari Isnin, 21 Zulkaedah 1446 / 19 Mei 2025

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Sekolah-Sekolah telah menyelaras lawatan delegasi Sekolah Menengah Rimba yang terdiri daripada 12 orang pelajar Tahun 10, diiringi oleh Timbalan Pengetua (Pentadbiran) dan dua orang guru sekolah berkenaan ke Sekolah Menengah Peicai, Republik Singapura. Lawatan selama lima hari bermula 19 hingga 23 Mei 2025 tersebut merupakan Program Sekolah Berkembar Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Dayang Hajah Marina Chek binti Bujang, Pengarah Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

 

Program Sekolah Berkembar antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura pada tahun ini menandakan kerjasama kali kedua antara Sekolah Menengah Rimba dan Sekolah Menengah Peicai. Fasa pertama program ini telah dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Zoom sebanyak lima sesi pada tahun 2022.

 

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan yang bermakna kepada pelajar dan guru terhadap kepelbagaian budaya, adat resam dan perspektif. Melalui kerjasama akademik, program ini menggalakkan pertukaran kaedah pengajaran, amalan pendidikan dan perkongsian sumber, sekali gus mendorong inovasi serta memperkukuh strategi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan hasil pembelajaran.

 

Selain itu, inisiatif ini turut membantu membina keyakinan diri, kebolehan berdikari, dan keupayaan menyesuaikan diri dalam kalangan pelajar, di samping menggalakkan pemikiran kritis, daya kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah melalui aktiviti kolaboratif.

 

Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, serta ibu bapa dan ahli keluarga pelajar.

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/061 (M)

Tarikh: 21 Zulkaedah 1446 / 19 Mei 2025​